Monday, June 16, 2014

CUTI


Hai semua nyerr!


Okay, sajer nak cakap sekarang nii masih dalam mood bercuti lagi. huhu. Mood Gawai dah habis dah noks! Rutin aku biasalah, jaga tentera-tentera aku. Lagi-lagi sekarang dah masuk hari sekolah ken. Sepenuh masa jadi babysitter. Dak coursemates yang lain dah mula praktikal, aku ni kira practice for practical ler kot. kah!




Haa, nii la dia. 3 orang jer. Nampak jaa 3 orang, tapi rasa macam jaga 3000 orang. Udoh ler hari-hari bercekau. Mak aihh. Sumpah pening kepala (+_+) . Lepas tuu, tiap kali diorang nii bercekau, tumbok, tendang bagai kompom lah mak cik dia nih yang kena jadi Referee. Kalau mak cik dia nii jadi referee memang sah-sah lah semua dapat kad merah! takder sorang pun yang terkecuali. hahahah :P. Bila keadaan jadi parah rasa nak backhand, starlight dahi, kunci kepala semua hadooo. hahahahaha! Gerammmms seyhh :3 

Yang nii bila semua anak buah suku-sakat, sedara-mara semua dah berkumpul. Ni baru sebahagian nih. Tak semua lagi. Riuh-rendah bila semua berkumpul. Rumah rasa nak terbalik pon ada. Dari luar kedengaran semua sorakan, dengan menangis, dengan gelak langsuir, pocong, segala hantu semua terkeluar. Nursery pon tak gini ler kot. hahaha. 


By the way, haritu pergi buat IC baru. hihihi. Aku excited kemain lagi uolls. Iyerlah, al-maklumlah IC aku dah berabad tak tukar-tukar pun dari Darjah 6. Sekarang dah nak masuk 23 tahun baru terkinja-kinja nak tukar IC baru. wakakaka xD *flip janggut*. Tapi like seriously banyak sangat orang kat JPN tau. Nasib baik berbadan kecik molek, so laju jer si genit menyelit amek nombor. hahaha. At last jadi orang ke-4, kakak aku ke-5. kalau ada yang nak tanya lama ke tak tuu, jawapannya TAK! Sekejap jer tau. Aku dengan kakak aku haritu tak sampai 1 jam dah siap. Happy sebab service tip top. Takder yang menggatal nak marah-marah orang. Maksud aku pekerja sana laa. hehe. Terima kasih atas perkhidmatan :) *tepuk tangan berdiri* Hamboiii.




yang belum tukar IC tuu, sila tukar yer. Bayar RM 10 jer tukar IC. hehe.. Okay, rasa nak upload gambor-gambor terobek pulak. Nii semua cerita semasa Gawai Eve that day yer. Nak kasi jamu mata uolls sikit.

Team Kuat. aumm! :D hehe.. (Malam 1 JUN)
Me & Cousin

Gambar gawai tak banyak sangat. huhu. Kat kampung takder line so memang tak bukak henpon. Sesiapa yang ada follow (Instagram rannlotus) ada jugaklah ketul-ketul gambor kat situ.


Lepas tu, 2 JUN pegi Machan, Kanowit sebab ada majlis. Oh well, cousin aku kawen. Dia muda setahun dari aku. Kat long house aku semua yang muda-muda dari aku semua dah kawen dah. Maksud aku yang teman sepermainan zaman kekecik dulu. Takder anak, main anak orang je la mampu yer noks! wuahaha :D . Yang pasti, Team 1991 masih "stay still" lagi. Kita datang majlis diorang nii jer. huhu 

rombongan ke Machan
Yang pergi sikit jer. Sebab nii bukan "Melah Pinang", datang sana untuk "Beterang" saja. hehe. A a a, please jangan suruh aku explain lelebih. hihihi.

Singgah rehat driving kejap. Dapat "segelas" dari tuan rumah tepi jalan tuh haa -.-"



Naik bot. Seronottt nyaa! :D First time tengok air sungai Kanowit hehe..
Lepas tuu kan, nak pegi si adik ipar nih kena guna jalan balak. Nasi Hilux duduk bertenggek kat belakang. Yobihhh, rasa tunggang kuda . serius cakap. hahahhaha. Jalan berbukit-bukau giler. Dah lah bukit semua tinggi-tinggi. Fefeeling Roller Coster! wakakaka xD

Jenguk air Machan. Air batu sejuk!

Disebabkan rumah panjang diorang nii tengah di-Renovate, jadi tak macam rumah panjang lagi dah. Small matter lah. Hidup kampung dah biasa duk gaytew. hiks! Yang best nya air sungai sejuk gila noks! Air batu. Celup kaki pon dah sejuk hahaha. Mandi sekejap pon dah menggeletar kesejukkan. Gigi semua bersabung. kah kah! Run the night sangat lah sepanjang malam tuh. Sempat sembang banyak perkara dengan cousin aku, Bonny. It's been a long tak pernah ada deep talk, deep discussion dengan dia. huu. It was awesome! :D . Balik keesokkan hari nya, kitorang guna jalan air meredah batu. best best best! 


Congratulation Eli :D Kiri kanan dah berpunya
Belanja selfie sikit :P
Jejaka sedang tercari-cari jodoh diorang di mana. Eh? :P haha!


Baiklah. Sekian saja berita lama. Cuti dah nak habis actually. Ahad nii kembali ke Kuching. Meet my busy life. Meet my student's life. Final semester pengajian. Kemudian baru ready dengan praktikum. Time flies so fast kan? Tak terasa. Gonna miss everything so soon. For sure :') 


Till we meet again on the next entry..





Thank you for reading!
xoxo


Monday, May 19, 2014

KOSONG TANPA TUJUAN




Agak lama jari-jemari menari di papan kekunci. Otak mula ligat berfikir. Terasa ingin berkongsi sesuatu. Tapi entah, tidak tahu nak bercerita tentang apa. Buku-buku, segala nota masih terbuka tidak berganjak daripada mula-mula masuk. Kenapa ya? Mood study masih lost. Hmm, maka meluangkan masa dengan pembacaan pelbagai genre. Lagu dalam playlist sudah banyak kali bertukar. Butang new tab silih berganti. Masih juga tidak dapat mencari apa yang tidak kena. Adeih ~


Itulah. Bila musim exam ni berkepam-kepam anasir yang mengganggu perhatian. Alahaiii. Dan bila semua perkara ini datang berkunjung tiba, nahhhhh! Jadilah macam sekarang ni. For sure akan end up dengan perkara lain. Yang awal tadinya bukan tujuan utama mula-mula datang sini. Yer dak? -.-"


Kadang-kadang kan, ada masa tu kita rasa macam feeling nothing towards everything around us. Yang kita fikir masa tu buat kerja sendiri jaa. Taknak get engage dengan perkara lain. Pernah rasa gitu? Semua mesti pernah lah. hehe. Okay, now aku dah rasa dah yang penulisan kali ni sangat tanpa tujuan. Kah! nak jugak mu baca ken. eish! Teruklah :p




Baiklah. Cuma nak bagitau, sahabat yang belajar di Indonesia sudah pun kembali ke tanah air Sabtu lepas. huhu. Yeayy!! *tepuk-tepuk tangan* Welcome home dear. Dah graduate dah pun. Okay, tetiba hilang idea. Tercantas dengan environment. kah! 


Masih cuba seru mood study yang entah melencong  pegi mana. Puih! gewamm itew. ceyy. Sangat unproductive rasa dia. erghhh..



Babai


P/S : Terima kerana membuang masa baca sini. har har har *tunjuk taring* -,,-

Saturday, May 03, 2014

SHORT





Hai, selamat bersua kembali insan hebat.
Aku ada terniat. Kalau boleh nak update yang pendek-pendek. Ada idea, terus post. Baru boleh update selalu. Tapi, sekarang ni macam-macam applications ada. Sejak ada instagram, wechat, twitter ni buat aku lupa nak update blog. Selalu bernukil melalui gambar di instagram. Yelah, walau kekadang tu caption tiada kaitan dengan gambar. heh, lantak la kan. Yang penting dapat berkarya, dapat bernukilan. Itu aku. Jadi buat-buat lupa sendiri ada blog. woakakakah! :P


Nak diceritakan apa yang berlaku selama blog ini tidak berupdate, memang banyak la ceritanya kan. Tapi rutin setiap hari, tiada beza. Memandangkan tahun ini Final Year, jadi semestinya bergelumang dengan "BUSY". Stress? Oh, perkataan itu sudah lali dengan kehidupan sebagai STUDENT.



Perjalanan masih panjang lagi. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Masih banyak yang perlu dipelajari. Pengalaman belum cukup. Cuma, kadang-kadang dalam pada kita meniti hari, pelbagai ragam yang kita hadapi. Manusia ini banyak jenis. Yang tua, yang muda. Yang cerdik, yang celik. Yang baik, yang kurang baik. Banyak. Ada yang buat kita tenang. Ada yang buat kita tak tentu arah. Ada yang buat kita sayang. Ada yang buat kita rindu. Ada yang buat kita geram, marah dan sebagainya. Iya, perjalanan masih panjang. 


Ilmu ini tidaklah setinggi ilmu kamu. Ilmu ini bukanlah sehebat pada telahan manusia itu. Tidak. Tapi, proses belajar itu berterusan. Belajar dari kehidupan seharian, yang namanya Pengalaman. Pengalaman aku tidaklah sebanyak kamu. Pengalaman ini belum penuh di dada. Semoga dijauhkanlah dari mendabik dada. Ilmu itu perlu dicari, bukan dikejar. Ilmu itu dikongsi, bukan untuk menjatuhkan, disimpan untuk sendiri. Moga kita dijauhkan dari sebegitu.


Perkongsian kali ini bukan untuk menghakimi mahupun dihakimi. Tidak. Ini sebagai renungan. Sekian.






Thank you for reading this entry !

Saturday, March 01, 2014

Seminar Tautan Kasih (PPKI) Part 2


*Tersipu-sipu masuk ruangan penulisan*

Haaaaaaaiiiiiii (^.^)v

Apapun, apa khabar insan hebat? hihi. Bila mula menaip nii terasa macam awkward pulak. Agak lama bercuti untuk mengisi ruangan blog. Oh janggal sungguh. So, jangan pura-pura terkejottt bila bahasa dah tunggang-terbalik kejap lagi yer. Kita buat santai jeh. hiks!


Sebenarnya entry ni sudah berhabuk dah dalam draft. kah kah! Kali ni nak bayar hutang. Ingat lagi entry ini SEMINAR TAUTAN KASIH (PPKI) PART 1 ? HAHAHA iyer, iyer... entry tahun lepas kot. bahahaha. Diammah! Minta maaf lambat gila nak sambung balik entry. So, kali ni saya sambung PART 2 keh. Sesiapa yang TER-missing entry yang lepas boleh klik link dekat atas tu yer.. K jom.


Warning Warning Warning! Entry ini mengandungi banyak gambar. Jadi, mohon bersabar scroll sampai bawah. Jika berasa bosan, boleh klik butang [X] di sebelah atas kanan.


***

Semasa aktiviti indoor berlangsung, time ni masing-masing sibuk explain dengan pelajar dorang macam mana aktiviti ini berlangsung. Actally, semua station. Suara kena besauu jugak laa. sebab kadang-kadang time nak bagi arahan, time tuu lah dorang ni cucuk-cucuk kawan sebelah, main-main bagai. So memang kena sungguh-sungguh ambil perhatian dorang. Tapi tak begitu menjadi masalah sangat sebenarnya sebab mereka ada excited nak buat aktiviti :)

Lam & Nuel buat persediaan utk aktiviti Puzzles

Tunjuk ajorrrrr :D

Pilih dik pilih :D

Gambaq mende tew? :3

Sementara di station lain juga berlaku perkara yang sama. Semua kumpulan fasilitator sibuk dengan ana-anak diorang. hahahha. Meh jumm tengo persiapan diorang macam mana.

Mereka mula me-REKA apa yg ada di dlm fikiran :)

anak2 kumpulan kitorang msh bertempiaran masa ni -,-"

Remy tengok gapo pun aku tak tahu la. Budak2 tu nak menunggu kot. haha

Team buat anyaman. Nja & Amal

Teruja dorang nak mewarna. Tak sabor mak nak tengok hasil XD


Semasa aktiviti berkumpulan nii ada yang tersalah masuk kumpulan pon hadoo. hahaha. Kena pulak carik anak-anak tu dekat mana. Ada yang sepatutnya buat kolej, dia pegi melencong buat aktiviti mewarna tuu. haha. Aktiviti berlangsung dekat berandah sebab dewan tempat untuk sesi ceramah dengan ibu bapa. So, sementara ibu bapa diceramah, kita-kita nii menghiburkan anak-anak kesayangan ni. huhu. Huntong laa takdop yang nakal. hihii.. Semua dalam keadaan terkawal. Petang tu cuaca tidak begitu mengizinkan. Tengah kemuncak aktiviti, tiba-tiba hujan lebat. habis semua pelajar lari bertempiaran melarikan dan menyelamatkan diri. kah kah! Lawak tak? Lawak tak?? oke tu tipu :p . Takder laa bertempiaran sangat seperti yang kamu bayangkan tuh. hahaha. terokk!


Part nii, ada di antara mereka masih lagi nak meneruskan karya dorang.. Tapi terpaksa diberhentikan sebab basah. Yang dekat bahagian anyaman lagi parah. Habis semua bilah-bilah kertas warna tu beterbangan terjun pergi kolam renang bawah tu. hahaha. Anak-anak dorang siap kata lag, "Cikgu, ya...terbang. Cikgu, nun...terbang. Cikgu...aaarrhhh". oke macam-macam lg.


Team aku lagi laa. Ada sorang tu dia takut dengar guruh. Masa tuu memang ada guruh pun senanya. Dia terus pandang aku bagitau, "Cikgu..takut.." Aku pon kenapa laa kepala macam vangang sangat masa tu pon taktau ahh. "Takut? Takut apa? Kenapa takut?" hehh. Agak2, kalau kau disoal balik macam tuu, memang rasa macam nak lempang jaa ken. Dah terang2 bunyi guruh ken, mesti laa dia takut dengan guruh tuh. hihi. Lepas tu, nasib baik cecepat sedar. "Ohh.. takut bunyi guruh iyer? Jangan takut.. Hujan tu muzik alam. kenapa nak takut? kan? Jadi lepas nii jangan takut dengan hujan, dengan guruh lagi. boleh..?" Pergghhh!! Mantop jawapan cikgu :p . bhahahhaa. Dikatakan guruh, dia bagi 1 pakej jawapan dgn hujan sekali. kah! Advance :B *lariiiiiiiikkkkk!!*

His fishhhhhhh. Beracun iyer Anand? hehe 

Plis spot on gadis yg duduk ayu tu keh! hahhaha *tekup muka dgn bantal* :P

Doh

Collage

Rupa anyaman selepas kejadian ribut. T_T haha

Anyam ape dik? Tikar mengkuang yer? Lain benor ghopernye haha

bergambar itu kesukaan mereka. Peace! ^.^V

Fateha mampu buat bdn rama-rama tu jee.. -.-"

Hasil dia sgt TIP TOP. betol..tak tipu :)

Dia suka sangat berlarii

Cikgu, kaler ni cantek eh? huhu :3

*Sedut air teh*

Naik lenguh aku menaip. hahaha. Okay, sebenarnya aku lupa nak story pasal pembahagian kumpulan sebelum aktiviti kat atas-atas tu bermula. hahahaha. kemahenn eksaited kau jenab! Okay, lanjutkan..

Team! The SIDMA Kids Crew :D

Sedang mendengar. Tengok karenah dorang, macam-macam xD

Ek ehem! Tempek sikett! hahhaha 

Bersama kertas kumpulan masing-masing. angkat tetinggi dikkk -..-

Cari klasifikasi gambar


Semasa pembahagian kumpulan nii, agak bingit sikit dengan suara mereka. huhuu. Nampak sangat excited! Masa ni laa kitorang dorang nii nyanyi lagu cacing. hahha. Lagu cacing tuu, aku pon baru tahu jugak senanya. Tahu sebab Tutor subek aku yang perkenalkan. kah! Nak nyanyi? Nah, aku kasi lirik jaa.

Cacing panjang, Cacing pendek
Oh geli-gelinya (2X)
Turun naik atas (2X)
Cacing panjang, Cacing pendek..

Cacing gemuk, Cacing kurus..
Oh geli-gelinya (2X)
Turun naik atas (2X)
Cacing gemuk, Cacing kurus..

Haha tu jer lirik dia. Nak tambah yang lain pon boleh jaa. Okay, tamat je aktiviti berkumpulan tuu kita diberi peluang untuk meronda-ronda sekitar kawasan pantai. Yeayy!! Part nii paling ditunggu-tunggu. Nak mandi swimming pool haha. Lepas tu sempat lagi main volley ball pantai. Seronok!! Sampai gelap, sampai bola tak dapat lihat lagi dah. kah kah. hamekaww! Fasilitator lagi sakai. hahahahhahaha. Kbye.


Malam tuu acara santai-santai jer. Selepas yang muslim sesi bersama dengan ustaz, then kira macam "Happy Hour" jaa. Ada karaoke baq hanggg. hahha. Lepas makan pe semua, rehat sekejap. Lepas tu baru join tengok dak pelajar karaoke. Malam tuu ada celebration sikit. Birthday seorang pelajar. hehe.. Tak sempat tengok time parents buat suprise masa tu.. Kawan sempat amek gambaq :)

Sesi bersama ustaz

Birthday celebration

nampak dak sakan nyanyi lagu album Tegar. Tegar sangattt xD

Kecewa tak dapat rampas mike dari pelajar dorang. kah! :p


Suasana di dalam dewan memang happening gila dengan lagu Penyanyi Tegar tu. hahha. Mu tau dop? Aku rasa laa kan, 1 album tuu mereka dah nyanyi. Semu apelajar tahu lirik lagu dalam 1 disc tu. hahaha. Ada yang berebut mike sebab dia nak jugak nyanyi. haha. Para ibu bapa jarang nak dapat chance untuk nyanyi. huhu. One night tu memang pelajar jer melalak. kih kih xD. Sementara di luar dewan..

Hamboiiii. macam pro! 

Anand try main snooker. Tp last2 jadi Se-no-ker. hahha

After tamat happy hour. Jam masih awal lagi untuk masuk tidur. Kitorang ada sesi perbincangan sekejap untuk aktiviti keesokkan paginya iaitu "Sukaneka". Lepas tuu, just bersembang kosong sambil makan ais krim dekat tepi swimming pool. hahahambooiiihhh :D . Sementara yang lain pergi la merayap, mengambil gambar sakan dekat sekitar kawasan situ. cehhh

Fateha. pelajar paling susah nak duduk diam. Asyik bisik2 telinga jer. haha

Atirah!! Plg akhir msk tido. jenuh suh dia pi tidoq tau +.+

Tengah bersembang santai bersama dgn Cikgu Sk Gita No 2

Dorang ni laa yg bergambar sakan. hahahaks

Dan lagi..

Hadoiiii.. penat tak scroll? Okayy, Okayy. Aku lagi la penat nak menaip nih. haha. Gigih nau rasa. Jadi kisah untuk hari pertama tamat setakat ini.. Keesokkan pagi kita ada aktiviti bersukaneka bersama dengan guru, ibu bapa, dan pelajar. Mana nak berzumba lagi.. hahaha. Aku memang kali pertama nak menari depan semorang. kah! Taktau laa rakan-rakan yang lain. Buang jejauh perasaan segan, malu bagai tu suma. haha. memang redhooo jehh. phewww *lap peluh* 


So, kiranya setakat ni saja untuk Part 2 yer. Nanti akan ada Part 3 yang paling last. Aktiviti keesokkan hari lagi seronok dan menarik. Bersukan bersama dengan ibu bapa sekali uolls.. haaa. Tangan aku dah lenguh dah. Cramp! hahha. See you at the next tinta :)



....... BERSAMBUNG Part 3 .......


Thank you for reading this entry!
ex-O-ex-O