Monday, January 30, 2012

Bila hati terusik, tiada kata-kata yang mampu diluahkan...

Saat hati dimamah kesedihan, hanya tangisan yang menjadi teman setia..Tiada kata-kata yang mampu diluahkan untuk menggambarkan segala 1001 perasaan dan persoalan yang bercampur baur di minda. Sehinggakan diri ini terkaku, diam tak bersuara.. 

Persoalan demi persoalan..Imbasan demi imbasan..Namun tidak kutemui jawapannya..teraba-raba mencari di manakah silapnya?? Semakin aku ingin mendekati, semakin jauh kau menghilang dan pergi. Sendiri aku merenung kembali...berharap jejak-jejak hari semalam dapat merungkai segala kemusykilan dalam hati, melerai ikatan pada kekusutan hati. 

Sesekali mata ini digenangi mutiara. Namun, ku cuba padamkan suara hati. Kuatkah aku menahannya?? Tidak sama sekali. Acapkali aku kalah dalam pertarungan emosi..Namun aku percaya, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi...

Lalu KU putuskan,

Usah membuang waktu untuk menangisi orang-orang yang membuatkan kita bersedih, kerana belum tentu dia juga akan menangis untuk kita.

Terima kasih untuk AWAK yer...
Terima kasih sebab selalu ada di sisi SAYA...

Tinta ku berakhir di sini...semoga esok tiada khabar yang mampu menggoncang tangkai kepedihan didengari.


Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Dalam senyum tawaku mereka tahu

-salam ukhuwah-

Monday, January 23, 2012

Trip to Belawai


Hye peeps! guess what. semalam i dengan kakak+abang ipar+anak buah i pergi round2 kat Tanjung Manis. huhu. pelik kan nama tempat kat sarawak ni. oke, gambar kat atas tuu hanya hiasan. muahahaha. takder keje tuu. ^_^ Oke, semalam sebenarnya plan nak pegi mandi-manda..*i tak mandi sebab banyak orang* HAHA. 

Jadi before pergi Pantai Belawai tuu kita orang singgah kat Tanjung Manis keja.*yang sebenarnya tersesat!* huahuahua. fuh! lawak jugak aee..Tuu laa, kata nak mandi, tapi kenapa pergi Tanjung Manis yang tempat waf express tu? haha..pelik. aku pon pelik. setahu aku kat Tanjung Manis memang takder apa2. Tapi abang ipar aku tanpa rasa bersalah dan penuh yakinnya memecut ke Tanjung Manis. HAHAHA. macam macam kan? last2 patah balik. 



Ini antara gambar2 yang sempat aku tangkap. huhuhu. tengok Angry Bird tuu. Comey kann? lawak pulakk bila dorang nii tukar Angry Bird-->Hungry Bird. mentang mentang laa gerai. hihi..persan tak ada beberapa orang tu tercongok depan longkang besar tuu. masa tuu dorang tengah pancing ikan. pekerja indon..rezeki tambahan katanya.. :)



*senyum paksa* HAHA. sorry muka aku agak 'berserabut' cket. tau laa angin kat pantai kuat kann. haha. haa..yang satu lagi tuu kakak kesayangan aku. yang comey lotey tu anak buah aku yang paling bongsu, Cviaz Milzer. tau tak, Cviaz takott giler nak sentuh pasir tuu taw. pasir dah takott nak sentuh apatah lagi air laut tuu. merah muka dia  time aku bawa dia dekat dengan air tuu. bukan jauh pon, sipi sipi pantai tuu jaa. HAHA. kelakar jugak nengoknyerr.. :D.

Ini ada beberapa scene sunset yang sempat aku rakamkan.. cantekk.. :)




nii antara the best captured yang aku dapat tangkap. HAHA. suke sangat dengan pemandangan waktu nak senja tuu. cantek!

oke, nii aku tak tau sapa. time aku nak tangkap gambar nii tetiba dia lalu depan aku dan..dapatlah scene nii. huhuhu.

cantek!

ini view dari pantai ..tak banyak pengunjung masa nii :)

hah! menatang apa nehh? muahahaha.. nii ketam. sempat gak aku ambil gambar an?

Alright, tuu laa yang dapat aku kongsikan. banyak gambar kan? hoho.. whatever it is.. i enjoyed. hati yang gundah terubat dengan keindahan dan kedamaian alam.. and guess what! esok kita orang nak pegi sini lagi. x puas menikmati ciptaan Tuhan. anak buah aku tak henti henti ajak nak pegi sini..HAHAHA. so, their parents mengalah dan esok pegi lagi.. yuhuu! :D


-salam ukhuwah-











Sunday, January 08, 2012

I miss THEM

 
hallo! this is my picture masa aku upper 6 dulu. HAHA. cuba teka aku yang mana 1? WAKAKA :P. if aku tak silap kita orang amek gamba ni masa exam STPM. whoa! masa exam ponn bole shooting2 lagi kan? huu. torang memang lain cket. nakal nya mengalahkan u all. tettt! HAHAHA. OMG, aku betol2 rindu gn dorang giler2. Rindu suasana zaman skola dulu2..best aee..:D.  nak bagitau jugak..torang amek gamba nii sembunyi2 taw. sebab masa tuu just pelajar Form 5&6 jaa yg ada kat skola..plus, warden ponn jarang ada.. ehh! ni kalo ada sesiapa cikgu aku tau mesti kene nehh. HAHA. ampunnnn~~~~ :D. ILY lerrr.. hehehe. masa nii kita orang saja jaa buang tekanan exam maen BOLA kat padang sekolah. HAHAHA. kaki bangku ponn bole men bola keh!(^^,) sukati jaa nak sepak mana. huru-hara jaa bola tuu bergolek sana-sini. HAHAHA. tapi tak kesah tuu suma janji bole terbang suma segala tekanan tuu. pompuan kalo maen, biasalah..menjerit jaa kejaa. yerr tak?? hakikat tuu. hehe.

Ookeh, skang nii tuu suma hanya jadi kenangan dahh. masing-masing menuju ke tempat masing2. Yang 1st tuu, Lenja. skang dia masih tunggu tawaran lagi. Hopefully dia dapat yg dia impikan. Yang 2nd tuu, Emilia. skang dia menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM amek course Pendidikan Sukan dan Rekreasi. Yang 3rd, gadis satu-satunya berbaju putih tuu laa AKU. skang nii aku menuntut di Universiti Tun Abdul Razak,UNITAR or skang nama tuu ditukar jadi UMTECH..amek course Bachelor of Education(Early Childhood)(Hons). Yang 4th tuu, Robika. dia nehh menuntut di Universiti Malaysia Terengganu,UMT amek course Sarjana Muda Ekonomi(Sumber Alam). Yang cantek dok hujung sekali tuu Kastura. skang dia kat Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS amek course Pengurusan Seni. Gembira dengan kejayaan kita orang suma. Dulu kita orang penah wat promise taw. kita orang janji nak masuk Universiti sama-sama. semua harus masuk universiti. hehehe. skang nii suma dah dapat masuk universiti..tersenyum lebar bila ingat kembali janji2 zaman sekolah dulu..:D. Lenja ponn aku tau dia dapat pass kali nii. means, kawan aku akan menyusul kemudian nanti. She is very strong actually. i really admit it. itulaa kelebihan dia yg amt aku kagumi. ILY aee..HAHA. Bersabar sahabatku..just believe, KEJAYAAN ITU MILIK KITA. we all will support u, darling.. kehh? 

P/s: FOREVERMORE.. (^^,)

AHAHAHA! ni laa team bola torang tuhh. mak aihh...tu ler rupa masa skola dulu. muka tensen nii taw. cett! hahaha.. ada gaya footballer tak? lemau jaa rupa semua kan? hihihi..ciaannn..HIHI.

Apepon, aku sayang suma.. huu. ILY all..



-salam ukhuwah-

Thursday, January 05, 2012

jiwa kacau

Hye! sorry i'm a bit tired lately. Plus, memang x berapa sehat. sakit kepala jer keja nehh. 

Okayy, tak nak bcerita panjang. actually, aku masih dalam minggu exam lagi. esok xda paper. pastu sabtu dan ahad ada paper lagi. Last paper ahad nii. pastu FREEDOM :D. dua paper akhir ni memang killer paper. plus! in english. cett! entam jaa nnt. so, malam hari ni rehat puas2 kotan semalam teruk. so, i need my rest. sakit kepala pon tak kebah2 lagi neh. kesiannn... orite, tell u all what. aku baru balik dari Satok, makan durian dengan kengkawan. sebenarnya tak plan pon nk kuar jalan2 makan durian malam ni. huu. kawan2 bawak..jadi pegi jaa. sambil2 tuu bole jugak laa aku lupakan sejenak yg mengganggu fikiran aku. wahh! macam berat jaa bunyi kan? haha. biarlah aku jaa yg simpan. suka maen simpan2 nii.

Dalam syok2 aku makan menu aku tadi, masok plak text kawan aku yg kat UNIMAS tanya.. ehh? nak tau jugak ker dia mesej aku aper? hoho.. okokokok, 

"Ran, apa yang suh ko tertekan sangat? nampak teruk jer. aku tau dari facebook ko."

haa, tu laa dia tanya. woiit, terkejut jugak aku tau. terharu pon ader. OMG, aku sayang kawan aku aee.. aku sayang suma kawan2 aku..x kira jaoh atau dekat..suma aku SAYANG. aduii..sebak dada i. HEHE. dah,dah,dah! xnak jiwang2. kawan aku pesan,

"tinggalkan dulu laa perkara tuu suma. fokus dengan exam n study jaa".

Yupp! i try sayang..aku cuba tuk tinggalkan tu suma. aku cuba nak wat xnak pike benda tuu suma. tapi, korang tau laa aku ni jenis orang yg mcm mana. i always take every single and little things seriously. selagi tak selesai, memang selagi itulah aku takkan pernah berhenti ingat perkara tuu. apapun, itulah AKU. dari dulu sampai sekarang...x pernah berubah. beruntunglah kalian tak seumpama aku, kan? so sweet aee.. HEHE.

Okayy. xnak rasanya aku coret panjang nii. makin panjang pulak jadi nanti. apapun, AKU TETAP AKU. kepada kawan-kawan yang terima aku seadanya..I LOVE U ALL. i have no words to show that i really really loves u all. HOHO. amboii. bahasa i... cett! :) 
[jiwa kacau] - aku taknak cerita banyak apa yg kacau tuu kehh.makin kacau fikiran aku nanti plak. bole menjerit aku dibuatnya. apa yg nak aku katakan, I'm stress skang nii. yes..finally i admit it.


p/s: aku adalah aku. there's no use looking back and wondering...


Terima kasih atas curahan hati. Ran dah beritahu dan keluarkan apa yg sepatutnya.. terpulang kepada mereka  bagaimana nak terima. dan apa yang telah terjadi.........biar aku aja nemu. 



-salam ukhuwah-