Thursday, August 15, 2013

3 hari yang seronok, beronok-ronok


Hai semua! hihi.. Ogosh! Lamanya tidak berupdate yer? I'm sorry yer. Takder idea nak mencoretkan sini. Lagipun, takder yang best2 untuk dikongsikan rasanyer. Yelaa, nanti kalau entry kosong dan tanpa pengisian kang nampak tak berapa nak best sangat nak baca ken? yer dak? huhu. So, nii haa..aku tempek laa sebanyak mungkin gambo untuk korang tengok. eh? :P


SABTU, 10 Ogos

Sabtu lepas aku balik Kuching. Oh well, orang balik bercuti raya kan. Dalam bas tu tetiba dapat WeChat dari Kak Sue. Macam kat bawah ni haa..


Since bas aku bertolak dari Sibu pukul 10am, dan perjalanan ke Kuching selama 7-8 jam gitu. Maknanya memang laa aku sampai around 5 ken. Kak su bagitau yang cikgu kitorang ada buat open house. So plan itu, plan ini.. at last kitorang buat keputusan untuk pergi. yihaa yihaa! hahaha XD . Sampai jer dekat Kuching pukul 5pm, terus tembak pergi rumah Cikgu Radzif. hikhik. Kitorang pegi dengan family kak su sekali. Tak laa segan giler an :D. Jadi, tempek gambar 'bejarah' ke rumah cikgu Radzif sikit kat sini :)

Masa nii students cikgu kat ST. Joseph dah datang dah. Tapi dorang makan reramai buat kenduri kat luar. Kami dekat dalam sebab awal sampai kan? hikhik. Oh ya, boleh pergi terus ke Blog cikgu Radzif ni yer. Klik SINI untuk ke pautan beliau. Sape punya minat travelling tuu boleh cekidout jer kat blog MR. hihi.. Nak tambah tempek lagi 1 gambar buleh? hahak

Nak bagitau, masa nii kepala aku dah pening dah. Keletihan perjalanan jauh tak habis lagi kan. haha tahan jugokk ahh. Lepas balik dari rumah cikgu aku ni, family Kak Su ajak pegi rumah dia plak dah. maknanya, makan lagi sekali. memang no wonder laa banyak orang sakit perut, mabuk oren time raya kan. hakhak. Tapi kat sana tak sempat amek gambar. hihii.. dengar kabo jer laa yo? Masa kat sini torang plan nak pegi jejalan pada keesokkan hari. ngee :D juh ikuti kesah! :3 muehehe ~


***

AHAD, 11 Ogos

Kita memang dah plan memang akan kuar jejalan around tengah hari cemtuh. Janji kol 12 memang dah jelan dah. Disebabkan kawan lambat fetch so 12++ baru pegi bertolak fetch Kak Su. Diorang plak pegi bejarah ke rumah sedara mara. Jadi, decide fetch dia kat Petronas Petra Jaya jer. hihi.. Destinasi pertama, pergi Summer kat Kota Samarahan. Oh well, since mall ini dibuka aku tak pernah pegi tengok lagi. Maknanya sakai sikit sebab teruja nak jenguk mall baru. wahahah! sila muntah cekelat. eyuwww! --" Sempat Berbaskin Robbin kat sini. 

Thank you Calvin sbb belanja Baskin Robbins :D

Nak kabo, Kak su sempat rembat 1 beg --" . huhu.. Lepas jejalan kat Summer, kitorang pegi teman kak Su melawat UNIMAS pulak. harhar. Nasib baik Calvin student Unimas yer dak? So, dia jadi pemandu pelancong sekejap. pinjam! hakhak.

Kolej kediaman students Unimas. View dari Tasik Unimas

Di Jambatan Cinta Unimas 

Tempek lagi 1

Panas terik ceni pon tak rasa keh. haha. Dan kegeraman sebagai orang yang nak sangat datang melawat (Kak Su) dia tak bawak camera. wahahah! so memang semua kena snap guna henpon jer. Dah laa nak jimat bateri fon, lepas tu bila snap itu ini hehh.. memang idok betrahan bateri fon >.<!


Lepas tuu, torang bawak dia pegi Taman Samajaya (Taman Rimba). Sajer jer bawak tengok utan. hakhak. tapi siyes dah keletihan nak bejalan taw :3 . yelaa dah laa cuaca panas terik okeh. haa.. tenaga bayak hilang. Masa nii rasa bertuah pulak sebab ada 'manusia hutan' ada kiar datang tunjuk diri sendiri. hihi.. Aritu nampak ayam hutan dengan monyet. wuuu :D kira bernaseb baik lah. Yang kak Su semua natang dia nak takit -.-" erghh.. lawakk! HAHA.




Lepas pegi Taman Rimba sini, pecut pulak pegi rumah Anim. wehuuu! Kita bejarah ke rumah sahabat aku. Alaa, tak jauh pon senanya dari Taman Rimba nii. Seberang jer. huhuu.. meh meh kita makangg :D hakhaks. Sampai jer kat rumah anim, kat luar hujan lebats gilos sehh. ngeee :D eh tapi siyes, setiap kali pegi rumah anim mesti hari akan hujan. wuu :D . Terima kasih Anim sekeluarga :) hehe.. nanti tahun depan nak pegi lagi tau tau. hehe..


Aku & Anim :)


Ini gambar kesimpulan :p hahah

Love tangan aku dengan kak su tak menjadi atas alasan kehilangan tenaga. sekian. hahaha :p. Balik dari sini, kitorang pegi ke Kuching Station untuk lepak sambil2 menunggu masa dinner. bhahaha. nampak dak besau selera tang tuh. padahal tiga2  badan kecik jer. huuu.. Pekena nasi lelapan kat Kuching Station. kat sini sedap tau! Tapi sambal dia pehh pedas kemahen tau T_T. Then, untuk menghabiskan waktu yang tinggal, kita jejalan cuci mata, santai-santai kat The Spring, Saberkas, Parkson. saja habiskan masa.. hihii.. Then, hantar kak su balik on 10pm cemtuh. Lepas tuu hantar aku. but like seriously, hari yang sangat seronok. enjoy! and since aku pon lama jugak tak keluar jejalan dengan akak ken. hihi.. tamat pon kisah jejalan nyukat Kuching :') . 


***


ISNIN, 12 Ogos

Hari nii ada picnic. Picnic kat Pantai Permai. wehuu.. Awal pagi lagi Nja dah bangunkan aku. we all masak itu ini makanan yang dibawa pegi picnic. banyaksss okeh! hihii.. siap jaa suma, we all pegi around 12pm macam tuu. 

otw ke Permai Beach :)

Sampai kat Permai teruih menuju ke kawasan air sungai. wuu amaigad amaigad! air sungai giler sejok keh. haa.. sampai jer terus makan. ngee kebuloq xD . Lepas makan semua terjun mandi-manda kat sungai. hihih.. berendam sampai gigi aku bersabung sesama sendiri. Sejuk! HAHA. Tapi tak sempat nak ambil gambar kat sini. semua fikir nak berseronok sakan jer :D . Lepas tu aku, Nja ngan vara nak pegi pantai. nih tempekkk banyaks sikit :P kahkah! Just enjoy the pictures :)




cobaan melompat tapi masih tertonggek. haha o.O"
Main air :p
disebabkan seronok, maka letak 1 lagi gambar :p hahah


gambar ni tiada motip -_-


gabungan


Vara, Aku, Nja

Oke aku kecik. sekian '_'


Muka jakun tak penah tengok ank ketam :p

motip gambar x dpt dikenalpasti >_<

kaki luka kena batu :(

Sempat jugak amek gambar natang yang diam kat pantai sini haa.. tempek sikit sini :D




Teruja dpt tengok MATA natang nih 0_0 wuu



Nota Kaki: Sebenarnya tarikh yang tertera kat gambar tu salah. Nja salah set --"

Petang tuh ingatkan nak tengok sunset. Tapi hari hujan. Takder sunset sobss :( hihii.. Kami berada di pantai Permai selama 6 jam. Ogosh! Puas sangat mandi sungai, mandi laut, main hujan. main panas, amek gambar. haha. memang vacation gegilos! By the way, sebenarnya kitorang berlima. Yang melencong pegi pantai tuu kita bertiga ni, yang 2 orang kat sungai jaga barang makan suma. muahahah!! u_u . Bertolak balik dalam jam almost 7 macam tuh. sampai hostel jam 8+ . Penat memang penat lah tapi puas :)


So, itu laa yang berlaku selama 3 hari berturut-turut. Seronokk gilerr. Thank you semua. Really made my day. Hihi.. sekarang nii ready untuk final exam untuk short sem. To all Unitarians, Selamat menjawab exam yer! Good luck and all the best :). Till the next tinta semua.. Doakan aku boleh jawab exam dengan tenang yer. hehe.. semoga ;). Ada kisah yang menarik nanti akan dikongsikan di sini jugak.. 




Thank you for reading this entry !



Saturday, July 27, 2013

Random Story


Oh serius sangat janggal menulis di sini setelah lama tidak mengarang. Buka blog, boleh pula aku termenung menghadap laptop lama-lama sebab tidak tahu nak memulakan ayat itu macam mana (.__.). Apepun, aku cuba lah untuk meneruskan penulisan. Wuu bunyi ayat aku macam serius sangat, yer dak? Okay. Rileks.




Nak mula dari mana agaknya? Okay, topik boring sikit. Aku cerita pasal kuliah, pasal kampus, pasal life aku di kampus. Boleh? Sekarang ni tengah menjalani semester pendek. Masa kuliah sangat-sangat 'short'. Hahaha :P . Petang-petang selalu jer memeriahkan dapur hostel dengan main masak-masak bersama teman-teman yang lain. Sebab kadang-kadang tu akan makan malam bersama dengan teman-teman muslim yang berbuka puasa. Hahaha. Dan bila makan tu kadang-kadang mengalahkan dak yang berpuasa. Bak kata kawan aku, makan macam dah takdak esok! hahah :p . Tapi best what makan ramai-ramai. Makanan yang tak sedap pon jadi nyemms sangat (^_^).




Petang-petang selalu bersama dengan geng hostel melihat matahari terbenam. Sambil-sambil tu boleh santai bercerita, bergelak tawa, bergurau senda. Amboiiii hahahah. Lepas tu masing-masing pakat nak angkat fon amek gambo. Ada yang siap buat fefeeling jadi model tanpa bayaran plak. Sengaja nak penuhkan memori henpon (>.<") . Oh gambar kat atas tu model free jaa. Dia taktau pon aku amek gambo. Tapi nampak macam dibuat pose gini yer? hahah. yag lentik sangat tuh Claudia. Ni gambar masa kitorang pegi tengok sunset kat Damai Beach Resort last Saturday. hihi..



Okay, rasanya kita tamatkan saja kisah kuliah di sini. Sebab kalau aku kupas pasal ini sahaja pasti boring. yer dak? sebab nanti aku cerita pasal assignments aku yang melambak tuu. dan kemudian aku cerita yang semua ssignments tuu due date dia on 2 Ogos nih. Wuuu amaigad! Eh? aku tercerita ek? wuahahhah!! mengong. oke tamat di sini :D





Adanya twitter dengan instagram ni buat aku lupa sekejap yang aku ada blog. eh? ha ah, ini serius. Instagram laju ja nak hapdet. wahahaha XD dunia makin maju kut. Okay apepon, semester ni buleh tarik napas banyak sikit. sebab semester depan banyak program. so, get ready la. kira kumpul energy dulu. wahaha "Mayat Hidup". 


Ada lagi satu hal, last time aku pergi join satu trip nih. Ikut hiking ke Gunung Gading, Lundu. Ingat lagi entry HIKING GUNUNG SANTUBONG . Bila dah naik Gunung Gading nii, bukan nak sombong la ken. Gunung Santubong lagi adventure. Ini Serius yer macik pacik sekalian. haha. Tapi yang best nya dekat Gunung Gading ada waterfall !! wuuu anda boleh bermandi-manda merasai sejuknya air dari gunung. memang sejuk. celup jari jelunjuk kat dalam tu memang fefeeling duduk kat Antartika. hahahhahahha oke tu tipu. 


Haa pediaa? Nak aku update pasal Hiking Gunung Gading? *perasan!* hihi. nanti la aku fikir. ahhaha bajet bagos sangat! Semua alkisah aku akan diupdate nanti. lambat-laun akan dipublish dekat sini. Cuma sekarang nii, memang lack of time nak spend masa untuk blog. Kadang-kadang bila masa idea berduyun-duyun..time tuu pulak busy. So, memang tergendala. simpan idea lama-lama nii bila time nak taip tuu, basi -.-"


Sekarang nii ada minat baru. Since aku mula-mula suka sangat nak ambil gambar awan. Sekarang ni terjebal dengan sunset bagai. Cuma belom ada kesempatan ambil gambar sunrise. yelaa, nak rise awai ni payah nau. kahkah! *lempang laju2* hahahhaha. Dengan berbekalkan Mr. Samsung yang hanya bermegapixel 5 ini lah aku teruskan minat ini. ecehhh ayat! ahahha. Tapi hasil setakat ini memuaskan hati aku hihihik. So, kat atas tuu suma memang gambar yang aku shoot sendiri. Eh, melioq taudak tengok hasil shoot camera DSLR orang. sobs sobs T___T hehe. takper, slow slow. Nanti nak kumpul tin, jual baru boleh beli DSLR sendiri. hahahahhaha oke itu saja :p


Till the next tinta yahh. Eh baru perasan, ini entry pertama aku bulan Julai ni kan? (-____-") huhuu.. maap maap. Aku sedaya upaya nak update kut nih haa.. hehehe. sabaq nohh..







Thank you for reading this entry !



Wednesday, June 26, 2013

So, dengar dah masuk semester baru?


hola-holi-cike-cikebumm! :D


Setelah sekian lama, baru kali ini berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sebenarnya lama dah mula menaip tetapi dibiarkan membeku di draft disebabkan kekangan masa :') . wuu tacing ayat! haha.


Balik kampung masa cuti Hari gawai lepas, aku tengok banyak dah perubahan. hihi.. manusia pun sama :) . By the way, ramai  rakan sepermainan zaman aku masih berhingus-hingus dulu dah kahwin dah. wuu abes ahh geng masok hutan aku suma dah beristeri-bersomi iyer? haha. soalan cepumas dari makcik pakcik sekampung, "Kau bila lagi?" (-__-*) herkk?? terkezut mak! haha. mampu menyengih tayang gigi jaa. tapi bila rajin nak menjawab tuh, selalu aku jawab macam ni jer, "hikhik, tak cari lagi pacik, macik" gelak sengih tutup mulut, kunun-kunun malu la tek :P . CISSS! hahhahah xD . Padahal dalam hati, "ihh, sebok kau." wahahahha XD


Okay, berbalik pada main point. Sekarang ni aku dah masuk semester 6 dah. pheww tak berasa dah nak abes dah aku study nii. adumakk.. rasa nak lambat-lambatkan masa tu supaya lambat nak habes. eh?? buleh gaytew? :P Mesti nanti rindu denan kawan-kawan, teman-teman seperjuangan kat sini. wuu amaigad! amaigad! belom ape-ape lagi aku dah bayangkan yang macam-macam yer noks! >,< haha


Apepon, jumpa kawan baru, suasana baru, subjek semakin tough, kesedaran makin menebal. eh jap jap.. kesedaran makin menebal? ape kes kau jemah? haha. well, masa..pengalaman.. itu akan mematangkan kita. Harap semester ini dan yang akan datang kita sentiasa inginkan yang terbaik. *ketak tup ketap tuk prrr* eh! tetiba dengar gendang plak dah ihh. takder aa, tetiba lagu isteri cerdik yang solehah dimainkan kat playlist. bhahahahahahahaha xD. pepelik jaa -.-




Menyentuh tentang perjalanan kita, jalan itu masih panjang lagi. banyak lagi yang terentang di hadapan yang belum kita ketahui. Laluan kita di sini mungkin sama, tetapi arah tuju yang berbeza. Mencari apa yang belum terungkai. Memegang erat apa yang kita rasa kita patut pertahankan. Hikayat hidup kita di sepanjang pencarian yang belum selesai ini tidak pernah sama. Masing-masing ada kisah suka dan duka, pahit dan manis yang tersendiri. Begitu juga perjalanan aku, insan yang seba kekurangan. maaf yer sekalian pembaca, kita tukar mood membaca seketika. switch sekejap! 


Merenung kembali segala yang telah kita tinggalkan, segala yang pernah kita tempuhi sebelum kta berada di tempat yang kita gah berdiri ketika ini :') . Jangan tidak percaya, kau adalah insan yang kuat :) *senyum sikit!* haha.


Perubahan. Setiap daripada kita juga akan berubah. Perubahan itu sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Ape kata kita bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik, dari malas mentelaah menjadi rajin pulak. dari kurang serius menjadi serius bila berkuliah, dari bertangguh menjadi tidak bertangguh. huhuh.. boleh? :D semoga.. kita sama-sama mencuba. bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. You know what, manusia ini pasti bersebab bila dia melakukan sesuatu :). The truth! 

It's your own choice :)
Kegagalan itu bukan kehendak setiap daripada kita. Siapa yang ingin gagal? takder kan. Bak kata orang, kita bukan gagal cuma gagal untuk merancang. haa gituu.. So, apa-apa yang kita buat sekarang ini akan mempengaruhi masa depan. Masa depan kita yang kita sendiri tidak tahu bagaimana rupa bentuknya :)

Model burger :p

hihi. motip letak gambo? ala, sajer jer bagi tengok siket cemana rupa sem 6 nih. bahaha. Err, time ni melahap sangat2 tau. kemahen kebuluq hokeh! >.< grr.. 


Disebabkan rasa sedap, so amek lagi gambo banyak2 letak dalam satu frame cenggini. haha (.__.*) So, that's it. serius, bila lama dah tak mengarang sangat susah nak mencurahkan idea. Idea boleh jadi mencurah-curah ke ladang gandum, boleh jadi kering kontang tetiba. erghh... -.- Whatever it is, ada yang menarik nanti i will share kat sini. Maaf yer, penulisan agak tunggang terbalik -__-"" 




Thank you for reading this entry !


Thursday, May 23, 2013

Sepanjang Minggu Peperiksaan



Hai korang. perghh amboii kemain serius study yer noks. hahaha. anyway, aku memang dalam dunia peperiksaan sekarang ni. since last week laa, on 19 Mei first paper. ada tinggal lagi 2 paper. 1 paper Ahad ini, dan 1 lagi paper Rabu depan. Lepas tuu, wohooo cuti Gawai. yeayy!! :D 


Since mula paper hari tuu, rumah kedua aku di Library kot. hari-hari weh aku duduk menapak kat library haa. weh, best aper wifi free, air-cond free, kerusi empuk, selesa nau nak belajar. kau boleh layan you tube sampai lebam haa. aku dulu pon bukan laa pengunjung tegar library nih. sekarang nii, humphhh hari-hari duduk sini. sehari tak mai rasa macam tido tak lena, mandi tak basah. wakakaka oke tu tipu :p


Dekat library yang tak best nyer 1, Bila ramai orang. Sebab suasana bising. Ada satu hari tu aku punya lah semangat gila nak buat ulangkaji konon nyer lah. ada laa sekumpulan students ni. diorang duduk port paling terceruk sekali sudut tepi kiri kiri aku. ohoiiii macik! gilooo bising hokeh. dengan gelak tawa macam langsuir nyer, buat gaya ala-ala Hantu Kak Limah kat situ. Sangat mengganggu konsentrasi nak belajar tau. Pelajar lain pon terpandang-pandang dorang tapi, puiii harommm nak paham. kalau ikutkan hati aku, agaknya muka-muka dorang nii bakal tak sempat nak jumpa Raya tahun ni kut. gerammm (>.<!) hahaha. Tapi nasib baik, tak lama lepas tuu dorang blah. pi mana ntah. makan kut -.-"


Ada pulak yang buat pangai. Ni ada lagi satu kesah nii. Masa tuu aku duduk kat library. Sorang jer menelaah. Datang laa 2 orang nii duduk betol-betol depan aku. aku bagi senyummmm ikhlas sekali. hahaa. yelaa, senyum tu kan jugak satu bahasa sapaan ken? huhu. mula-mula tuu okey, study. layan diri bersama dengan nota masing-masing. Tak lama lepas tuu, humphh -,,- cam hantuuu jaa. yelaa, dah laa buat aksi mesra bagai kat depan aku. yobihh, gatai jaa aku nak kasi pang! pang! dua dua. haishh geram. paham tak perasaan apabila kau tengok sepasangan kekasih duk best syok giler nak beramah-mesra di depan kau, dah tuu bisik-bisik, bertepuk tampar pulak depan kau. hok alohh! Rimas okeh, rimas! grrrr.. ikutkan hati nak fliptable ja rasa wehhh! haha xD



Feeling? Fakta kan kalau aku cakap perasaan semasa menghadapai peperiksaan tuu ON OFF. ken? Kadang-kadang tetiba bersemangat sampai rasa nak kuar api. haha. Tapi bila perasaan lemau kemain lagi tuu, humh.. buka-buka jer nota terus menguap bagai. huhuu. Tu bab bila nak mengulangkaji. Bila part setehes tak dapat jawab exam, lagiiii lah parah. Rasa nak menjerit, nak nanges, nak makannnnn, nak itu nak ini. pheww~ macam-macam pangai. Aku kalau tertekan.. jap, tertekan yer. bukan stress. sebab kalau STRESS tuu bunyi dia macam berat sangat dah tuh. hehe. Oke sambung citer. Aku kalau tertekan masa exam ni.. keje aku nak geeeeeeLaaaaaakkkk jer memanjang. haaa, dan untuk memenuhi kehendak nak gelak aku tu, opkozes laa kita nak mencari sesuatu yang lawak dan santai. Kadang-kadang benda yang tak lucu selama ini pon nampak macam kelakau sangat. hakhak. gilo. 


Aku lebih suka layan kartun. iyer, kartun. Kartun ape? LARVA!!!!! hahahahhahhaha. woii giler lawak seh cartoon ni. betol... memang feveret ever aa. Tom and Jerry ngan Oggy and The Cockroaches pon aku layan. bhahahaha. well, at least kau dapat release perasaan yang berat dalam hati tuu keluar. kan? huu tak laa kau sayuuu, lemauuu jaa dengan ingat balik segala yang berlaku. dengan tension tak dapat jawab exam nyer bagai laa. alorhhh..Chill laa :) Tawakal jaa even dalam hati tuu macam erghhh..... Oke paham.

Larva. Kelakau hokeh! :D hahahaha


Then lepas tuu, petang-petang chill out. Lepak citer ngan kawan huhuu. ni bila hari takder paper laa buat. haa time nii laa nak tanya itu ini dengan kawan ken? hakhak. at least ape yang dibualkan tu ada jugak manfaat. takder laa nak berbual kosong gilaa. hikhik :3 . Sambil tuu menikmati suasana petang.. tangkap gambo itu ini sebab dudk atas bumbung. bahahaha xD

Snap 1


Snap 2


aku tau laa gambo tu tak secantik DSLR sume. hakhakhak. eh takper laa, at least hati aku puas. woakakaka. oke tak kelakau -,-" Lagi satu, berinstagram pon salah satu yang aku suka. hahahah. suma laa nak amek tau. cuma yang aku perasan sekarang nii aku makin jarang nak post gambar makanan. eh? oo kamon laa, aku makan jugak. cuma sekarang ni tahap kelaparan aku nak melahap makanan tuu lagi hardcore dari nafsu aku nak tangkap gambar. bahhahah xD. Oh yaa even though manusia yang ambil gambar makanan ini dikatakan mempunyai sakit mental. Namun, tidak mematahkan semangat daku untuk mengambil gambar makanan. ecece...ayatt. ahaha :P


dushhhh! kene sebijik >.<! 

GEDEBUKK!! haaa kene tak sebijik kat dahi? bahahahha. wehh yang nii sumpah aku terasa. ngeee XD speechless sunggoh! Kbai.


So lepas ni nak buat laa carta pai yang warna kuning tu besauuu sikit. hihi :3 kuhnun nyer lah. Anyway, selamat meneruskan perjuangan kepada semua yang masih lagi berperang masa ni. termasuk aku laa oo -..- haha. Last paper aku 29 Mei. Malam tuu kol 9pm dah bertolak balik Sibu. wehuuu! cuti uiks. hahahahah tak sabo nak jumpa suma. ngeee XD. So, till we meet again canteks, hensems suma :P




Thank you for reading this entry !


Wednesday, May 15, 2013

Fighting & All The Best!


hole holi hola! maksudnyer, Hai Semua! :D hahah.


Pernah tak rasa macam susah jaa nak bernafas bila ingat nak final exam? hahah. Oke baca tajuk pun dah tau ken aku nak post pasal ape kat sini. ha ah, skang nii IPTS semua dah busy dengan Final Exam masing-masing termasuklah aku. Tinggal beberapa hari lagi untuk first paper. First paper aku on 19 Mei, Ahad (9-12pm). pheww~


Seperti biasa laa kan, bila tiba masa nak exam ni semua pakat duk buat muka serius segala kuhnun-kuhnun nak fokus kan. woakakah! aloo chill laa.. Eh, aku jugak kadang-kadang jadi pressure bila tengok korang buat muka cenggitu taudak?! *ngempas palak!* hahahahhah (>_<!). eh kenapa macam tetiba ja aku taktau nak karang apa kat sini ek? -___-



Baiklah, slip exam dah amek dah. Time nak exam nii mu jangan laa dok buat macam-macam pangai noh. Kau dok diam buat keje kau jaa sudah. ken? kang nanti melampau-lampau kau punya stress ohoiii naya! Chill chill time nii. kena tau manage suma. cheiii amboiii kemain lagi aku pandai nasihat kalian ni. padahal satu pon aku tak abes baca lagi nih. chaiit! nampak sangat jenis yang belajar last minit. Eh?? Oke, selamat petang! hahaha xD





Buat sekalian rakan seperjuangan, Selamat Maju Jaya! Nanti kita sama-sama belajar elok-elok. Exam buat molek-molek tau tauu (^_^) *hi five!!*. Sebelum baca nota tuu jangan lupe doa dulu. Nanti senang ilmu nak masuk berdesuppp gitu :). Oke la, nak sambung baca sikit. hikhik


SELAMAT HARI GURU in advance untuk esok hari (16 Mei) kepada semua guru, bakal guru ;) hehe.. Panggilan "Cikgu" itu satu anugerah. ibarat adiwira anak didik. hoho gayteww :3




Wish all of us Best of LUCK! :D





Thank you for reading this entry !


Tuesday, May 07, 2013

Taktau nak letak tajuk ape? XD

chingchong chengho hunghankhik chongchung! maksudnyer... HAI SEMUA!


hahaha lama kut nak cari idea nak update blog nii. siyes! bila ada idea, ada-ada saje perkara yang nak dibuat. so malam nii nak luangkan sedikit masa. btw, sehat dop? uhuu.. aritu check nuffnang. puiii harommm.. itu laa akibat nyer kalo malaih nak hapdet blog ken? nak naik sepocen pon susah nau :3 apepon, aku nak setori sal aku ler nii kat korang. hokhok *pang! -,-


err, nak mula dari mana haa? Orite, now aku dah officially duduk hostel. hehek *tepuk sikit pelis? :p. mula angkat barang-barang suma sumbat kat hostel 1 May that day. uhuu.. nasib baik harta benda segala pusaka warisan moyang aku dulu tak laa banyak sangat. hoho. so, boleh laa muat 1 kete :O. Roomate aku? hehe.. suma oke. even masing-masing masih dalam proses membiasakan diri. errr, aku kadang2 malu-malu kuceng kat dia. bahahahah XD ihh iyo ler, aku kan tak biasa ngan dia lagi kan? so, normal laa aku malu-malu kat dia. padahal bila roomate aku tadak kat bilik, aku dok meronggeng macam hapa kat bilik sesorang. wokakaka! burokkk perangaii >_<!


Sekarang nii pon aku msih lagi proses menyesuaikan diri dengan suasana baru, manusia baru, perangai pelik2 yang baru. ahahhaa siyes kadang2 mereka yang kat blok aku nii kelakau! :D bhahahahah aku buleh duk senyum sorang2 dengar dorang bercerita -,-. Apepon, PRU 13 penuh dengan emosi! Ehh????


By the way, now dah hampir minggu last kuliah. Final exam bakal menjelang tiba tak lama lagi noks! >.< huu siyes bagitau apa pon aku tak baca lagi. :O omaigod! Omaigod! Actually tak banyak yg menarik sejak kebelakangan nii. hehe.. my life going smoothly since nothing yang kebaboom! huhu. keadaan mula rileks...tapi aku nih tak reti-reti lagi nak buat revision bagai. aishh. terok beno tang tuh -,-


Recently aku spend masa dengan ternganga dengar lagu jaa. woakakak burokkk pangai! wehh boring jugok kekadang dengan rutin cemni. hehe.. amboiiiii -..- Oke laa.. gilo bapok aa aku ni merapu kat sini. err, naper aku rasa entry aku kali nii cam takder pengisian jer en? aishh. alorhh takder laa.. aku saja nak khabarkan hidup aku dgn u olls jeh. lalalalaalaaa (^_^)


Baiklah, it's better for me to stop here kot. sebabnya.. aku amek mood hapdet blog nii jugak before nak buat aku punya tutorial. ehehehekk buleh gitu? :D jaga diri suma naa.. hikhik. maaf takdop gamboooo >.< *fly~~~~ haha



ini entri semalam. harini sambung dan post. tadaaaa :p



Thank you for reading this entry !



Tuesday, April 30, 2013

Kes penyepian yang terlampau


hai semua ;) ni kejap lagi aku nak fly pegi Amsterdam nih. hehe jauh dak? huhuu.. sejak aku bervacation ke hulu ke hilir ni aku rasa macam dah hilang ingatan sekejap. aku lupa plak yang aku ada blog. eh? gitu. haha oke tu suma tipu belaka.


burrppp.......kenyang dah melahap seperti kat gambo atas tuh :3 hoho. yang ada tengok instagram mesti pernah tengok nih. eh suka suki aku la nak sambar gabo mana ken? woakakak. oke tak lawak -,-. Actually, last 3 weeks aku busy sangat. like seriously memang takder masa nak buat itu ini. Nak makan kadang-kadang tak sempat. kadang-kadang tu boleh lupa plak semdiri belom makan ke ape. Bila terasa lapar baru teringat belom makan lagi. memang macam disaster jaa tau tak. berkejar ke hulu ke hilir. aku ponteng kelas 2 kali. ini aku cakap betol nii.. berkorban untuk kali ni jer kut bak kata seseorang.


Dan selama 3 minggu tuu so much things yang berlaku. homaigod! kene hadap jugak. kene tadah jugak. huiii macam-macam. try to be, "alaaa rann, chill lah.." yohhh..gitu :D Suma ingat pasal keje, pasal tugas, pasal urusan yang perlukan penyelesaikan dan penyiapan secepat mungkin. Jadual aku dengan rakan-rakan yang terlibat tersangat-sangat-sangat PACK! pheww~ rasanya le kan, topik perbualan masing-masing pon semua pasal keje jer. hahahahahaha XD ken? seingat aku la.. Makan sembang sal keje, jalan beriringan balik bukak citer sal keje, angkat kol pasal keje, jawab mesej pasal keje. hoho seriously i can't live with this for too long ja rasa. pheewww~~~


Bekerja sampai pukul 3,4 pagi bangun pukul 6,7,8 gitu. tanpa henti tuu. direct dari awal pagi bangun tuh. nak cakap pasal penampilan? puiii macam mayat hidup. nak ja aku transform jadi Zomba jer terus! hahah kesiann dengan diri.. Memang tak cukup rehat sangat-sangat. Rasanyer memang minggu yang sangat disaster laa last 3 weeks tuu. Kitorang suma busy dengan organize events. -.-" aku masuk kelas pon cam tak jer rasa. Jasad jer kut dalam kelas. fikiran menerawang ke sana ke mari. ohosh! sangat teruks (>__<")



Dia ni Lenja. nama pendek nja jer. Semalam sempat keluar makan tengah hari dengan dia. heee.. siyes lama dah tak kuar makan sama kan nja? lama jugak laa kut. oke, last 3 weeks jumpa dia nii time makan ngan time nak tidur malam jaa. huii.. sedangkan duduk sebilik tu. bila keadaan macam nii kan, kita sedar yang kita makin takder masa nak meluangkan masa bersama dengan kawan2 suma.. Tapi dek kerana tanggungjawab kita perlu tau mana yang harus kita utamakan buat masa nii. Lagipun nanti lepas selesai tugas tu suma boleh laa huha huha huha balik! hahahaks :D Mujurlah nja memahami.. ha ah, dia sangat memahami.. sebab tuu sayanggg sangatt :'). Thank you bestie! *kesat air mata* hehe.. eh, ni jangan tanya kenapa dari tadi aku asyik sebut last 3 weeks naa. huauauauhiknaavu oke gelak sakan.


And now bila semua dah selesai... rasa sangat free. huhuu *tepuk2 tangan sambil pejam mata amek feel lebeh sikit* haha. Tapiiii mula bertongkat mato dengan assignments yang gilo bertimbun memandangkan memang tak bersentuh langsung semenjak dari first lecturer umumkan tajuk assignments. nampak tak terok tang tuh? nampak tak?? Oke over. Tapi tapiii..now at least aku dah ada masa untuk diri sendiri dah skang ni :) yeayy!







Oke ni event pertama "In Memorial Of Lahad Datu". ada kuar newspaper that day, Utusan Sarawak keluaran Sabtu (20 April). Majlis simbolik Penyerahan Dana Tabung Wira Lahad Datu ni on 19 April. and 20 April tu event kitorang ke SK Bako, Kampung Bako. Program Jejak Inspira-C.





Ini antara yang berjaya diupload. haha. ape ape? line tenet aku slow doh.. apepon, esok aku ada kelas. dan entry ini tergendala selama dekat 2 jam sebab tadi aku kol my BFF si Emilia. hehe..gilaa rindu seh ngan dia nii. Harap nanti kita suma dapat jumpe noh :') oke lah, buat masa nih, ini je laa kut. ape ape nanti i will update :). Now masing-masing busy nak prepare untuk final. haa ape? nampak tak final tuh? jangan tak percaya plop u olls! hahaha.. memandangkan aku sepatah harommm pon aku tak berapa nak arif sangat dengan suma subjects aku sem kali nii so pelu sangat laa kut aku mula berkayuh sekarang. eh? semoga...

Till the next tinta..





Thank you for reading this entry !



Wednesday, April 10, 2013

Sangat PACK

Hello !



Pernah rasa penat yang sangat-sangat sampai nak nangis? Oke itu sekadar mukadimah. Hari ni terdetik ingin menaip sesuatu dalam blog ni. Seriously memang lack of time sekarang nii nak update itu ini. But i try my best untuk update blog. hihi :D gigih tak?? Okay, this month memang sangat sibuk. So much thing yang kene disiapkan. Dengan assignments yang semakin dekat dengan due date dia. huhu.. part ni memang rasa macam nak rendam diri dalam tub mandi jeh! perghh! tub tuh :p. Bukan "tab" keh! >.< hikhik. Semua kene buat semua..itu yang sepatutnya lah.



Telling you what, this past 2 weeks dah memang tak boleh nak duduk diam. kau cakap DIAM! pon aku tak boleh nak diam. hahaha. Memang sangat busy nak uruskan itu ini. semua busy. I dah seminggu tak balik rumah. stay kat hostel jaa.. orang rumah pon dah mula tanya, "Bila nak balik?" hmm.. sorry sangat-sangat. Tak pernah tinggalkan rumah lama camni sebenarnya. heheh :3. 



Now, saya bersama dengan rakan-rakan yang lain sedang bertungkus-lumus untuk organize 2 program sekaligus! that's seriously! O.O Bayangkan bila program bersambung. Ogosh! Main event minggu depan mula, on 20 April. So, minggu nii buat persiapan yang pada masa yang sama, minggu ni menjalankan 1 lagi program. harharhar mati kau >.<!



Memang restless. tak cukup tidur. makin mengecil pon ni ha.. hakhakhaks -.-' Tapi takper, tak sabar nak habiskan suma nii. sedikitttt je lagi. lepas tuu boleh tarik nafas legaaaa sangatt :). Ape yang dapat aku bagitau, buat masa nii memang sangat busy. banyak yang nak kene buat. kadang2 serba salah sebab takder masa untuk kawan-kawan. jangankan kawan2 atau teman2, masa untuk diri sendiri pon takder. haipp! ada gak kawan bagitau aku ni gila kerja. omaigad! dak dak.. dah nama tugas, kene siapkan. 




Terima kasih kepada teman-teman yang memahami keadaan aku skang nii.. *hugs!* Thank you for reading :). Take care