Thursday, January 31, 2013

HIKING | Gunung Santubong

Hello!


Entri nii nak bayar hutang. ape? ape? ingat aku berhutang ngan along ke? memang idok ahh. Nii haa.. entri ini -->> KLIK SINI . Okey, sebelum tuu nak bagitau jugak entri ni banyak gambar. so bersabar scroll sampai habis naa.. huhu. Amacam? dah sedia? juhhh ~


Semua peserta berkumpul kat Wisma Mornie seawal 6.30 pagi macam tuu. Tapii at last kul 7 baru semua berada di situ -.-" . yahh nevermine! biasa sangat laa. kul 6.30 akan jadi 7. hewhew :3 . So, lepas tuu semua daftar kat kaunter depan nii haa..


Nak buat queue? alah, baik lupekan jer. mula2 jer nak ber'Queue up'. lepas tu, humphh =..= harommm. wokakah! Nasib baik awal mendaftar :D yeayy! *sila tepuk! sila tepuk! :P


Then, lepas selesai semua pendaftaran, taklimat sedikit. Here we go! Ramai-ramai naik bas bersama dengan beg masing-masing. Dalam beg kompom ada botol air, bekalan coklat, bekal makanan sikit. hehehe.. harus! itu keperluan yang perlu ada ^_^







Sampai di destinasi, kami buat warming up sekejap. Lepas tuu bacaan doa supaya perjalanan nanti selamat. Sedikit taklimat jugak daripada pengiring (student UNIMAS). Sebab dorang selalu turun naik, turun naik Gunung Santubong nii haa. So, dah expert laa dengan laluan sini. hehek.. mekaseh abang-abe yer? >_<


Yang guna sleeve biru nii slh sorang pengiring.

Okay, time nii baru sahaja memulakan perjalanan. Jalan raya kat bawah tuu pon masih kelihatan lagi. 2 kumpulan dah naik dulu. So yang selebihnya kena berhenti sekejap kat sini sebab ada sorang peserta tuu dia ada Asma. Naik naik, sempuuuuttttt.... Jadi, dia ambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian dia. hurmm.. sayangg kan. hehe.




yahh! time nii maseh bole senyum lagi. harhar. Oh btw, saya hampir pitam time naik bukit yang kedua. wokakakah! padah tak serious warming up kat bawah laa kan. choiii kureng ashemm T__T hahaha. Tapi, lepas tenangkan diri lepas tuu i boleh mendaki lagi jauh. Oh sungguh jitu kepantasan ku. miahaha! dush! dush! :P

View dari atas. Tapi bukan kat puncak lg:P

Cantek kan?? hewhew.nii belom kat atas lagi nih. hahaha. setengah pon belom. Still kat bahagian kaki gunung. wehh! setakat nii pon buleh tahan penat hokeh -.-". Kat bawah tuu gaung gilaa tinggi. gayattttt! 

Begambo itu harus! 


Baru F7??? maseh tinggi lagi :O

erghhh! maseh buleh senyum lg ni. hahaha

Lepas tuuu.. ini hah! tak laratttttttt T__T huikkks! gilaaa letih. lenguh semua. Lutut ketaq-ketaq naik. hahaha 


Bila sampai kat tempat macam nii, paling aku tak suka! nampak macam senang kan? macam cincau jaa nak naik. Tapi bila dah start nak naik tu, yobihhhh sangat laa payah nak lalu mende nii. lemah lutut. T__T tak suka lalu akar nih.

T___T

haussss sangattt! 

Minum air pon kene jimat sikett. kalo tak kurus kering sampai puncak tak cukup air. eh? ade ke? hahaha

nampak dorang mcm dekat. tapi jauhhhh senanya

ecehhh... *sila muntah* HAHA

Dia jugak! hamboiih yg belakang :P HAHA


Yohhh! Mendaki bagai nak "Die Hard" baru sampai F8 ?? gilaa jauh okeh nak sampai F8 nii dari F7 yang tadi tuu? Ada banyak lagi F yang ada di hadapan. huhuu..

Priscilla

Dia nii mula-mula jauh di hadapan. Aku ngan Claudia jauh di belakang dia. Tengok ni haa..dah kene over take. miahahah! rasa hebat sekejap. hikhikhik :3


Ini lagi satu paling tak suka. Takutt wehhh! Takut terjatuh bagai. Ini kira OK sikit. Tak berapa tinggi sangat nak naik sampai atas. Yang GAYAT memang lama nak lepas :P



F11 sudah
Tudiaaaa...nampak tak betapa tinggi kat F11. Sampai rasa macam nak terkentut-kentut naik mende nih. puiihh! Dah laa jarak antara anak tangga tuu besau giler. So, u have to kangkang sebesar mana yang boleh! hahahah betollll..  tak tipuu. Yang kaki panjang takper aa.. huhu.


Errghh..abes naik F11 and mendaki sikit untuk sampai dekat sini. sumpah! aku dah lemau nak mampos! Tak laratt macikk :P hewhew.

Naik atas sikit, so dapat view nii. angin sejuk tau :)

Okay, ini dah nak sampai ke puncak dah. hehehe.. Masa on the way nak sampai puncak nii ada laa terserempak mereka2 yang turun dari puncak. Sempat tanya, "Masih jauh ke?" . "Tak jauh lagi. 15 minit saja lagi sampai atas." Yeahh! semangat balikkk. Sumpah lepas 3 minit tuu aku mula slow balik dah -.- . 15 minit dorang tuu 1 jam lebih rupanya nak sampai atas. tuiiii kurang asamboi betoi. ahahaha padan muka!



And at last, selepas 3 jam dalam hutan meredah segala akar2 pokok besau, segala jurang tuu, and ada jugak rasa macam nak jaa buat wasiat dalam henpon. haha, akhirnya sampai jugak di puncak. Yuhuuuu perasaan yang sungguh lega! hahahha. sampai2 jaa terus buka bekal. laparrrrr :O hahahahhahaha





Kami sudah tawan Gunung Santubong

Air telaga semulajadi ini sejuk. even cuaca panas


sepet mata *silau*

Antara yg berjaya sampai di Puncak

Yeaahhhh!!

Fuhhhh! paling tinggi F15 (last). sempat amek gambo ramai-ramai. Tapi maap lah, lupe pulak kat folder yang mana 1 aku letak gambar kami-kami yang berjaya sampai di puncak. hehehek :3 ampunnnnn


Selepas tuu, pukul 2 petang kami berangkat balik turun semula. fuhhh fuhhh letih. Kaki dah rasa macam nak tercabut pon ader gak -.- Like seriously, kaki turun gunung rasa macam takleh bengkok lipat apa semua dah. Nak lurussssss jaa. miahahah! lawak jugak laaa.. siapp lariii laju bedesuppp turun. hahhaaha. Yang merana tuu, on the way turun gunung tuu, bekalan air habes! Sumpah cakap, since air aku habes tuu dalam kepala hotak aku terbayang Air Mineral 2 botol jaa. hoho. haaauuuuusssssss sangattt! Tapi kene tahan jugak sampai kat kaki gunung.


And bila dah sampai kat kaki gunung, terus gegegegegge lanjakkk air mineral 1 botol. Habis! amek lagi 1 botol, gegegegeg tinggalkan setangah. hahahha. legaaa anak tekak... semua lesu keletihan jaa rupa. 



Mata layu lesu. hahha letih sangat dahh

Sampai di kaki gunung jam 5 petang macam tuu. And sambil tunggu yang lain sampai, berehat lepaskan keletihan. Dalam 6.30 petang selepas berkemas semua, baru lah UNITARIANS semua balik.

Bye2 Gunung Santubong

Nak cerita macam mana perasaan masa naik gunung memang laa mula-mula tuu teruja. haha. Tapi lepas tuu, pergghhh! mesti kene BERSABAR banyak. Kene THINK POSITIVE banyak. Kene TOUGH MENTAL jugak. Oh dan yang paling penting, mulut tuu jangan celupar sangat. Alaaa, biasa laa kalo dalam hutan tebal kan? Lagi-lagi Gunung Santubong memang ada alkisah nyer tersendiri. OH, bukan bermaksud nak buat kontroversi front page ke ape, tapi memang betul. Mana-mana tempat pon ader kisah nyer tersendiri jugak kan.


Yang penting kene kuat semangat. Bila dengar ape-ape yang pelik tuu just ignored it. Doa paling utama. And all is well. Kuat semangat tau. Masa kat tengah2 jurang yang agak gelap laa.. agak gelap sedikit. masa tuu kitorang ada 4 orang dan semua 4 4 tuu perempuan. Tetiba dengar macam ada orang nyanyi. Tau kan lagu Puteri Santubong yang awal tuu? "Ooo..Ooo..O.." ada kan? haa gituu laaa yang kita dengar. Kita berempat just pandang diri masing-masing jaa. Takmo sebut! haha. I terus SMS Claudia, "dengar tak apa yg aku dengar?", Claudia angguk. huhu. Tapi nasib baik masa tuu abang yang jadi pemandu arah kitorang sampai. fuhhh lega sedikit laaa para wanita nii semua. hehek.



Sampai kat rumah dalam dekat nak 7 lebih macam tuh. Clean up, makan, terusss tidur sampai tengah hari esok. hahahahahaahahaha! LETIH okeh :P. malam tuu, yobihhh sakit-sakit semua badan. sumpah! Keesokkan hari, jalan pon tak betoi dah. sakit suma. paha macam nak putus jaa. Banyak jugak yang tak dapat datang kuliah. muahahah! haipp! tapiii i datang okeh. sebab kelas tengah hari. jalan kemain slow. hakhak. rasa-rasanya, kalau lawan jalan kaki dengan kucing, kucing lagi awal sampai kut. hahaha.



Whatever it is, memang sangat besttt! Macam tak percaya jaa dapat tawan Gunung Santubong. huikks, gila adventure okeh! haaa... Ada masa nanti, korang pulak try hiking kat sini. For sure sangat best! :)






Thank you for reading this entry !


*cerita tahun lepas, tahun nii update :P


2 comments:

Anonymous said...

woooooo giler best siot...ciss bila lah dpt jejak sarawak... :((

Rann said...

wild sepet : besttt! tapi sangattt saket wehh ahahahah. mai la datang sarawak. nnt bawak hiking sini. hOhO :P