Saturday, April 07, 2012

Mandi malam? Bahaya ke?

Soalan di atas itu mungkin satu soalan bagi yang membaca ..
Tapi yang sebenarnya satu persoalan bagi saya .. 
(-.-")

Siapa suka mandi malam? Awak! Oo taknak ngaku iyer..haha. just kidding! hmm dekat nak jam 2 pagi dah skang nii .. aiyoo! Tak terasa cepat masa berlalu ..
pssst yang sebenarnya saya baru sahaja usai mandi .. :P

haipp! baca dalam hati jer .. muahahaha. To be honest, saya memang suka mandi malam. Banyak yang kata mandi malam nii tak elok kan? Awak pon kata macam tuu, yer dak?? hihihii .. 

Eh, best aper mandi malam. Especially before landing tuu. kan? masih harum lagi wangian mandi tuu. nyaman sekali.. hehehe..mimpi yang indah-indah pulak lepas tuu. haha. seronok .. seronok .. seronok .. :P

Dalam catatan sejarah saya, paling lewat saya pernah mandi pukul 3 pagi. whoaa! lewat tak? muahahah. memang lewat. masa tuu muka dah panas berminyak ngadap lappy lamaaaaaaaa sangat! mula-mula just pegi bilik air untuk cuci muka jaa. lepas tuu bila air dah menyentuh kulit tuu, haa amekaww. terus jaa mandi. hahaha. 

kebiasaannya saya akan cuci muka, basah tengkuk, cuci kaki dan basahkan betis sekali sebelum masok tido. ^__^

hahaa. dan yang paling penting, saya akan minum seteguk air kosong sebelum tido. ini perkara wajib! tido rasa macam tak lena bila terlupa minum air sebelum masok tido. huuu. anda bagaimana?? muahahaha. soalan bonus untuk awak!

walau bagaimanapun, kalian-kalian yang selalu mandi lewat malam tuu usah risau yer .. cuba baca INI

Dah baca? haaa .. jadi jangan ada keraguan lagi okeh. lagi syok tido selepas mandi. betol tak? haha. 
goodnite ..



Thank you for reading this entry !

Friday, April 06, 2012

New look for my Desktop

Waaa! So suwittt .. 
nak tau? nak tau? nak tau? haha. mesti nak tau an?
Actually, ni ..


Yeahh! macam mana? kemas tak.? hehehe..
cantek .. suker sangat!


haaa kalo nak tau lebih lanjut ..




Selamat mencuba ! ^__^


P/s : TERIMA KASIH BICARA MAK DARA 




Thank you for reading this entry !

Thursday, April 05, 2012

Untitled


Sebahagian daripada KOLEKSI saya ..


Ni gamba orang keletihan .. mata pon lemau jaa .. =.='
Apepon, tetap senyum ..

p/s: next time saya ceritakan kat u ols tentang hari terakhir di Tadika hari ini ! :D



Thank you for reading this entry !

Wednesday, April 04, 2012

Wordless wednesday #1


Hati ini terlalu kecil untuk kau lukai ..
Hati ini terlalu sakit bila disakiti ..
Hati ini terlalu sensitif dengan segala tutur kata yang menyakitkan ..

Jaga lidah kamu .. dan lidah akan menjaga kamu ..


DIAM tidak bermakna kamu kalah .. Itu kerana kamu mengelak daripada timbul segala masalah

Biarkan mereka dengan olah mereka ..

Walau pahit ditelan .. mungkin akan manis jua pada akhirnya .. SEMOGA!

Bila terasa amat sukar menahan rasa yang bergelombang dalam hati .. MENANGISLAH!

Andai menangis itu mampu melenyapkan segala perasaan yang berkecamuk di hati ..


" Perhaps our eyes need to be washed by our tears once in a while, so that we can see life with a clearer view again .. "


RANN ... Jangan lupa ini ..



SABAR ITU INDAH ..


Put a SMILE even it's really hard for you to take ..




Thank you for reading this entry !

A Day at TADIKA SK GITA

Aku tak akan berhenti .. menemani dan menyayangi mu .. hingga matahari tak terbit lagi .. bahkan bila aku mati .. ku kan berdoa pada Ilahi .. tuk satukan kami di surga nanti ..

Aisehhhhhh layan beno lagu Wali iyerr? huhuhu.. Okeh, bukan nak citer pasal artis kali ni. Semalam Ran dah janji nak story story kan tentang I yang pegi tadika tu. am i right? so jom ikuti ceritera aku. ooyeahh!

I'm woke up 6.15am but took my bath on 7am (T.T) hahaha. siapa selalu buat??? muahahaha. Oke, enough sal tuu. 


***************************************

So, dalam jam 8.40am dah sampai kat sekolah SK GITA. First time jejakan kaki kat sekolah tuu..errr, i'm quite nervous nak berhadapan dengan pendidik-pendidik kat situ. hohoho. tapi dorang baik laa. i jer yang over nervous! heheh. Hari nii Guru Besar takder. so we mate their PK1 yang before tuu kita orang menunggu beliau kat ruang menunggu coz Pk1 tengah  ada urusan dengan guru lain. hmmm agak lama ugak tunggu. i dah 2 kali berdiri duduk tunggu. ahahah.. but, demi task yang kena kami siapkan nii. RELA! hihihihihik~

And then berurusan dengan Pk1, bagi surat, PK1 buat beberapa salinan for diberikan pada cikgu tadika later, approved, ... baru laa bole pegi ke kelas Pra-Sekolah. HOOYAHH! I dengan sorang lagi observe Pra-sekolah B. heheheee .. 

Sampai kat depan pintu Pra-sekolah, cikgu dorang tunggu depan pintu. huuu. seronok nii~ Explain this and that kat cikgu tuu .. angguk2 tanda paham..pastu dijemput masuk. yess! haha :D

First masuk...errr, pandangan all of kanak-kanak kat situ tertumpu pada aku dan kawan aku tuu. erkk! haha (janggal dipandang begitu) hahah! tipuu jerr :P .  Masa tuu pelajar tengah nyanyi kat depan. hehe. Part dorang buat aksi menari bersama dengan cikgu dorang aku tak sempat nak  ambil. huuu. so sad. comel-comel dorang menari oke.

Mula-mula tuu dorang sopan-santun, baik-baik jaa tau. hehe. sejuk hati tengok :) . Pastu jam berapa tak pasti laa..dorang take a break. MAKAN! hahaha..time nii dah start tumbuh tanduk dah dorang neh~ huahuahua. Ada yang tak suka makan sayur, Cikgu paksa makan sayur (cikgu tlg suap). hihihii..dorang nii kena guna cara yang halus baru nak ikut. yer dak?? heheh .

Lepas baca doa habis makan, time ni mas untuk ENJOY!! hahaha, dorang ada main permainan yang ada kat situ. hohoho. Part nii kanak-kanak dah mula ACTIVE oke! Berlari sana sini. Bertempiaran jaa. Dengan segala jeritan, ketawa, gaduh-gaduh sebab budak lain rampas permainan bagai tuu..fuhhhh! amekaww. seput aku lihat. Terdetik dalam hati..

(dapat ke aku kawal pelajar aku one day if dalam keadaan macam nii)

hahaha. tuu monolog i jew laa. sambung cita..mungkin dorang nii main permainan ada masa-masa tertentu. Time tunggu dorang habis main tuu, sempat pulak story-story cket dengan cikgu dorang 2 orang tuu. Banyak dorang cita tau. Gelak-gelak bila dengar keletah budak-budak nii.

Cikgu tuu citer, masa tuu dia suruh kenalpasti objek yang ada kat board. kat situ ada macam-macam gambar.
Part nii lawak!

PAPAN HITAM
Cikgu, kami tak pakai yang warna hitam. kami pakai putih
muahahaha. dorang jawab macam ni sebab kat kelas dorang belajar guna WHITE BOARD. Sebab tuu budak tuu jawab macam tuu. hihihi..pulakk daa..sungguh cumil ..! ^___^

ALMARI 2 PINTU
Cikgu tanya : ini apa ?
.....Pintu berkembar!!
wakakaka. lawak aeee..!

Dipendekan cerita...dalam kelas nii seramai 25 orang. Tapi hari nii 5 orang tak hadir. Dalam 25 tu ada seorang yang paling muda. umur dia 3 tahun plus2 macam tuu. And antara yang sangatttt active! haha. Dia nii sampai naik meja, conteng dinding tau. hahaha. cikgu tah berapa kali panggil nama dia nii ntah aku. kelakar jugakk. 

Ada lagi pulak seorang budak lelaki yang sangat nakal kat kelas ni. Masa tu semua tengah busy buat latihan yang diberikan. but dia nii kacau orang sana-sini tau. Cikgu tuu ambil beg sekolah dia. Tau dia buat apa? Sumpah i never expect that he can think macam tu. Bila cikgu tuu angkat beg dia, dia angkat kertas latihan ugut nak koyakkan latihan dia!! hahahaha. lawak beno. comel.....sangat sangatt sangatttt! terkekek-kekek aku tengok adegan tuh. muahahaha. macam-macam eyh...

Then, dalam jam 11.30am..we have to go back (T.T) ..
Taknak tanakk taknakkk! hohohohoh..rasa taknak balik pulak. siyess! sedih jaa. seronok layan kanak-kanak. hehehe..jatuh cinta sudah weyyy~

But sokay, Khamis nii pegi lagi. ni yang last.

yeahh! fuhhh. lenguh menaip. so for that, i ada beberapa pictures nak dikongsikan bersama kalian. 

dibawah! dibawahh! dibawahhh! hehe

view dari belakang kelas



fuhh.semangat giler wat latihan yer dik.


By the way, actually nii entry for 3/4 but because of i buat lewat pagi bru siap..jadi 4/4 pulakk publish.
(-.-")



Nanti ada presentation for Managing in Child Behavior. Doakan yang baik-baik kayy.

*nak lelapkan mata. keletihan seharian...*




Thank you for reading this entry !


Tuesday, April 03, 2012

Tomorrow in Kindergarten..can't wait to go


Fuhhh tengok tajuk entri aku a bit of nervous! erkk! afsal tetiba nervous pulakk. bukannya ada apa pon. just pegi Tadika jew. muahahaha. mesti korang cakap macam tuu dalam hati kan? hahahaha. no wonder laa i. aisehhh..emo pulokk. haha. just kidding u ols :D. by the way, to be honest ngan u ols..i'm a bit nervous nak pegi esok hari 
(finally i admit it) 
hehe.

Plus, i can't imagine how is that kindergarten look like. i mean their environment ok. bukan bentuk bangunan tuu. hahaha. But hopefully everything will be alright then. HOPEFULLY !! hooyeahhh :D .

So, for tomorrow kena pakai pakaian formal. eeiii~ tuu mesti tau. takkan laa nak pegi sekolah orang pakai cam u ols kuliah hari biasa..errr, yang jeans and T-shirt or baju yang banyak ropol-ropol tuu bagai. tak pun yang kembang sana-sini tuu. muahahaha. nonsense! kalo pakai jugak yang macam tu. hmmh..kompom reject. tak pon Fofular kat sekolah tuu nanti. yer dak?? imej kena jaga kan..? :D peace ^^v . i guna kurung jaa. safety! ekekekekekee.

Tentang persiapan..rasanya OK laa kot. Cause we all pegi tuu just for observe the kids kat situ jaa. Rasanya no problem. Maybe kalau diizinkan..kita akan pegi 2-3 times so that maybe akan dapat result yang lebih accurate.
 Hope so ..

Apapun, esok i will update lagi kayy. i nak story pengalaman i kat TADIKA SK GITA .. huuuu .




Thank you for reading this entry !

Monday, April 02, 2012

Jaga Kesihatan ya..?


"Jaga kesihatan ya"

Itu ungkapan dari sahabat aku semalam. Dan seperti biasa, biar lautan mahupun bukit-bukau yang memisahkan dua jasad..pasti dia yang paling dekat dalam hati. Terpisahnya dua insan rapuh ini tetap akan berhubung jua. 

As usual, aku dengan sahabat tersayang pasti akan ber-Yahoo Messenger. huuu. sometimes tak jugak. biasa ler tuu. dan semalam mungkin yang paling menyentuh hati. setiap kata-kata ikhlas dan pengakuan jujur itu membuatkan diri ini teramat terharu. Tersentuh dengan keikhlasan dan kejujuran itu. sayang ukhuwah fillah sangat-sangat.

Yesterday nite i continue with my assignment. mengantok jugak sambil buat tuu. sangat-sangat sleepy! sepanjang i siapkan assignment, taip-menaip, klik sana-sini tuu semua..almost 4 gelas Kopiko 3 in 1 aku minum! errgghhh mengantok punya pasal ler nii. hahaha. Tau tak Kopiko tu? laaaaa yang packet dia kaler hitam tuu.. kalo tak dapat gambaran jugak, tanya Mr. Google keh. hohohoho. So, dalam kes i nii..my lovely friend ni bagitau laa..

"Ran, jgn salu minum nescafe 3 in 1. ada efek sampingan"

Errkk! Tertanya-tanya apa pulak efek sampingan tuu. nevez tunggu jwapan. Tau apa efek dia? niii tengok.

"sebab boleh merosak jantung dan buah pinggang"

uwaaaaaaaa! Terkejut gilaaa sehh! Risau risau risauuu! hahaha. Pastu dia pesan banyak lagi. Antaranya..beli barang dapur kena check kandungan makanan dulu. hihihi. jujur cakap, i tak pernah check kandungan makanan oke. semua main masok jaa dalam troli bila beli barang keperluan dapur.
T.T

And then dia pesan lagi, kalau nak sehat kena laa berkorban. Pilihan tuu ada dua jaa. 

 Pertama..nak sakit sebab nak sihat or kedua nak sakit sebab nak terus sakit.

huhu. Then dia tanya.

"Ada makan ubat cacing tak? Setahun at least makan sekali or dua kali"

Errkkk! Telling what. i makan ubat cacing tahun lepas .. T.T
hahaha. This year tak lagi. Next time nak singgah kat farmasi beli ubat cacing tuu. muahahaha. And i tanya dia satu soalan for sure jaa. I bagitau yang i always sakit-sakit tulang. hehe.macam dokter pulakk dia bila i mula menanyakan soalan :P. Tau dia bagitau aper..? She said that symptom memang ada kaitan dengan minum 3 in 1. huhhh? sumpah i terkejut. cett! tak sangka pulokk. after that she told me yang if selalu nervous tahap gaban, tapak tangan selalu basah and nafas selalu turun naik walaupun takder buat kerja berat or jalan jauh..tuu jugak efek minum 3 in 1 nii. uwaaaaaa semua tuu ada ngan i okeh! OomyGaddddd.

Korang penah ada symptom yang kat atas tuu tak?? Kalo ada marilah bersama-sama berhenti dari ambil 3 in 1. hahaha. 

Then dia pesan banyak lagi. jaga makan elok-elok lepas ni. makan jangan tak menentu. minum susu banyak-banyak. makan roti and nasi putih banyak sikit.
T.T banyak nyer nak kena buat if nak sehat nii kan.. Adeii~

So, from now on. Amalkan permakanan yang sehat. I try tau. You all tak nak cuba? mai laa join Ran sekali juh. hahaha.

...
jaga makan.
jaga makan.
jaga makan.
jaga makan.
jaga makan.


sayang kamu dear! ^__^



Thank you for reading this entry !

Sunday, April 01, 2012

BRAIN-STORM-ING

ON lappy. Buka NOTEBOOK. Ready PENCIL BOX. Ambil pen..err, pilih kaler biru laa kali ni. haha. *memilih jugakk*

Alright, it's time for me buat assignment i yang berlambak lambak tak disiapkan lagi pun. haha. OomyyGaddd. hari ni fokus untuk buat esaay. cettt! i paling tak suka buat essay nii. rasa nak termuntah pun ada gak bila fikir nak buat essay nii. haishh.

And part paling 'ngeri' tuu, terpaksa jugak laa nak brainstorming nii kan. fuhhh. garu-garu kepala nak letak isi aper. nasebb ada Google. huahuahuahua. sekarang ni semua nak tanya Mr. Google jaa kan? Mu nak gapo? semua ada! sampaikan lupa tempat letak kunci keta pon tekan Google jaa. hohohohohoolickk! oke tuu tipu :P.

So, daripada aku sedari tadi membebel so many many..i nak panaskan enjin i nii dulu. fuhhh~ english essay..please be kind okay sayangg..hahah.




Thank you for reading this entry !

Your words..i'm speechless!

Wahhh. dah macam addict pulak i kan. Takper kot since aku dah rajin update dah sekarang ni. huahuahua. Actually acapkali laa aku nengok henpon aku tuu. Especially segala SMS yang aku simpan-simpan.  Ada yang buat aku senyum-senyum sendirian jugakk. but bukan nak citer pasal yang buat aku tersenyum. nak story tentang yang buat (I'm speechless!).

Nak dijadikan cerita i buka SMS dari Mumy. 
She said ..

malam2 tak tidur lagi kah? macam mana dengan exam hari tu?

x tido lagi.tengah study tp xdpt msk pon.esok ada kuiz..exam oke. pointer __ . tp xtau utk semester 2 ni. rasa mcm akn ada penurunan jaa mumy..

blm exam dh kata akan turun.mn pergi keyakinan diri u? bakal jd pendidik mst confident tau :-)

haaaaaa amekawww! kena setempek kat dahi! huuu. masa berSMS nii dah jam 12am+ tau. kata-kata Mumy yang terakhir tuu yang buat aku ... ergghhh .. tak tau nak cakap per dah. memang kena betol-betol. kena batang hidung sendiri pun ader gak :P.

Itu kisah Mumy. Nak juga rasanya aku kongsikan SMS dari seorang sahabat yang jauh di mata. tapi i just pick up words terakhir dalam SMS dia. nak tau? teruskan pembacaan.


"bagi kmk kita tetap saudara n ya xkan terputus even 1 of kita usaha putuskan"

err..paham ker? tak paham? okeylaa..i  tolong translate. dia guna bahasa sarawak. jum back to basic pulak. dia kata ..

"bagi saya kita akan tetap saudara and tak akan terputus even 1 of kita usaha putuskan"

So that's it. memang i speechless masa terima SMS nii dari dia. masa tu dia still kat Malaysia lagi. belom lagi balik ke universitas. 

Apapun, semoga semuanya tetap baik-baik sahaja. ALL IS WELL! pinjam trademark 3 Idiots kejapp. Okelah, seems like i dah habis story dah. by the way, THIS is my second entry for April. yeahhh! tak terasa bulan dah semakin menganjak. 1st of APRIL nii. Ohhh NOOo! why? It's APRIL FOOL day okey. bangun pepagi esok kompom facebook penuh dengan berita tentang April Fool nii. hmmmm biasalaa tuhh. hari-hari macam nii memang panas dan berebut orang nak buat liputan. But to be honest, kekadang i'm fed up baca tentang perkara yang sama kat facebook tuu. cett! 
*emosi sekejap*




thank you for reading this entry !




-salam ukhuwah-

Saturday, March 31, 2012

Kerinduan ini datang bertandang..

Jam telah pun menunjukkan 2.35am semasa aku mula menaip entri ini. Oh, cepatnya masa berlalu. Lappy yang mulanya aku shut down pada jam 2am yang lalu kini aku ON kembali. Terasa jari jemari ini ingin mencoretkan sesuatu di belog ini. Sungguh teringin aku meluahkan yang terbuku dalam hati tika ini..

Sedari tadi aku mula ingin melelapkan mata. Tapi sukar pula mata ini untuk ku pejamkan. Bermacam perkara berlegar di ruang minda. Ah, apakah aku ada insomia? Oh itu tidak mungkin. Berkali memasang fantasi berharap agar mampu aku lenyapkan segala yang berlegar-legar di ruang fikiran..tidak jua ianya pergi. Kenapa begini? Berdecit jugak aku ..

Lama juga aku termenung merenung siling.. Dan tatkala itulah perasaan ini datang mengusik kecelaruan di minda. Ohh..jarang sekali aku mengalami perasaan ini sepanjang aku balik bercuti bulan yang lalu. Tidak terasa suam pipiku dek kerana air mata. Segera ku kesat. Tidak ingin membiarkan rasa ini menguasai hati ketika ini. Sudahlah tidak ingin tidur. Menangis pulak. Lagi laa tidak mahu tidur.. Segera aku nyahkan rasa hati ..

Siapalah aku menafikan suara hati. Benar, saat ini aku terlalu merindui mereka. RINDU sangat-sangat. Di pagi nan syahdu ini juga lah kerinduan ini datang bertandang .. Terbayang di tubir fikiran, gurauan itu..rintihan itu..luahan itu..senyuman itu..bebelan itu.. Tidak mungkin aku dapat tuliskan satu-persatu yang pahit dan manis itu. Takut nanti semakin tidak tertahan air mata ini mengalir ..

Terbayang jelas raut wajah mereka.. Satu-persatu singgah di minda. Terimbas kembali saat kali terakhir aku cium dan genggam jari-jemari itu. Dapat ku rasakan harapan yang mereka tanamkan pada diriku sebagai yang paling bongsu dalam keluarga ini. Ya Tuhan, semoga setiap langkahku diberkatiMu. SEMOGA..!

Hidup jauh dari keluarga..sesekali kita akan diingatkan kepada mereka..Setiap langkah pertama dalam perjuangan kamu adalah harapan mereka. Silap langkahmu, akan terlerailah harapan yang pernah kau simpulkan di hadapan mereka suatu ketika dahulu.. Ya Tuhan, pimpinlah aku pada jalan yang kau telah tunjukkan. Semoga perjalanan ini akan sentiasa dalam berkatMu. Kan ku genggam erat tanpa inginku lepaskan tanganMu. Aminn ..

Kepada Ayahanda dan Bonda tercinta .. Doakan anakandamu yang jauh di mata ini dalam setiap langkah perjalanan mengejar cita-cita yang masih belum tertunai. Semoga anakanda mu ini dapat hidup berdikari mengembara di bumi asing ini.. Ayahanda dan Bonda jangan lupa jaga kesihatan ya. Anakanda minta maaf tidak dapat balik cuti ni. Cuti semester .. pasti akan kembali ke teratak kita di kampung. Rindu pada suasana di kampung .. 

Buat abang dan kakak .. kerinduan dari kejauhan ini mengingatkan aku pada saat kita tertawa, kita bertengkar, saat bila kalian berdua memujuk adik bongsu kalian ini bila merajuk, saat bila kalian cium dahi ini setiap kali aku dihantar pulang ke asrama sewaktu sekolah dahulu meskipun masa itu aku dah Tingkatan 6 .. merindui saat kita dimarahi oleh mak .. sungguh aku ingat dengan jelas segala kenangan itu. Begitu aku sayang sangat-sangat.....

Minta maaf juga .. Mungkin selama ini aku tidak pernah menunjukkan rasa sayang itu. Segan mungkin. Percayalah .. jauh dalam sudut hati ini aku amat menyayangi semua .. sayang sangat-sangat.



***************************


Agak lama jugak aku mengadap lappy ni. Sedar tak sedar sudah pukul 3.26am. Bermain dengan kata-kata dan perasaan sampai dua jam pon kadang-kadang tidak terasa. Betul tak? 

Jarang sekali aku kongsikan kisah keluarga ku pada ruangan ini. Jadi kali ini, ingin aku sematkan tentang kisah aku dan mereka..lagi..dan lagi.. Tidak ingin aku biarkan kenangan itu mengalir bersama bergantinya siang dan malam begitu sahaja ..

Tintaku berakhir di sini .. Mencuba lelapkan mata yang masih belum mengantok lagi pun .. 






-salam ukhuwah-



Friday, March 30, 2012

Finally I did it !



Yeayy!! bestnyer eyhh.. haha. kenapa seronok sangat nii..? hehe. Okaylah, tak nak merepek panjang lebar. Sebenarnya, dengan jayanya saya telah menyiapkan assignment saya. yuhuu. 10 markah untuk saya. wakakaka. suker..suker.. !

Perasan tak korang yang lately nii i asyik publish pasal assignments jer? perasan tak? huhu. Biasalah..nama pun student. memang banyak assignments. kalau dulu homework. alaa, bahasa zaman sekolah la kan. bila tanya khabar kengkawan senior yang dah masuk universiti..

"Tengah buat aper skang nii ?"

mesti dorang jawab.

"tengah buat assignment"

haaaaa...kan? Kita yang dengar nii pulak. wahhh. macam grand jaa bunyi ayat dia tuh. wakakakakkaaa. Word "ASSIGNMENT" tuu macam hebat jaa an? hahahah. tuu cara permikiran zaman dulu. masa masih sekolah. sekarang nii..hah! amekawww. baru kenal apa itu assignment. huuu.
(-.-")

*panjang nyer aku merepek..*

Alright, bukan nak bercerita tentang perkataan atau terjemahan mahupun mengupas makna perkataan "ASSIGNMENT" tuu yer. tidak! Since sebahagian assignment aku dah siap..lega laa sedikit. sekurang-kurangnya ringan sikit tugasan lepas nii.

Lepas nii tinggal...japp, nak tengok list jap.

2 individual assignments,
2 group assignments,
2 group presentations.

Okay, that's it!

GET UP for this.
fuuhhh ..!



-salam ukhuwah-

Oh noo !!


OomyGaddd !! Tak sangka ni terjadi hari ni aee. cett! Apakahh..? haishh.

Tadi aku called tempat kerja aku yang dulu. Sebab ada perkara nak tanya dengan my supervisor. Telling you all what! Tetiba yang jawab called i tuu someone yang pernah ada krisis dengan aku dulu oiii...! Mahunya tak terkejott eyhh..!

First memang aku tak cam sora dia tau. And then, bila lama lama tunggu dorang nii pegi panggil Supervisor aku tuu baru lah aku perasan! *sigh*

why?

Dulu pernah ada masalah dengan dia nie. And then, lepas i berhenti kerja situ sebab sambung study kat Kuching sini dah okey sikit masa tuu. Nii after lama tak pernah contact each other, tetiba dipertemukan dalam fon. OomyGaddd. Patutlahhh.. kebetulan! apakah..? eerrgghh. tak paham. haha.

Sumpah aku terkejut katak derr..!

Oke laa. kbye.



-salam ukhuwah-

Thursday, March 29, 2012

Sebahagian jer yang aku punya..

Micheal Learns To Rock tengah sebokk menyanyikan lagu 25 Minutes dorang kat lappy i tika ini. huu. Sometimes aku memang layan lagu slow macam nii tau. haha. rileks jaa dengar..dapat jugak release sesak yang ada dalam kepala tuu an? yer dak?? hohoho.

*but i lebih suka lagu I'm Gonna be Around"
hehehe.

Alright! What i'm gonna share and story story dengan you alls nii oow? Tadi i ader bagitau yang i homealone an? now i'm not.. erkk? hmmmmhh tak baca ler tuh! haha. Oohh yer. assignment i hampir 80% siap. yuhuu. can't wait to finish. haha. malam neh confirm siap dohh :D.

Tapi bukan tuu yang aku nak citer nii. Siapa ada banyak collections barang sini? tak kesah barang aper laa. eh, awak yang baca ni erk?? oo~ oo~ okey...nak tengok!! haha. oke tu tipuu. dengan i pon ada koleksi jugak. koleksi aper? kejapp. nak kasi you, you, you alls tengok. hahaha.

taraaaaa!!!



muahahahaahah. is it all milik i???
Oohh no no no noo. takkan yang wax tuu pon i punya kan. haha. Yang pasti "sebahagian jer yang aku punya..."

Nivea losyen, perfume Bi-es (merah), perapi tanpa bilas (jingga),perfume Stylish..err, tuu jaa kot. hahah. yang laen selain tuu tak nak tunjuk laa :D. nii belom dikeluarkan semua harta benda nehh. haha. tuu bukan semua kay. harharharhar

Newayy, masak makan malam ni aku and sorang lagi. huhu. kekenyangan i. hahaha. *kebulorr* ngeehehehe. adeii~ seems like i merapu tak tentu pasal nii. takder idea lagi wehh. hoho.

Orite. sebelum aku bertambah-tambah-tambah banyak lagi nguras kat sini baik aku berhenti. hihihi..okey you all. Tinta i berhenti kat sini. bubye~



-salam ukhuwah-

Bosan Homealone

Siapa hari ini homealone? huuu.

"AKU"

yeahh! sekarang nii jam 3.18pm masa aku mula menulis entri ni. hehe. kena tinggal sorang-sorang kat rumah. yobihhhh. bosan gilaa sehh. cett! ni dah berapa kali bertukar posisi aku duduk kat rumah nii pon ntah! hahaha. ciannnn.

Actually dua orang housemates aku pegi keluar. Dorang cakap nak jalan-jalan kat Satok. Ada ajak aku sekali, tapi seems like aku malas nak keluar rumah this  holiday. hahaha. duduk rumah jer! best what?! :D

Orite, since aku dok sorang tanpa beronok-ronok dengan dorang kat Satok tuu, aku just nak online jaa. hahaha. And telling you all what! semangat i buat assignment i tengah membara-bara nih! yuhuuuu. hahaha. :P

wahhh. buat assignment dengan my music yang aku played tuu best2. nang antapp! hahaha. semua lagu kegemaran i okeh!
(^_^)v

so this is it!

Gotchaaa! Fresh and non-edited from my Vivaz camera. cett! hihihi.

Biskut and air tuu harus ada bila everytime i ngadap lappy tau. mesti ada! hohoholick! i kat ruang tamu sebenarnya nii. Actually ada Popo teman i masa nii. tapi tak nak laa tunjuk kat you alls. lenkali i bagitau who's that Popo. hahah.

Bila bosan..i akan nyanyi2 and melalak suka hati jaa ekot lagu i. huahuahua. oke tak lawak!

Best jugak macam nii. Time nii no FB-ing, YM-ing or whatever it is. lama tak begini. (buat masa sekarang la) huhuhu. After siap semua, ON tuu semua balik. wakakakaka.


-salam ukhuwah-