Tuesday, April 30, 2013

Kes penyepian yang terlampau


hai semua ;) ni kejap lagi aku nak fly pegi Amsterdam nih. hehe jauh dak? huhuu.. sejak aku bervacation ke hulu ke hilir ni aku rasa macam dah hilang ingatan sekejap. aku lupa plak yang aku ada blog. eh? gitu. haha oke tu suma tipu belaka.


burrppp.......kenyang dah melahap seperti kat gambo atas tuh :3 hoho. yang ada tengok instagram mesti pernah tengok nih. eh suka suki aku la nak sambar gabo mana ken? woakakak. oke tak lawak -,-. Actually, last 3 weeks aku busy sangat. like seriously memang takder masa nak buat itu ini. Nak makan kadang-kadang tak sempat. kadang-kadang tu boleh lupa plak semdiri belom makan ke ape. Bila terasa lapar baru teringat belom makan lagi. memang macam disaster jaa tau tak. berkejar ke hulu ke hilir. aku ponteng kelas 2 kali. ini aku cakap betol nii.. berkorban untuk kali ni jer kut bak kata seseorang.


Dan selama 3 minggu tuu so much things yang berlaku. homaigod! kene hadap jugak. kene tadah jugak. huiii macam-macam. try to be, "alaaa rann, chill lah.." yohhh..gitu :D Suma ingat pasal keje, pasal tugas, pasal urusan yang perlukan penyelesaikan dan penyiapan secepat mungkin. Jadual aku dengan rakan-rakan yang terlibat tersangat-sangat-sangat PACK! pheww~ rasanya le kan, topik perbualan masing-masing pon semua pasal keje jer. hahahahahaha XD ken? seingat aku la.. Makan sembang sal keje, jalan beriringan balik bukak citer sal keje, angkat kol pasal keje, jawab mesej pasal keje. hoho seriously i can't live with this for too long ja rasa. pheewww~~~


Bekerja sampai pukul 3,4 pagi bangun pukul 6,7,8 gitu. tanpa henti tuu. direct dari awal pagi bangun tuh. nak cakap pasal penampilan? puiii macam mayat hidup. nak ja aku transform jadi Zomba jer terus! hahah kesiann dengan diri.. Memang tak cukup rehat sangat-sangat. Rasanyer memang minggu yang sangat disaster laa last 3 weeks tuu. Kitorang suma busy dengan organize events. -.-" aku masuk kelas pon cam tak jer rasa. Jasad jer kut dalam kelas. fikiran menerawang ke sana ke mari. ohosh! sangat teruks (>__<")



Dia ni Lenja. nama pendek nja jer. Semalam sempat keluar makan tengah hari dengan dia. heee.. siyes lama dah tak kuar makan sama kan nja? lama jugak laa kut. oke, last 3 weeks jumpa dia nii time makan ngan time nak tidur malam jaa. huii.. sedangkan duduk sebilik tu. bila keadaan macam nii kan, kita sedar yang kita makin takder masa nak meluangkan masa bersama dengan kawan2 suma.. Tapi dek kerana tanggungjawab kita perlu tau mana yang harus kita utamakan buat masa nii. Lagipun nanti lepas selesai tugas tu suma boleh laa huha huha huha balik! hahahaks :D Mujurlah nja memahami.. ha ah, dia sangat memahami.. sebab tuu sayanggg sangatt :'). Thank you bestie! *kesat air mata* hehe.. eh, ni jangan tanya kenapa dari tadi aku asyik sebut last 3 weeks naa. huauauauhiknaavu oke gelak sakan.


And now bila semua dah selesai... rasa sangat free. huhuu *tepuk2 tangan sambil pejam mata amek feel lebeh sikit* haha. Tapiiii mula bertongkat mato dengan assignments yang gilo bertimbun memandangkan memang tak bersentuh langsung semenjak dari first lecturer umumkan tajuk assignments. nampak tak terok tang tuh? nampak tak?? Oke over. Tapi tapiii..now at least aku dah ada masa untuk diri sendiri dah skang ni :) yeayy!







Oke ni event pertama "In Memorial Of Lahad Datu". ada kuar newspaper that day, Utusan Sarawak keluaran Sabtu (20 April). Majlis simbolik Penyerahan Dana Tabung Wira Lahad Datu ni on 19 April. and 20 April tu event kitorang ke SK Bako, Kampung Bako. Program Jejak Inspira-C.





Ini antara yang berjaya diupload. haha. ape ape? line tenet aku slow doh.. apepon, esok aku ada kelas. dan entry ini tergendala selama dekat 2 jam sebab tadi aku kol my BFF si Emilia. hehe..gilaa rindu seh ngan dia nii. Harap nanti kita suma dapat jumpe noh :') oke lah, buat masa nih, ini je laa kut. ape ape nanti i will update :). Now masing-masing busy nak prepare untuk final. haa ape? nampak tak final tuh? jangan tak percaya plop u olls! hahaha.. memandangkan aku sepatah harommm pon aku tak berapa nak arif sangat dengan suma subjects aku sem kali nii so pelu sangat laa kut aku mula berkayuh sekarang. eh? semoga...

Till the next tinta..





Thank you for reading this entry !



Wednesday, April 10, 2013

Sangat PACK

Hello !



Pernah rasa penat yang sangat-sangat sampai nak nangis? Oke itu sekadar mukadimah. Hari ni terdetik ingin menaip sesuatu dalam blog ni. Seriously memang lack of time sekarang nii nak update itu ini. But i try my best untuk update blog. hihi :D gigih tak?? Okay, this month memang sangat sibuk. So much thing yang kene disiapkan. Dengan assignments yang semakin dekat dengan due date dia. huhu.. part ni memang rasa macam nak rendam diri dalam tub mandi jeh! perghh! tub tuh :p. Bukan "tab" keh! >.< hikhik. Semua kene buat semua..itu yang sepatutnya lah.



Telling you what, this past 2 weeks dah memang tak boleh nak duduk diam. kau cakap DIAM! pon aku tak boleh nak diam. hahaha. Memang sangat busy nak uruskan itu ini. semua busy. I dah seminggu tak balik rumah. stay kat hostel jaa.. orang rumah pon dah mula tanya, "Bila nak balik?" hmm.. sorry sangat-sangat. Tak pernah tinggalkan rumah lama camni sebenarnya. heheh :3. 



Now, saya bersama dengan rakan-rakan yang lain sedang bertungkus-lumus untuk organize 2 program sekaligus! that's seriously! O.O Bayangkan bila program bersambung. Ogosh! Main event minggu depan mula, on 20 April. So, minggu nii buat persiapan yang pada masa yang sama, minggu ni menjalankan 1 lagi program. harharhar mati kau >.<!



Memang restless. tak cukup tidur. makin mengecil pon ni ha.. hakhakhaks -.-' Tapi takper, tak sabar nak habiskan suma nii. sedikitttt je lagi. lepas tuu boleh tarik nafas legaaaa sangatt :). Ape yang dapat aku bagitau, buat masa nii memang sangat busy. banyak yang nak kene buat. kadang2 serba salah sebab takder masa untuk kawan-kawan. jangankan kawan2 atau teman2, masa untuk diri sendiri pon takder. haipp! ada gak kawan bagitau aku ni gila kerja. omaigad! dak dak.. dah nama tugas, kene siapkan. 




Terima kasih kepada teman-teman yang memahami keadaan aku skang nii.. *hugs!* Thank you for reading :). Take care 



Friday, March 29, 2013

Cuti

Hello guys !

Fuhh fuh fuuu...*berdebu* :p. ahahahha i'm truly sorry cause lack of time nak update. Oh by the way, skang ni tengah cuti. yeppiii !! suker suker suker :D *joget joget* hahah. Tapi, eh dah nak abes dah kut -.-". siyes, memang rasa awkward bila lama gila tak menulis kat sini. eh, nak buat mukadimah 1 perenggan ni pon macam bertahun jaa. huhu..


So, like i was said kat previous entry.. i baru jer balik dari Kem. omaigod! omaigod! wait wait wait! jangan laa nak tanya "Bila nak update? bila nak update?" hukhuk alohh, memang nak update ken. tapi, i belom dapat lagi sofcopy gambo-gambo. oh well, almaklumlah takder amek gambo hapa pon sepanjang program tuh. siyes cakap, muke aku tertempek kat merata jaa kat henpon org. bahahha XD like seriously, this is my first time tak gaok nak amek gamba. selalu memang hantu amek gambar :p


nak mengharap kasih kawan upload gambar kat fesbuk je laa ihh.. sob sob. HAHA. kesian sunggoh jaa bunyi. ni pon berhenti sambung balik taip entry. Oh one more thing, i giloo sunggoh dengan Keek nii. tau ken? alaa, yg fofular skang ni. u make a video in 36 seconds and publish! haha eh, ape aku rasa cerita aku nii macam ke hulu ke hilir jaa.


Oke oke, ampunn.. takper. nii haa aku tempek sikit!


muka lemau lps balik kem. msh letih -.-'

kebuloq! >.<

Kem Kepimpinan Siswa/wi Sidma Sarawak 2013


Oke, untuk yang KKSS tuu jangan risau, will update soon. sejurus dapat gambar sepanjang program :D. boleh gitu? :) goodnite!



Thank you for reading this entry !

Wednesday, March 20, 2013

busy

hello semua.. 
like seriously semasa menaip entry (jam sekarang pukul 2.28 am) saya tersangatlah lapar. ha ah, tadi sembang rileks dengan kawan sampai tak sedar dah jam 1.00 am. laaa, patutlah mengantok huhu. Minta maaf banyak-banyak sebab sekarang nii sangat terhad masa untuk saya nak update entri. serius sangat busy ke hulu, ke hilir, turun naik, kesana kemari, urus itu ini, siapkan itu ini... sampai bila kat satu tahap tuu kita rasa macam tak dapat nak bezakan mana satu yang perlu diutamakan dulu...


jujur saya bagitau, sepanjang 1 bulan nii memang tersangat lah terasa kesibukkan nyer, keletihan nyer... ketahanan fizikal dan mental itu benar2 rasa macam diuji sangat. so much things to do! tapi apepun, bila kita fikir balik kalau kita tau apa yang perlu diutamakan, semua akan selesai satu demi satu. And now i can breathe easy.... even though STILL ada lagi yang perlu diselesaikan, tapi it's okay. hopefully all is well seperti yang dirancang dari asal :). semoga.


This coming Saturday & Sunday (23 & 24 March) i akan ada kem kat Kem Alapong, Pantai Pandan Lundu.  so, doakan semua akan berjalan dengan baik. dan aktiviti yang dirangka untuk para peserta memang betul2 ada pengisian. Yang paling penting sekali, PENGALAMAN itu tak dapat dibeli. kan? huhu.. Bailah, saya pon dah mengantok dalam kelaparan yang amat nii. so, it's better to stop here. Have a good day! 


Oh! luper.. my friends said yang muka  aku nampak sedikit pucat. hoh? :O mengapakah??? mungkin sebab aku letih dan kurang berehat kut. every single night tido kol 3. hihi.. and yes berat badan aku pon dah mulai susut. dah makin mengurus dah :(. After this nak makan banyak selalu nanti buleh la besar gedabak! :p



Thank you for reading this entry !

Monday, March 04, 2013

Tidak Bersedia

Hello !


Entri ini wujud berikutan dengan SMS yang aku terima pagi ni. As usual la bila takder kelas memang nak bangun nyer lewat sikit. harhar. nampak dak burokkk perangai kat celah tu :P. By the way, for sure lately there's something keep playing inside my head. ha ah..something. But as i think i still can handle it, so ohh yahhh..it will be fine. Perhaps. eh panjang pulak mukadimah aku iyer? hahah XD


Berbalik pada tajuk. Tidak bersedia atau I'm Not Ready. Normally words ni akan terkeluar bila kita diberi 1 amanah yang besar secara mengejut! kan? So was I. Kat previous entri aku ada jugak mention pasal yang aku diamanahkan as a SU kelab. And yes, until today memang aku tak bersedia pon. Mungkin sebab dah lama dah tinggalkan semua yang pernah jadi background aku dulu sebab tuu bila benda yang kita biasa lakukan suatu ketika dahulu, dan telah lama kita tinggalkan kita jadi tak biasa. paham? hihihi..cakap belit2 memang aku suka :P



Lepas pelantikkan hari tuu, secara otometik i have my own responsibility untuk kelab Kids Crew. Ya aku mengaku memang sampai sekarang aku macam tak dapat terima hakikat lagi yang aku pegang jawatan tu. puii ayat macam putuih cinta jaa :D hahhaha. dakk..bukan gitu. Semua maklum kut, yang bekerja sebagai SU nii memang gila gila gilos banyak kerja. That's seriously! Dulu aku tengok ex-SU kelab aku yang kini merangkap penolong aku, omaigod! busyyyyyyyyyyyyyyyyyy sangat. So, aku terfikir..boleh ke aku macam dia? boleh aku buat kerja sebaik dia? jumpa orang itu ini, naik turun office, O GOD.


Sangat drama kan aku cerita ni? Ini bukan drama, ini kisah betol. huwaaa sumpah aku tak bersedia lagi! Cuba berlagak cool tapi dalam hati hanya aku dan Tuhan yang tahu. harhar :D buleh gitu? By the way, petang ni ada meeting dengan pihak HEP. Mesyuarat dihadiri oleh semua Pengerusi dan Setiausaha Kelab dan Persatuan sesi 2013. So i have to attend this. 


Tujuan aku up entri ni bukan laa nak menunjuk bagai. (alah, setakat SU kelab jer pun..) mesti ada terdetik gitu. tau dah -..-*. eh, ni blog aku kan? suka hati aku laa nak cita apa? muahahahahah! tanak baca sudah ah. tekan [X] kat atas belah kanan. wohoo so simple. Yang sebenarnya aku nervous! maklum kan yang aku nii memang darah gemuruh nak mampoooossssss! haa nampak dak 'sssss' tu. memang takleh blah aar kegemuruhan aku tuh -.-". 


Gambar Hiasan


Alright, i don't know either i buleh pikul atau tak. But i'll try my best. Mohon tunjuk ajar daripada orang lama. Oh and yes, aku takder pengalaman dalam bab dokumen-dokumen ni. alaa, buat surat tu aku tau laa. hikhik :3. Sedari Amal.. Sedari Mia.. Ran mintak tunjuk ajar. Bukan ran jer KAMI minta tunjuk ajar. kadangkala rasa down, please motivate us. 




Thank you for reading this entry !



Sunday, March 03, 2013

Because of you

Hello !!

Ptuiihh! Tajuk tak boleh blahhh :P hahahaha..


Ogosh! It's been so long tak update. ampunnn.. actually memang takder idea nak update ape. hehek Yelaa.. sekarang  ni pon tak la busy. ha ah, tak busy! haha. Whatever it is, meh sini meh aku nak story something.


eh pandai pulak aku tetiba ada citer erk? hahaha. Sebenarnya, ini kisah Isnin lepas tapi baru hari ni nak hapdet! wahahaha (-_-"). Sekarang nii sumpah aku demam drama Sehangat Asmara hehehe.. betol... Jadi malam tu aku layan drama Sehangat Asmara ni dari Episod 1 marathon wehh! hahahah yoler, kan line tenet berdesuuuuuup gilos! So, memang layan ahh..




wuwu..whole night memang aku layan drama ni dari episod 1-16! Omaigod Omaigod! Claudia memang dah lama dah dibuai mimpi hahaha. I layan laa syok sendiri, senyum-senyum, feeling-feeling habes, terkekek-kekek macam langsuir jaa tengah malam -.-"


Tonton punya tonton, sekali tu rasa ada mengantok sikit.. Tengok jam... yohh! dekat nak subuh wehh :O hahaha almost 5.30am! Tapii..tapii..degil nak jugak habiskan episod last tuu, episod 16 :P. Kat Twitter kawan aku siap tanya lagi, kenapa tak tido lagi? ke memang tak tido dari semalam? iyerr.. I gatal jer jawab satgi la aku nak tido. Kol 6.30 gitu. Lagipun, aku takdop kelas pagi tu. kelas aku kol 5pm. So, i plan buleh laa melaram until tengahari hahahha XD.


6.30 pagi, masok tido teruih. mengantok gilooo taudakk time tuh. hhehe.. Tapi oh jangan harap ah nak tido senang-lenang membongkang. Tetiba Claudia kejut. "Nok, tak bangun lagi ke? dah dekat 7.30 pagi". Terus, toinkkkk!!! Terpacak 90 darjah! hoh? 7.30? ada aper dengan 7.30? eh, memang rasa macam vangang blur2 cket taudak -..-".


Pelik jugak aku tengok Claudia dah ngesep dirik kacak2 tek nak huhu. Then, Omaigod! baru teringat yang Selasa jadual kelas aku FULL! Demmit aiihh.. memang aku rasa macam ihhh..*&%^$ Then, bangun jaa terus laa aku membebel marah diri sendiri @#*&!! Oh myy... Dah laa kelas 8.30. Aku bangun 7.30. nak mandi lagi, nak sesiap lagi, mana nak tunggu bas lagi. mak aihh.. dalam aku kelam kabut tu sempat jugak aku tanya soalan bodoh kat Claudia. "Agak-agak sempat tak?" gitu??? puii >.<||


Seriously memang pungpangpungpang aku mandi. hahahha XD. Tak boleh! mesti kene rush je suma. Terkocoh-kocoh nak simpan buku bagai -.-". siap suma, terus rush nak tunggu bas. Nasib baik bas awal sampai and we all tidak terlewat masok kelas ^_^ huhu.. But heyy.. seriuosly aku mamai jaa rasa dalam kelas. Dari mula kelas until la abis sepatah harom yang lec dok potpet potpet kat depan tu aku tak paham. OMG!


Abis kelas tu, ada lagi kelas jam 11-2pm. Ogosh! Kelas tengah hari memang aku akan mengantok. And yes, giler mengantok. juling-juling mata mengantok hokeh. errghh... Abis pulop kelas tu, i ada kelas jam 5-6.30pm. OMGGGGG..memang tak larat dah. i'm kind of blur vangang vavi ja rasa. Almost every single thing aku boleh lupa, boleh salah sebut -.- terok dak?


At last untuk kelas jam 5 tu i decide tak datang. Memang tak larat dah. I kol kawan i bagitau yang i x datang kelas. hihi.. Sampai rumah cuci muka then terus tidor until 6 petang. hahahahaha XD pening pale tau. Tapi i'm so lucky oke! sebab kelas yang jam 5 tu sebenarnya postponed on the next day. yayy! :D

So that's it. I tau laa macam agak boring kot setori ni. pasal aku taip ni pon macam tadak perasaan. wahahahah!! -.-! By the way, korang cuci mata jap la tengok pujaan hati i dua orang ni hehehek.. sweet!







Apepon kan, Adi Putra hensem! And Rita udaini as usual laa.. aku memang minat kalau dia blakon. wuwuwuu romantis siot :D hahahah. Dimaklumkan bahawa aku memang demam drama Sehangat Asmara ^_^ hihi.. Lepas ni nak cari novel Sehangat Asmara. Nak baca lagi sekali huhu..



Tengah busy menaip entry ni. Candid by Nja. huhu.. Kbai



Thank you for reading this entry !



*saya tau ini entry bosang :P

Thursday, February 21, 2013

Logo baru The Sidma Kids Crew

He he heloo!


Okey, memang idea sangat lah kan? harharhar. Dah dekat seminggu lebih kot aku tak hapdet kat sini. Eh tak! Bukan takder cerita sebenarnya, cuma kadang-kadang ada idea tapi nak menaipnyer tuu yobihhh payah gilo! -.-" Jangan risau sebab hari ni aku kembali dah ken? hikhok =..= Ekceli payah seh nak buat mukadimah. yer dak? haiih tapi gagahkan jugak cerna minda nih haa. hewhew


Apepon, for sure kuliah dah mula dah. So, back to routine. Kuliah, assignments, projects, group discussion, stay up till late night blablabla Omaigod! banyak lagih. Okay back to the topic. Berkenaan dengan perubahan logo The Sidma Kids Crew (TSKC) baru-baru ini. Last Monday kitorang adakan mesyuarat untuk pembubaran dan pelantikkan kelab. So, mantan pengerusi kelab cakaplah yang Boss suruh buang background logo sebab nampak macam @$%^&* katanyer. hahaha, so we make it! eh, salah William's do it. 


Ini design yang lama 

And tadaaaaaa !! We present ..... The new one 

New look! 

So, how? Much better dah aku tengok. Simple gitu.. hehe. Thank you to hincik William Asun. Apepon, nak story jugak lah. Ada sedikit pembaharuan pada organisasi kelab TSKC selepas pembubaran. Eh bukan sedikit! Perubahan besar sebenarnya. Dan senarai organisasi yang baru seperti yang tertera :

EX Pengerusi up info hokeh! 

And me?? jap nak caps lock. KENAPA HAKU KORANG LETAK JADI SETIAUSAHA??? haa gituu... sumpah cakap bila dapat tau bos bubuh nama aku kat bahagian setiausaha kelab tuu rasa macam nak nanges taknak terima :(. betoll.. hilang mood sebentar. dan fikiran menerawang seketika ingat betapa Mia susah payah urus dokumen semua aktiviti sepanjang tahun lepas >_<|| rasa tak sanggup weh! outspoken cakap haa.. But whatever it is lambat-lambat terpaksa terima hakikat.. Kamaliah (merangkap mantan Pengerusi kelab) cakap, bukan nak hantar korang pergi berperang kat Palestin pon. kakakaka. Sebab semua rasa macam tak ready nak pegang dan pikul tanggungjawab tu especially Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha (termasuk jugak keh!) tuu huwaaaaaa.. Harap dan mohon ex pemegang jawatan2 ini beri sokongan dan tunjuk ajar yer semua.. mohon sangat. Dah rasa macam tahap nak merayu kut mintak digugurkan nama dari jawatan tuu. -.-" HAHAHA


Take it as a challenge! Tetiba bersemangat lebih-lebih :O Sooner and later, kita akan beradapan jugak dengan benda ni suma.. Okay lah, better i stop here. Untuk view semula semua aktiviti, program or projek The Kids Crew sepanjang tahun lepas boleh tekan link kat bawah ni yer :) 


1. KARNIVAL JOM BACA DI SK TAMBIRAT, ASAJAYA, SAMARAHAN

2. TSKC OPEN DAY 2012

3. GATHERING THE SIDMA KIDS CREW

4. MEWAKILI KIDS CREW UNTUK FINAL


Selamat membaca!



Thank you for reading this entry !


Saturday, February 09, 2013

Girls Day Out

Hello !

Ini cerita tak lah berapa lama sangat. Cuma agak kelewatan untuk update. huhu. Okey, sebelum tuu haku nak mention laa yang sekarang nii aku dah masuk semester baru. Oh hellooo i'm in Semester 5 now hokeh! Err, how time flies kan? Tak terasa aku dah Tahun 2 dah. wuwuwu =") ahh, aku tak kesah lah. We are young lagik. wokakah! Okey, serius takder kaitan. 


Alright, pada 26 Januari yang lepas (eh? lama kut) ada laa sekumpulan anak ribena ni plan nak jumpa. wohoo! so, malam sebelum tuu suma berkontek decide bila, kat mana, plan bla bla bla.. And me? Aku dari kampung singgah kat rumah dulu. Then, baru la pegi bandar. hokhok :3 sungguh panjang kot rantaian perjalanan aku nak jumpa anak ribena nii. muehehe *angkat kening* wokakah~


Dah jumpa tuu, aisehmenn aiseh aiseymennn hahaha. Tak ingat dunia bila bercerita. Padahal sembang benda yang sama kut. And yes, perkara pertama yang keluar dari mulut omey omey we all ni, "eii, gemok nyer kau!". "apuuu..kecik nyer kau sekarang!". "uwauuu, panjang rambut :3" ekekeke gitu lah kiranya. Me? as usual, dorang cakap aku makin keciew. humphh =..= takper takper, dah biasa dah. 


First, aku jumpa ngan Nja & Kas. huhuhu.. ohoii berpeluh-peluh mak jemah jalan kaki nak pegi Premier tuu haa. aishh! Sanggup wehh :D hahaha. So, enjoy the pictures! =)


Destinasi pertama, Open Air depan premier. Disebabkan haus dengan cuaca yang WOW panas giler! so, ape kata basahkan tekak sebentar. hehe.. Kas and Nja dorang order ABC. Aku minum air sirap jer. huhu.. tak terasa lagi nak terai ABC or whatever tu suma :)


Me and Kas


kuntrul kuhnun nyer :P
Kat kedai mamak pon sempat pose bagai kut. hahaha. buleh jugakkkk :P

Nja & Kas



Agak-agak kalau masuk iklan Colgate ada peluang tak? muahahah! Dush! Dush! masa ni tak tau nak senyum acane. so, gini jer. say CHEESE! wokakakahh.


Lepas duduk sini sembang banyak mende sebab at the same time kitorang tunggu Varra ngan Kak Sue cari tempat parking keta. Dan tidak berjaya menjumpai parking keta yang berdekatan -.-" . And dorang terpaksa parking kat Wisma Sanyan. ohoii jauh gilaaa. Perut yang cumil nii nak pon dah buat bunyi kompang kopak. huikss laparrr sehhh! muahahah. So, torang decide makan tak sama tempat. Varra ngan Kak Sue kat McD, and we all kat SCR (sebab si Kastura nak sangat makan kat situ) ihh, aku pon tak tau apa yang best kat situ. hahahha. 

Muka tak tahan lapar. Kas nak melahap 4 pinggan kut tahap kelaparan dia tuh! :P


Pelahap dorang ni. Lagi-lagi si Kas tuh. hikhok :3

Lepas memboncetkan perut masing-masing, called Varra ngan Kak Sue and dorang kata jumpa kat Wisma Sanyan. Oh, oke lah boleh jalan sebab dah makan. so banyak tenaga. EH? xD 


Dan bila dah abejumpa?? Opkozes camwhore! hikhok >.<! Guys, enjoy the pictures naa.. hohok



mesti nak PEACE! eh? 


Tak tau ape yang best sangat Nja ngan Kas bualkan. aku tengok karenah dorang jer.


HAHAHA suma gelakkk :P


OK, suma tengok camera yer.. 1 2 3 keching! hoho


Dari kiri Nja, Varra, AKU, Kas. Eh! terCAPS LOCK :P


amboiiii ~


Aku & Akak :) hehe..


Dan bila semua busy dengan henpon. ignore surrounding sunggoh!


Aku, Kas, Nja, Varra, Suriya (woii aku dah rindu korang aiee..) hekhek


arr tak tau nak letak caption :P




Kami bila jumpa memang tak lepas laa nak begambo ramai macam ni. huntong laa henpon semua ada camera depan so boleh lah amek gambo gini hah! :P


Apepon, tak puas sebenarnya nak sembang-sembang, bertepuk tampar. hahaha. gelak sakan bagai. Omaigod sumpah happy giler. Bila dah jumpa ramai-ramai, semua akan buka cerita masing-masing. But mostly cerita pasal kampus, university masing-masing. hewhew :3 . Bila dah jumpa memang akan share story tentang kampus masing-masing. eh, best jugak! hoho ~


Petang baru balik. Lepas salam peluk cium suma (harharhar) peluk jeh hokeh! cium takdak :P. Normal bagi ompuan bila jumpa kawan lama mesti nak berlaga pipi, peluk2 suma kenn? alaaaa, macam tak penah buat. woakakah! Even, jumpa sekejap. Bercerita banyak. Gelak sangat banyak sampai rasa macam nak terkeluar anak tekak haha. Tapi siyes cakap memang tak puas lagi. Sedih jugak coz yang lain tak dapat nak join kali ni. Takper takper, lepas tamat pengajian semua nanti kita buat reunion besar-besar. mesti besttttt!! 


Anak Ribena, siyes rinduuuuuu nak kumpul ramai-ramai. huhu..mesti seronok! Pada yang tak dapat nak balik cuti semester kali ni..next semester holiday kalau berkesempatan kita jumpa keh! ngeee :D buleh gitu? Eh, really rindu ngan suma. hehek


chingchang chongcheng chieng cou teng. ChowKitcheng wong peiheng hakupeneng. MAKSUDNYA, Selamat Tahun Baru Cina! Kbai :D



*reunion nanti i mesti tak kurus kempeng lagi. hahaha XD*





Thank you for reading this entry !


Saturday, February 02, 2013

CERPEN | Pelangi Petang

Hello.


Wahh amboii..since aku duduk diam-diam kat rumah lepas beberapa hari spend my time dengan bestie yang baru register masuk UNITAR sini, now macam banyak luangkan masa kat rumah. Penat berhari-hari semasa teman bestie beli barang keperluan dia dah sedikit demi sedikit terbayar. hakhak. Tapii dia belum lagik. Sekarang nii dorang tengah orientasi. Hope everything going well pretty :). Biasalah, mula-mula memang tak best duduk sini. Sebab masih baru lagi kan. Lama-lama nanti suma akan okey. ahaha trust me! :D


Oh ya, masa balik kampung selama beberapa hari cuti yang lepas aku godek-godek laa segala barang peninggalan warisan aku semasa sekolah menengah dulu. wokakah! semua dah berhabuks huiikkss. Oh myy..there was a lots of stuffs. cards, magazines, name tag masa sekolah dulu pon still dalam simpanan. hakhakhak >.<

Congratulation and Good Luck wishes from my friends

Friendship Day wishes from my friends <3

Birthday Cards from my friends

stuffs

PLKN

That is it. Kesemua tuu from Form 1-6. hikhik. But, whatever it is i nak story pasal nii sebenarnya ..

Cerpen : Pelangi Petang

Nak baca tak? Buat cerpen ni sebenarnya nak hantar untuk buku Panorama sekolah. Tapi tak sempat sebab busy dengan benda lain. huhu. Juh~




***


Kringggg!!! Jam loceng di sebelah katilku nyaring berbunyi. Mataku terbuka luas. Kulihat jarum menunjukkan pukul 4.30 pagi. Alamak! Kenapa awal sangat? Seingat aku semalam aku tetapkan pukul 5 pagi tapi kenapa jadi 4.30 pagi pulak? Ini mesti kakak yang buat..desis hatiku. Tanpa berfikir panjang aku segera menarik semula gebarku, bercadang untuk menyambung tidur semula.

Ketukkan bertalu di pintu membuatkan lenaku terganggu. Aku menjeling ke arah jam di tepi katilku menunjukkan pukul 5 pagi. Eii..bisinglah kakak ni! Dah lah ketuk pintu macam nak pecah jer.

"Yana, bangun. Pergi mandi, lepas tu bersiap. Nanti lambat sampai kat sekolah." Suara kakak jelas di pendengaranku.

"Yalah, yalah.. Bangunlah ni." Ringkas sahaja jawapanku.

"Lepas mandi turun sarapan dengan kakak."

"Ya..kejaplah. Nak pergi mandi ni."

Lambat-lambat aku mengemas tempat tidurku dan bergegas ke bilik mandi. Setelah selesai, aku menyarungkan bathrobe dan terus menuju ke tingkat bawah. Kakak sedang bernyanyi-nyanyi kecil sambil menyiapkan sarapan. Mama sedang memasak sesuatu. Hmm..baunya macam nasi goreng jer. Kecur air liur aku bila terhidu masakan mama.

"Oh my Godness..belum bersiap lagi rupanya. Tengok sekarang dah pukul berapa?" Tegur kakak.

Aku masih dengan lagak selamba duduk di kerusi. "Alah..baru pukul 5 suku jer pun. Masih awal lagi. Lagipun kakak drive kan laju. Bukannya jauh sangat pun sekolah tu kan." Aku pantas menjawab. Taknak mengaku kalah!

"Hmm..yalah tu." Jawab kakak. Malas nak bertekak. Mama hanya tersenyum mendengar.

"Err..mama masak apa? Bau macam sedap aje ni. Nasi goreng ek?" Tanyaku. Sudah tau bertanya pula.

"Ya..mama masak nasi goreng special sikit hari ni."

"Oh yeke? Nak Yana tolong ke?"

"Eh, tak payah. Yana tolong makan je. Biar mama yang buat semua ni. Lagipun Yana nak pergi sekolah nanti berbau asap pulak." Mama menolak. Aku akur.

Selesai sahaja bersarapan, aku terkocoh-kocoh naik ke bilik di tingkat atas untuk bersiap. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri aku turun ke bawah bersama segala buku hari itu. Kakak sudah sedia menunggu di ruang tamu dengan pakaian serba ungu. Tampak cantik dengan warna itu. Sesuai dengan warna kulit kakak yang sawo matang.

"Dah siap? Mana tie? Macam ni ke adik akak nak pergi sekolah?" Tegur kakak sambil menjinjing beg. Oh takkan lah kena bebel lagi sekali kot. 

"Dah.. Sampai sekolah nanti Yana pakai lah. Ada dalam beg nun." Pantas aku menjawab sambil membuntuti dia ke kereta.

Mama sudah biasa dengan situasi yang terjadi. Bila kakak menegur aku, mama akan diam sahaja. Dia tahu kakak buat perkara yang betul. Mama tahu aku cepat melenting kadang-kadang bila ditegur. Mama menghantar kami sehingga ke muka pintu.

"Jalan tu bawa elok sikit." Pesan mama setiap kali kami akan bertolak ke sekolah. Dah macam skrip drama pulak.

"Kirim salam dengan papa!" Laungku  dari cermin kereta. Papa balik lewat malam tadi. agaknya masih letih lagi sebab tu tak dapat ikut bersarapan sama pagi tadi, desis hatiku. Kereta dipandu oleh kakak meluncur laju membelah jalan raya.

Sampai di sekolah, aku menggunakan tali leherku sebelum keluar dari kereta. kakak hanya menggeleng kepala melihat sikapku yang acuh tak acuh.

"Lain kali kakak tak mahu lagi tengok Yana bersikap macam ni. Ingat sikit Yana tu ketua pelajar. Perli berikan contoh yang terbaik kepada pelajar lain. Faham?" Ada ketegasan suara kakak di situ. Serius saja kakak memandang aku. Agak tersentap di situ.

"Okay cikgu, I will remember that." Tersenyum sambil memandang tepat ke arah kakak.


Aku bergegas ke tapak perhimpunan bersama pelajar-pelajar lain. Dari jauh lagi aku lihat Nurhanim tersenyum panjang lebar memandang ke arah ku. Di sebelahnya Nirmala masih sinuk membaca buku. Entah buku apa yang dia baca pada waktu begini. Selesai perhimpunan, waktu pembelajaran berjalan seperti biasa.


***

"Yana, balik nanti tak payah tunggu kakak ya. Kakak ada meeting nanti." Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata kakak semasa dalam perjalanan menuju ke sekolah tadi pagi.

"Habis Yana nak tumpang siapa balik nanti? Yana tak boleh tunggu kakak sampai habis mesyuarat nanti ke?" tanyaku.

"Tak boleh sebab habis mesyuarat akak ada hal lagi kat luar." Aku mengeluh. Tunjuk muka 20 sen mudah-mudahan dia tukar fikiran.

"Okay, macam ni. Apa kata Yana tumpang ngan Nurhanim jer. Nanti kakak suruh papa call ayah Nurhanim. Nak suruh papa ambil Yana tapi papa tak dapat. Lagipun ayah Nurhanim tu kan kawan papa."

Berkerut-kerut keningku mendengar cadangan kakak. Kenapa jadi macam ni? Seganlah nak tumpang kat Anim. Namun, aku pendam saja. Rasa berat hati menerima cadangan kakak.

"Yalah, nanti saya tumpang Anim. Jangan lupa balik rumah cepat, Cikgu Diana. Nanti mama bising bertanyakan kakak." Persis seperti mama aku cakap. Kakak tersenyum geli hati.

"Baiklah Liyana. Akak akan balik secepat mungkin." Aku menjuihkan bibir.


***

Tepukan padu di belakangku bagaikan halilintar mengejutkan aku dari lamunan. 

"Hoiiii mak kau!! Mala, terkejut orang tau! Kot ye pun bagilah salam dulu. Ni tidak, main sergah je. Nasib baik aku takder sakit jantung. Kalau tak naya kau!" Ceramah aku panjang lebar. Sumpah rasa nak tercabut jantung.

"Itulah..jangan jauh sangat melayang. Saya dah ada depan awak dari tadi pun awak tak nampak. Kenapa? Transparent sangat ke saya ni?" Usiknya. Aku mencebik.

"Nak kata transparent tu..taklah sangat. Mungkin awak hitam sangat agaknya. Tu yang saya tak nampak kot." ujarku tersengih-sengih.

"Tidak mengapa. Nanti saya pakai bedak banyak-banyak baru tauu.." Jawab Nirmala dengan lagak ala dialog 60-an.

"Eh tak aci. Tiru dialog cerita P. Ramlee."

"Anim mana? Tadi kan dia ada bersama dengan awak. Yelaa korang dua ni ke mana saja mesti bersama. Tak sah kalau tak bersama." Aku hanya tersenyum mendengar celoteh minah India ni.

"Anim kata dia pergi tandas kejap. Dia mengadu sakit perut dari tadi." ujarku

"Oh begitu. Eh, awak tak balik lagi ke? Kakak awak belum balik lagi? Selalunya waktu-waktu macam ni korang dah chow dah" 

"Kakak ada mesyuarat hari ni. Dia pesan suruh tumpang ayah Anim. Lagipun dia ada hal lain kat luar katanya." Jawabku sambil menyelak helaian buku yang ada di depanku. Nirmala hanya mengangguk faham.

"Yana, saya balik dulu. Van dah lama tunggu tu. Bye!"

"Okey. Jalan tu elok-elok sikit. Jatuh longkang kang." laungku pada Nirmala yang berlari-lari anak mendapatkan van di luar pagar sekolah.

Tidak lama kemudian Anim sampai. "Fuhh..lega rasanya dah melepas." Ucapnya sambil memegang perut. Aku hanya tersenyum geli hati.

"Macam mana boleh sakit perut?"

"Entahlah, mungkin salah makan kot."

"Tu laa lain kali makan jangan sebarang makan. Sekarang siapa susah bila jadi macam ni?"


"Err, awak marah saya ke ni?"

"Tak, saya beri nasihat jer." Jawabku. Haru tengok muka Anim merah-merah. Hii..sensitif sangat dia nii. Suasana sepi seketika. 

"Sudah sudah. Jangan buat muka macam tu. Tak tahan aku tengok. Kang aku pulak buat haru sekali nak?" Ujarku meredakan suasana.

Tidak lama kemudian ayah Anim sampai. Aku dan Anim mengambil tempat duduk di belakang dan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.


***

"Saya dah balik!" Laungku dari muka pintu berharap mama tahu akan kepulanganku.

"Mama" Panggilku. Tapi tidak ada jawapan pun. Pantas aku menuju ke dapur.

"Bik, mama pergi mana?" Tanyaku pada pembantu rumah, Mak Cik Suri. 

"Oh, Yana. Tak sedar mak cik Yana dah sampai. Err, tadi katanya nak keluar sekejap. Ada hal sikit. Dia pesan tak payah tunggu dia balik untuk makan tengah hari." beritahu mak Cik Suri. Aku mengangguk tanda faham. Hampa.

"Nak mak cik ambilkan air untuk Yana? Mak cik ada bancuh jus oren untuk Yana tadi. Kalau Yana nak mak cik ambilkan."

"Emm..boleh jugak. Lagipun Yana tak minum apa-apa kat sekolah tadi." Ujarku sambil berjalan menuju ke kamar aku di tingakat atas.

"Bik, nanti bibik letak jer dalam icebox, Yana ambil sendiri." 

"Baiklah." Suara bibik sayup-sayup kedengaran.


Aku menghempaskan badanku di atas katil empuk bilik tidur. Aku melepaskan nafas perlahan-lahan. Hari ini terpaksalah aku bersendirian lagi di dalam rumah agam ini ditemani bibik. Kakak masih belum balik lagi. Mama pulak keluar. Papa lagi lah sibuk dengan tugasan di pejabat. Aku mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Malas hendak melayan perasaan ketika ini. Setelah bersiap dengan T-shirt putih kegemaranku, aku membuka laptop. Eh, ada e-mail masuk. Dari siapa pulak ni? Desis hatiku.

"Liyana, hari ini papa dan mama balik lewat. Masih ada urusan yang perlu di selesaikan di pejabat. Yana makan bersama dengan kakak okey? Papa dan mama makan kat luar. Love u sweety.." -Papa


Aku mengeluh sebaik sahaja habis membaca e-mail daripada papa. Kakak belum sampai lagi..terpaksalah aku makan sorang. Ahh, tak kisahlah. Lagipun dah lapar dah nih! Segera aku turun ke bawah.

"Bik, nak makanlah.." Buat muka laparudin kat bibik.

"Dah siap hidang pun. Tunggu Yana makan jer." Tutur bibik mesra.

"Uiihh..sedapnyer! Bibik masak apa ni?" Pantas aku melabuhkan punggung. Kecur air liur aku melihat makanan yang terhidang di atas meja.

"Mak cik masak makanan kegemaran Yana laa.." 

"Sedap lah bibik masak." Mak cik Suri tersenyum melihat keriangan di wajahku.


***

Aku membuka mata mata apabila terasa seperti ada sesuatu meramas rambutku. Ku lihat kakak sedang tersenyum meramas rambutku. Buku-buku rujukan masih berselerak di sisiku. Oh Gosh tertidur rupanya aku.

"Kakak..Bila sampai?" Tanyaku terkejut dengan kehadirannya. Muka kakak nampak lesu.

"Kakak lama dah sampai. Berkali-kali kakak ketuk pintu pun Yana tak bangun-bangun. Letih sangat ke sampai tertidur ni." 

"Sorry, bosan hari ni. Semua orang takder. Mama ngan papa dah sampai ke?" Soalku sambil duduk atas katil.

"Belum lagi." Aku diam mendengar jawapan kakak. Mama dengan papa selalu je busy.

"Dah lah. Yana pergi mandi dulu. Dah petang dah ni." Ucap kakak sambil satu ciuman hinggap di dahiku. Aku mengangguk lemah. Mamai!


***

Selesai mandi aku menutup badanku dengan bathrobe. Oh, warna putih sememangnya warna kesukaan ku dari dulu lagi. Aku duduk menghadap cermin. Masih segar di gawang ingatanku wajah kakak pucat dan lesu. Banyak andaian yang berada di benakku. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Tak mungkin kakak sakit! Selama ini dia nampak sihat aje. Pernah beberapa kali sebelum ini aku bertanyakan kenapa mukanya puct, namun dia memberitahu aku dia letih laa..pening laa..sekejap kata dia okey. Tak tahu mana sau yang benar. 


Aku berusaha melupakan untuk melupakan sebentar tentang kakak. Alaaa..mungkin tadi kakak keletihan dengan urusan seharian agaknya..desis hatiku. Sekadar untuk menyedapkan perasaan yang bercampur-baur ketika ini. Aku mengambil kalendar di hadapanku.

"Hmm..hari ini 14 Mei. 2 hari lagi Hari Guru." Aku mula mencongak-congak hari.

Seulas senyuman terukir di bibir apabila aku teringatkan hadiah yang aku dah plan untuk kakak sempena Hari Guru nanti. Mesti kakak suka! Pantas aku mencapai handphone.

Tut..Tut..Tut..Tut.. Uiiihh! Bosan nyer CMT Anim nih.

"Hello" Suara Anim serak-serak kahak di hujung talian.

"Hello Anim. Kenapalah suara tu rock kapak sangat dah aku dengar" Usikku.

"Yeke?? Ehemmm! Testing testing. Haa..dah okay tak?" Aku ketawa dengan lawak hambar dia ni.

"Ada-ada jer laa"

"Kenapa call? Nak kata yang Yana belum mandi lagi ke?" Usik Anim.

"Hishh! Mana ada. Aku dah mandi lah. Masih basah lagi rambut ni haa. Elehh..nak kata orang pulak dia."

"Ohh..tapi aku tak mandi lagi nih." Selamba menjawab.

"Laa..patutlah busuk semacam kat sini."

"Eh, tak baik lah kata aku macam tu. Okay, now let us straight to the point. Ada apa called ni?" Kembali serius tutur bicara nya,

"Okay, macm ni. Sebenarnya aku nak ajak Anim pergi bandar esok. Lepas waktu sekolah. Nak beli something untuk Hari Guru nanti nanti. Itupun kalau Anim free." Aku  memberitahu tujuan sebenar.

"Emm..boleh jugak. Lagipun ada nak beli something jugak untuk present Hari Guru ni. Kita bawa Mala sekali nak?"

"Boleh jugak. Nanti taklah bosan sangat kalau dia ada sekali. Dia kan selalu buat kecoh sikit". Rancak perbualan aku dengan Anim.


***

Diana menuju ke bilik Liyana setelah bersiap dengan pakaian baju tidur satinnya. Sewaktu ingin mengetuk pintu dia terdengar Liyana masih seronok berbual dalam telefon. Belum pun sempat dia ingin membuka langkah untuk meninggalkan pintu kamar, kakinya kaku mendengar ayat yang baru sahaja diucaokan oleh Liyana.

"Anim, sebenarnya aku risaukan kakak." Aku cuba ingin meluahkan apa yang bersarang di kepalaku semenjak dari petang tadi.

"Kenapa pulak dengan Cikgu Diana?" Agak hairan dengan suara hati Liyana.

"Aku tengok kakak sejak akhir-akhir ini pucat. Dia nampak macam tak bermaya. Kalau aku tanya, kakak cakap letih lah, tak sedap badan. Pernah sebelum ni kakak pengsan di bilik mandi sampai berdarah hidung. Tapi masa tuu aku takder sebab ikut lawatan. Aku tau pun sebab mama yang cerita. Aku rasa macam ada sesuatu yang kakak sembunyikan." Luahku panjang lebar.

"Err..Yana jangan lah risau sangat. Mungkin memang betul kot Cikgu Diana kurang rehat, letih. Yelaa, mana nak fikir tentang kerja lagi, students dia lagi. kan? Sebab tuu yang dia nampak macam lesu." Jelas Anim cuba untuk menenteramkan aku. 

"Hmm.harap macam tuu laa."


Diana terpaku. Air liur ditelannya pekat. Tak mungkin Yana tahu? Nonsense! Tiba-tiba pintu dibuka.

"Kakak? Kenapa kakak tak masuk?" Tanyaku kehairanan.

"Err..tak. Kebetulan akak lalu tadi..." Jawabnya. Ada kelainan pada nada suara kakak.

"Oh..." Aku memandangnya dengan rasa hairan.

Kakak cepat-cepat berlalu. Belum sempat dia menuruni anak tangga aku memanggilnya.

"Kakak!" Dia menoleh pantas.

"Kenapa kakak nampak macam gelabah je? U okay ke?"

"I'm okay. Kenapa?"

"Nothing." jawabku. Kakak menuruni tangga dengan segera.


***

Di dalam bilik Diana resah sendiri. Tak mungkin Yana tahu. I never tell her before. Diana buntu. Kepalanya berdenyut-denyut. Ya Tuhan, sakitnya kepala aku.. Diana memicit-micit kepala yang rasa berdenyut. Pandangan semakin berpinar-pinar. Menapak perlahan menuju ke arah drawer tempat dia menyimpan ubat. Setelah menelan ubat, kesakitan itu reda. Badannya terasa lemah melawan rasa sakit.


Aku terpacak 90 darjah di atas katil! Arrghhh...bisinglah jam ni! Rungutku segera bangun dan menuju ke bilik mandi. Setelah siap berpakaian kemas aku bersarapan bersama kakak, Papa dengan Mama.

"Ma, hari ni Yana dah janji dengan Anim dan Mala nak pergi bandar lepas waktu sekolah nanti. Sebab...i need to buy something. Boleh?" Aku menjeling ke arah kakak yang sedang menikmati sarapan.

"Yeke? Boleh laa..Tapi nanti Papa akan tolong hantarkan. Mama ada appointment tengah hari nanti. Boleh?" ujar mama.

"Boleh jugak! Papa tak sibuk ke nanti?"

"Tak sayang.. Papa tak banyak kerja hari ni." Papa tersenyum.

"Kalau macam tu, lepas waktu persekolahan nanti Yana called papa yer." Hatiku berbunga riang. Kakak masih diam di sebelahku. Semakin pelik aku dengan sikap kakak. Moody sangat ke dia hari ni? Hurmm..nanti okey lah tu.


***

---- bersambung ----



Err, setakat situ saja yang aku tulis. huhu.. so, setakat tu je laa yang aku taip. Actually, cerpen ini aku tulis masa aku Form 5. Tak sempat nak habiskan, jadi memang tak sempat nak hantar untuk panorama sekolah kan? hakhakhak. But seriously, aku masih ingat jalan cerita yang aku nak buat nii. betoll.. tengok lah nanti kalau aku rajin aku akan sambung dan cuba habiskan cerpen ini. hakhak. KALAU AKU RAJIN. haa..sila take note dengan words tu :P. Bila aku baca balik karya aku zaman dulu nii, lucu pon ader gak. hihihi.. bahasa hamboiiihhh~ macam :P jaa kan? muahahah. pengaruh novel nih! wokakah :O


*kuat imaginasi aku nak buat cerita ni yer?* hahahah. larikkkkkkk :P




Thank you for reading this entry !