Saturday, July 27, 2013

Random Story


Oh serius sangat janggal menulis di sini setelah lama tidak mengarang. Buka blog, boleh pula aku termenung menghadap laptop lama-lama sebab tidak tahu nak memulakan ayat itu macam mana (.__.). Apepun, aku cuba lah untuk meneruskan penulisan. Wuu bunyi ayat aku macam serius sangat, yer dak? Okay. Rileks.




Nak mula dari mana agaknya? Okay, topik boring sikit. Aku cerita pasal kuliah, pasal kampus, pasal life aku di kampus. Boleh? Sekarang ni tengah menjalani semester pendek. Masa kuliah sangat-sangat 'short'. Hahaha :P . Petang-petang selalu jer memeriahkan dapur hostel dengan main masak-masak bersama teman-teman yang lain. Sebab kadang-kadang tu akan makan malam bersama dengan teman-teman muslim yang berbuka puasa. Hahaha. Dan bila makan tu kadang-kadang mengalahkan dak yang berpuasa. Bak kata kawan aku, makan macam dah takdak esok! hahah :p . Tapi best what makan ramai-ramai. Makanan yang tak sedap pon jadi nyemms sangat (^_^).




Petang-petang selalu bersama dengan geng hostel melihat matahari terbenam. Sambil-sambil tu boleh santai bercerita, bergelak tawa, bergurau senda. Amboiiii hahahah. Lepas tu masing-masing pakat nak angkat fon amek gambo. Ada yang siap buat fefeeling jadi model tanpa bayaran plak. Sengaja nak penuhkan memori henpon (>.<") . Oh gambar kat atas tu model free jaa. Dia taktau pon aku amek gambo. Tapi nampak macam dibuat pose gini yer? hahah. yag lentik sangat tuh Claudia. Ni gambar masa kitorang pegi tengok sunset kat Damai Beach Resort last Saturday. hihi..



Okay, rasanya kita tamatkan saja kisah kuliah di sini. Sebab kalau aku kupas pasal ini sahaja pasti boring. yer dak? sebab nanti aku cerita pasal assignments aku yang melambak tuu. dan kemudian aku cerita yang semua ssignments tuu due date dia on 2 Ogos nih. Wuuu amaigad! Eh? aku tercerita ek? wuahahhah!! mengong. oke tamat di sini :D





Adanya twitter dengan instagram ni buat aku lupa sekejap yang aku ada blog. eh? ha ah, ini serius. Instagram laju ja nak hapdet. wahahaha XD dunia makin maju kut. Okay apepon, semester ni buleh tarik napas banyak sikit. sebab semester depan banyak program. so, get ready la. kira kumpul energy dulu. wahaha "Mayat Hidup". 


Ada lagi satu hal, last time aku pergi join satu trip nih. Ikut hiking ke Gunung Gading, Lundu. Ingat lagi entry HIKING GUNUNG SANTUBONG . Bila dah naik Gunung Gading nii, bukan nak sombong la ken. Gunung Santubong lagi adventure. Ini Serius yer macik pacik sekalian. haha. Tapi yang best nya dekat Gunung Gading ada waterfall !! wuuu anda boleh bermandi-manda merasai sejuknya air dari gunung. memang sejuk. celup jari jelunjuk kat dalam tu memang fefeeling duduk kat Antartika. hahahhahahha oke tu tipu. 


Haa pediaa? Nak aku update pasal Hiking Gunung Gading? *perasan!* hihi. nanti la aku fikir. ahhaha bajet bagos sangat! Semua alkisah aku akan diupdate nanti. lambat-laun akan dipublish dekat sini. Cuma sekarang nii, memang lack of time nak spend masa untuk blog. Kadang-kadang bila masa idea berduyun-duyun..time tuu pulak busy. So, memang tergendala. simpan idea lama-lama nii bila time nak taip tuu, basi -.-"


Sekarang nii ada minat baru. Since aku mula-mula suka sangat nak ambil gambar awan. Sekarang ni terjebal dengan sunset bagai. Cuma belom ada kesempatan ambil gambar sunrise. yelaa, nak rise awai ni payah nau. kahkah! *lempang laju2* hahahhaha. Dengan berbekalkan Mr. Samsung yang hanya bermegapixel 5 ini lah aku teruskan minat ini. ecehhh ayat! ahahha. Tapi hasil setakat ini memuaskan hati aku hihihik. So, kat atas tuu suma memang gambar yang aku shoot sendiri. Eh, melioq taudak tengok hasil shoot camera DSLR orang. sobs sobs T___T hehe. takper, slow slow. Nanti nak kumpul tin, jual baru boleh beli DSLR sendiri. hahahahhaha oke itu saja :p


Till the next tinta yahh. Eh baru perasan, ini entry pertama aku bulan Julai ni kan? (-____-") huhuu.. maap maap. Aku sedaya upaya nak update kut nih haa.. hehehe. sabaq nohh..







Thank you for reading this entry !