Saturday, June 30, 2012

I Love You So ...

Selamat malam semua .. malam ni rann tak tau nak update aper dah. abes dah idea kot. hehe .. apepon, meh sini dengar lagu ni jum. rann suka lirik lagu ni :) . so .. kiter dengar sama-sama nak? hehek .. and, and, and ... rann dah jadikan lagu ni lagu blog jugakk. huuu. jumpa yang lebih best nanti tukar lagi plop. muahahah -.-"


I LOVE YOU SO by Maher Zain



Selamat malam :D. enjoy the music!

Friday, June 29, 2012

Kucing ni nak manja-manja pulak

hello peeps! dah mandi? dah makan? oke semua dah kan .. timak kaseh sudi luangkan masa baca belog picisan ni yer sayang .. ^_^ muehehe. OK, petang tadi since takder keja nak buat kan .. we all pegi laa gegatal terai manja-manja ngan kucing jiran sebelah. hahaha *first time ok -.-"


hihiks .. juh la tengok picture they all ni. tapi nak story siket arr. Ni anak kucing kakak sebelah. look like parsi ja rupa taw. saya suker tengok misai dia nii .. panjanggg! hahaha petang tadi tengah all of us semua busy dengan lappy masing-masing dia ni slow-slow jaa masok rumah ekot sekali dengan kitorang lepak kat ruang tamu tu haaa. kehkehkeh kiuttt >_<


ahgagaga tomey tomey . hihik ~ ni festime dia masok terus ja dengan muka tak tau malu datang kat saya. :D

muehehe erkk? nak ekot baca blog jugak?? *tuan punya blog tau kot yg sy tengah baca blog di ni* hahah


dia eksen nak p tempat len dah >_<

aishhhh! part dia buat mata berkaca-kaca ni yang aku lemah ni T_T haha

haa kan? memang aku lemah ape. last2 aku kawan dia. kahkah T_T

huuu .. mata sepet! mata sepetttt!  ^.- hahaha

And NOW ??

ha ahh .. dia tengah teman rann wat entri nii. haha retis weyyy! begambo sana-sini hikkss >_<


To be honest nii first time we all benarkan kucing masok rumah and siap manja-manja ngan we all lagi tuu. nii still kat sini lagi tau. tak balik lagi ke rumah kakak sebelah. hahaha *culikkkkkk! O_O"


Thank you for reading this entry !

GEMURUH: Nothing Is Impossible | PART 2

Hai sekalian. Salam Jumaat bagi yang Muslim naa .. waahh dah weekend dah kan? huu tak terasa habiskan 1 minggu. I just rileks-rileks kat rumah jaa hari nii since i takder kelas until next Wednesday! O MY heaven! err .. heaven kaa? no no nok! BORING sangat oke. haiihh ... -..-"

OK, ekceli saya nak smbung entri GEMURUH: Nothing Is Impossible | PART 1. Mu dah baca dok? kalau nak baca, buleh jeh klik kat situ yer. NOW saya nak sambung, PART 2 plop. hahahah lewat sangat saya nak sambung entri ni kan? sekarang baru ada enough time beb .. miahaha :P

Anyway, to be honest saya takder idea nak buat karangan kat sini tau. so you olls layan gambo-gambo yang saya tempek kat sini eh .. hehek :D


muahahahahah!! hoy korang jangan gelak ekk. ha ah .. nama i time tu BISUL. aishhh kahkah! eee banyak lagi nama-nama yang terok taw. group kitorang nama penyakit. nak tau nama-nama we all? ada Bisul, Demam Denggi, Nyanyuk, Cirit-birit, Kurap, Buasir, Sembelit dan Kudis. haiih .. lawak seyhh -..- kahkahkah. ada gak nama kumpulan tuu semua nama hantu. langsuir, penanggal, pontianak etc. ada kumpulan nama penyanyi cam Hafiz, Siti Nurhaliza. ada nama tokoh Tun Hussein On, Zeti Aziz etc. macam-macam lah.

Claudia as a ROJAK TAMBI

Tau ni aper?

Ni laa "Nasi Ambeng". Jawa punya recipe tau. hehek. 

Agak-agak larat tak nak habiskan 1 talam beso tuu? nii we all 1 kumpulam yang seramai 8 orang kena habiskan semua makanan nii dalam masa 45 minit taw. kumpulan kitorang tempat kedua habis. kahkah. untunglaa ramai lelaki. hahahah. nii aktiviti sebelah malam. lepas makan-makan tu kitorang ada persembahan setiap kumpulan.


Ni kumpulan kitorang. persembahan sketsa lakonan dan puisi pelbagai bahasa.




Aktiviti malam tu habis jam 12 lebih macam tu lepas semua settle. so we all dilepaskan ke bilik masing-masing untuk berehat. YES!

haipp! haipp! tak habis lagi sebenarnya. MPM still ada program lagi. huwaaaa T_T . dah la keletihan seharian weyyy. ni semua mengantok tau. gerammmm actually we all dibangunkan pada jam 2.30 pagi. yobihhhh semua semun jaa k. kahkahkah >_<

We all ada aktiviti "Sesi BURUNG HANTU" T_T tak sukaaaaa sebab nak tidurrr.





T___T sob sob sobs ..

Terokk tak rupa we all? kahkahkah >_< mak haiih ..Facial muka weh. hahaha. habis aktiviti jam 5.30 pagi T_T. pastu pukul 6 pagi pulak  kena berkumpul balik so memang tak tido. tsk tsk tsk :(


hari terakhir nanti i sambung balek kayy .. macam ada yang tertinggal jaa kat sini. hahaha


Thank you for reading this entry !

Dia yang bangang, kita yang bengang

Hye! selamat malam sayanggg. hehehe tak tido lagik? *hempuk kang. kahkah.  OK nak share ni .. kopipes jaa dari efbie sorang kawan ai .. layan je naa~ ai terbahak-bahak baca wehh >_<


1. Bila orang nampak anda baring tutup mata ...
Soalan: Hye! Tidur ke?
Jawapan: Tak la, aku training macam mana nak mati nanti .. *kahkah. amekaww!
Click here for more graphics and gifs!

2. Imagine anda bawa tv anda yang rosak pergi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak ..
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan:
Tak la,aku bosan! so saje aku bwk tv and .. i jalan-jalan.

Click here for more graphics and gifs!

3. Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda ..
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan ..
Click here for more graphics and gifs!

4. Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop !!
Click here for more graphics and gifs!

5. Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah ..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi !!
Click here for more graphics and gifs!

6. Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Najis yang bercakap~

Click here for more graphics and gifs!



HAHAHA okey ngantok dahh . selamat malam ~ ^_^

Thursday, June 28, 2012

Hari Pertama Kuliah | Week 1

Helooo miss me? miss me? kahkah. macam ler banyak sangat yang ternanti-nanti aku apdet kan hahahah. eh, hari nii Kuching very HOT yer dak? aishhh .. tapi takper sebab sebelah petang hujan! heheheh .. heaven -..-


pheww~ pedih mata baca satu article tentang universiti kitorang. Apepon, even ada jugak kenyataan-kenyataan kat situ membuatkan hati ini tersentap tapi perjuangan harus diteruskan! betul dak? HOYEAH !!


Click here for more graphics and gifs!

OK hari ni hari pertama kuliah. nak tau ape citer? nak tak? hehehe .. i conclude everything was just fine! a'ah .. semua OK. First day kuliah saya English (EAP). seriously i tell u aaa lecturer untuk English kali nii sumpah serious and STRICT gilaa! apuuu .. first masok macam gerun jaa dengar introduction dari dia taw. aiyarkkk >_<

But then he is OK. ehh? best aper bah hahahah. And yang paling BEST sangat time we all memperkenalkan diri -.-" . kahkah! adoi adoii .. Lawak tau. meh sini saya story mory kat you all. nii ragam we all sepanjang sesi memperkenalkan diri tuu. kelas 3 jam, 2 jam untuk introduction. 1 jam lagi untuk attendance, sepatah dua kata dari Sir and for course plan.

Paling lawak laa kan, ada sorang tuu dia cakap .. "I like to watching TV" ( sambil buat aksi cooking kat depan) wakakaka. konpius tak kalo tengok aksi dia tuh hahah T_T. adeiii ..

And ada sorang ni dia kata, "My father work is RTM" rasanyer ayat dia macam ni. lupa dah. pastu dia sambung balik ayat dia, "which is Rehat, Tidur and Makan". huahuahua hadohhh. sumpah i mati-mati ingat dia nak mentioned yang bapak dia keja kat Radio Televisyen Malaysia (RTM) tu oke! kahkah. sekali (RTM REHAT, TIDUR, MAKAN) T_T haha.

Ada pulak yang buat Google Translate teros tau. Dia kata, "my father is a teacher and my mother work as a school mother". school mother is stand for "indai sekula". Indai sekula tu dalam bahasa Iban ialah tukang masak kat sekolah. so dia teros jaa direct translate kat situ jadi "school mother". miahahahah. gamat kelas masa tuu taw. kahkah hebat-hebat tak istilah we all?? haha.

mak haiih .. memang best tau kelas hari ni. macam-macam ragam! enjoy jugak tau. and YES Sir ni jenis yang outspoken and open-minded. untuk kelas pertama ni we all enjoy. 3 jam dalam kelas tuu tak terasa. yang terasa nya sebab lapar kot. 3 jam takder break taw. tengah hari pulak tuu. apuuu .. "kriuk kriukk kriukk" jaa gendang lam perut tuu. huehuehue O TEDAH.

OKAY lah. tetiba malam ni saya teringat pulak zaman saya sekolah dulu heheh. nak tempek gambo this moment laa kat belog kecintaan i ni. ni time upper 6. haha




OH NO. rupa sekolah dulu memang stress and berserabai gilos seyhh! hahaha bila tengok gambar lelama nii nak gelak tau. haiih..pra-matang sangat KOT. kahkahkah -.-" . nii masa wakil sekolah untuk deklamasi puisi. berbaloi jugak usaha keras. Dapat jugak Naib Juara. hahaha, saingan masa nii SMK Bukit Assek. Dia Johan setiap tahun tau. student kakak saya plak tuu T_T haha. Tapi dia berpuisi memang terbaikkkk !! meremang bulu roma i dengar. penuh penghayatan!


Yuhuuuuu nii gambo masa ekot PLKN 2009 dulu kat Kem Similajau Bintulu. Saat-saat yang memang tak pernah dilupakan sepanjang zaman i. wakakaka. kami lah GKS! Geng Kem Similajau gitu lorrhhh .. sekarang ni lama dah tak jumpa. Bila nak reunion ni?? kihkihkih. RINDU sangat ngan they all :'(

Okey lah. banyak nya ai buat kerepeks kat sini. hahaha. bersabar baca keh. Anyway, kelas untuk this weekend di postponed ke weekend next week. BTW, i just took 3 subjects this semester. 

Tadi pegi jumpa koordinator untuk ADD and DROP subject. That means saya amek English for Academic Purposes, Technology for Early Childhood, Language and Literacy for Young Children. we all just have 6 weeks for this short semester -.-"



Thank you for reading this long entry !

Wednesday, June 27, 2012

Let's get wordless.



# Sometimes the person who tries to keep everyone happy is the most lonely person. So never leave that person alone, because they'll never tell you -unknown-



Top 10 Post All Time

Hye sayang .. ^_^


haaa? best tak lagu tu? saya gila muzik. saja jaa tinggalkan blog ni tanpa muzik buat sementara waktu, tapi yelaaa .. lama-lama tak best jugak. coz i gila dengar lagu ahahaha. adeiii .. Actually nak letak lagu Milik Siapakah Gadis Ini versi baru yang kat filem Hoore Hoore tuu tapi takder yang best quality bunyi dia bah. sweet sangat lagu tuu. hihiks, suker dengar! hihihi .. Anyway, enjoy this song kay .. Merisik Khabar.


By the way, tadi masa belek-belek blog picisan ni terdetik pulak hati nak tengok popular post blog saya ni hahaha. So nak tau dak? hihihiks JUM ! :D




Paling NGETOP! ^_^ yeayyy ! tepuk siket! tepuk siket! kahkah. oke tak lawak.


1 PUISI UNTUK KADEK
Oo .. korang minat puisi erk? hahaha hamboiiihh hang .. mat bunga naa ~ HAHA. no no nok! tiada kaitan ngan bunga-bunga tuu suma kay. sebab saya pon minat berpuisi mueheheh. baru tau? hahaha >_<.




2 APABILA KEKUATAN HATI ITU DIUJI
Ni antara entri yang paling saya suka baca balik! hehe .. korang pon sama jugak erk? huuu.


GARA-GARA "SETAN FACEBOOK"
Yobihh suka korang mimpi ngeri aku nii iyaa? muahahaha *pereyyyyy -.-"


4 HANIS ZALIKHA IN MEMBERKU HAWA
ha ah .. tau korang suker Hanis Zalikha tuu. hihiks!


5 I MISS THEM "ANAK-ANAK RIBENA"
hahahaha best ever memories with them all nii. tapii skang nii belom ada good time lagi nak sambung entri nii. kelak2 laa oow.


6 NAUGHTY! NAUGHTY! :p
wakakakakah! nii time aku gila-gila dalam kelas kuliah malam nii. pheww ~ lawak abes karangan masa tuu. miahahah.


7 RESULT AKU !
Ohh .. *errrrr .... 


8 ADIK AKU LAGI !!
haaaa nii mesti tengok gambo yang banyak nii kan? kihkihkih :p


9 JIWA KACAU
huwaaarghhh .. nii pon banyak yang view jugak eh? aiyarkk ~


10 DEVIL INSIDE vs EMILY ROSE (exorcism)
yeayy! suker entry yang satu nii. citer hantuu beb. hahaha




So that's it. jangan segan-segan, malu-malu tau nak KLIK entri-entri tuu suma. hohoho. sila sila! tak ader payment pun .. muahahah -..-


Hari nii duk rumah jaa. esok baru ada kelas. my first class lagi tuu. pheww~ bermula sesi menstresskan diri pasni dengan assignment tuu semua. HOYEAH fight! fight! fight! -.-"


By the way, rasa macam tak berapa nak sehat sangat harini. Bangun pagi hidung sumbat T_T -..- adeiii .. and now  tak selesa hidung berair. haippp! bukan hingus aaaaaa! nii air .. takder melekit-lekit cam hingus tuh! chaittt korang niii .. teros jeh pike situ kan? mak haiih .. HAHA.




Thank you for reading this entry !

Tuesday, June 26, 2012

Semester 3 dah pon

Ha ah .. tak terasa begitu cepat masa berlalu kan? sedar tak sedar saya dah sem 3 kat UNIRAZAK nii. hurmm .. how time flies. Alright, by the way  saya baru register untuk sem pendek nii hari ni. semalam tak nak pegi sebab nak mengelak dari Hari koprat. hahaha tak mao laa berduyun-duyun we all lintas jalan Matang yang kini sedang dalam proses diperbesarkan T_T HAHA.


So tadi everything berjalan dengan lancar. happy jumpa kengkawan seuniversiti. ada yang tak sempat nak jawab "hye!" dorang tuu sebab busy ke hulu ke hilir hahaha. 


I ambil 3 subjects semester nii and Khidmat Masyarakat. semua 10 credit hours. errghh .. but bila pike balik kan, bole ke tak aku handle 3 subjects tuu in ONE MONTH ?!! err .. -,-


A ah .. kuliah 4 kali dalam sebulan, and then bulan 8 nii final exam we all. so, haiihh .. tak confident sangat plop tetiba tau. but whatever it is i kena try dulu kan. kena struggle sikit dari sebelum. hopefully saya BOLEH. semoga ~


OH YA. sekitar dekat nak masuk time Maghrib tadi kawasan perumahan we all sini blackout! korang yang duk area somewhere in Kuching sini blackout jugak ke? heheh .. lama jugak laa. terpaksa masak dalam gelap wey. lilin, henfon and torchlight yang jadi mangsa kahkahkah!


Oke la. takder idea nak update sebenarnya tapi nak update jugak. hihiks. Apepon, actually subject saya tuu still bole 'bawa berunding' lagik bha. hehe .. tengoklah kalo kalo ada perubahan.


Ni subject yang saya daftar tadi :
1. English For Academic Purpose 
2. Technology For Early Childhood
3. Language and Literacy For Young Children
4. Khidmat Masyarakat


*tak fixed lagi tau. still bole ADD or DROP lagi ni. HAHAHA >_<"


BAIKLAH! nak dengar music. huhu .. Hobi ^_^








Thank you for reading this entry !

Celebrate your success

Guess what? I dapat SMS dari Mumy petang tadi. Tengah dalam keta on the way nak pegi Waterfront. hehe saja jer nak amek angin kat situ. sebulan tak pegi jenguk Waterfront tau. 


Alright alright. entri nii tertangguh seketika tadi. haha. nak update lelaju!


Mumy cakap ..


"Jangan terlalu stresskan diri, pergi la celebrate dgn kawan2.. nanti boleh la berusaha lagi untuk yang akan datang :)"


But i tell her, pointer i ada turun dari semester lepas .. a'ahh .. memang turun even gred naik dari semester lepas.


"Ok la tu.. dah gred naik, bagus la tu.. celebrate la.. kena motivate diri sendiri supaya dapat lebih cemerlang nanti."


But, i tell her again. i tak tau nak celebrate macam mana. tak pernah buat sebelum nii. huhuks -.-"


And mumy siapa bagi contoh lagik haihh .. HAHA. terok nyer i nii kan .. hurmmm


"Makan2, jalan2, shopping2, borak2 dgn kawan, tengok wayang etc.."

So, ahahaha rasa macam saya nii tak pernah nak celebrate kejayaan sendiri taw. seriously! 


"Ohh..jalan2 je laa gn kengkawan. Hoho, nampak sangat saya kurang memotivasikan diri ni. hehe..Thank you Mumy.."

"You're welcome :) ... Nk jadi cikgu mesti pandai memotivasikan diri sendiri. kalau tidak, kerja cikgu nii mudah stress.

"Oke mumy ..."


Okey, tuu sms i ngan mumy. Thank you mumy. i banyak belajar daripada cikgu kesayangan i nii. dari dulu sampai sekarang saya termotivasi dari mumy. like i told u before, kalau bukan kesedaran tuu timbul disebabkan kata-kata mumy mungkin saya tidak berada di tempat saya berada sekarang niii. i really really really love her. terima kaseh cikgu .. rinduuu sangatt ~ :')


And tadii, YES i celebrate for my own success secara diam-diam .. even just tenangkan hati menikmati suasana kat Waterfront. But it's okay. i proud to be just myself. Hidup nii memerlukan kita untuk mensyukuri apa yang kita dapat .. apa yang kita tak dapat miliki itu, mungkin bukan untuk kita. pasti ada yang lebih baik dari itu menanti di hadapan ..


Apapun yang kita capai .. celebrate laa. celebrate our success! just like mumy bagitau .. :D




Which one is Mumy? cer teka ?? hehehe ...




*klu: Chinese look! ^_^




Okelah, update laju-laju, sampai pokok sena.. kenapa saya nak laju-laju, esok saya pegi register lahhh !! babai, selamat malam sayang ~




Thank you for reading this entry !

Monday, June 25, 2012

A day with my lovely sista

hai u olls! miss me tak? OH jangan miss saya sangat tau. hahaha *lempang! guess i kat mana sekarang nii? O YES. I dah kat Kuching dah. muehehe. sampai around 4pm macam tuu. And then we all pegi makan kat BDC. pheww~ sumpah perjalanan sangar memenatkan. yelar, tetau jer kan kalo guna bas tuu. almost 7hours kena duduk dalam bas oke! errghhh .... -.-"

Anyway, SABTU semalam i keluar ngan kakak kecintaan hati i. hahaha .. aaa? tak kenal? oke oke, takper. try klik ENTRI INI. sapa klik dia comeyy! miahahah >_<" . Akak fetch i kat bustop and kitorang directly pegi ke Wisma Sanyan. huhuhu. destinasi pertama beb.


Tapi tapiii ... sesat! T__T hahaha, yelarr .. since akak i sampai JUMAAT tuu and maybe lupe kot jalan kat area Sibu sini. hahaha, i nak gelak but takot nanti akak geram ngan i, tetiba dia hempuk i dengan stereng kereta tuu kang. mati i. hahaha. tipuu je laa. kakak i tak sekejam tuu weyhh. yohhh !!


 Click here for more graphics and gifs!

But at last selepas pening belok sana sini, U turn bagai .. sampai jugak. heheh .. fenings palak mek belok kiri kanan aiee. hahaks :p .


hewhew. naaa see? sapa lagik kecik nii? cer teka? hahaha. ehh? nii gamba aku amek memain je tau. saja nak terai. tengok tengok dapat gamba dua2 tak  ready. kahkah! adeiih .. sekpa nak mun kamek engkah jak picture tok hoo. huu.

Lepas tuu, we all pegi pulak makan kat depan wisma sanyan tuu. OH YA. tell u all what! masa makan kat sini i jumpa husband Kak Zie. They all cun2 makan kat sebelah meja we all. hahaha. teross lelaju jer jari-jemari saya yang tak berapa nak runcing nii sms Kak Eva bagitau. tett~ reporter koh. hahaha. macam-macam aiee .. Kak Eva siap tanya, "tak tegur kaa? ahahaha" muehehe. segann aie .. bukan nya kenal kmk. hahah. mak haiih .. 

And then we all saja jejalan kat area Premier situ, survey movie. HOYEAHH!. I like movie. hihihi. After that, separated kejapp sebab akak nak pegi fetch kakak dia yang baru sampai dari Kapit kat Terminal Ekpress seterusnya pegi anta pegi Sibu Jaya. hewhew.


Yohhhh! Time kat traffic light tuu tetiba enjin keta akak mati. kahkah. lawak aie. kalo dipike balik kan, cam takottt kurang berani jeh nak amek lesen keta nii. yelarr, i kan darah gemuruhnya mengalahkan awak kan? muahahah. tsk tsk .. T__T a'ah saya tauuu ...

So, singgah kat rumah akak. huuu. festime jumpa mak dia oke! selama nii tengok kat gambo jaa. kan kak? hahah. wehhh sumpah segan giloss sehh! tapi i cover cover ler. hihihii. adeiii ~

And then, i ngan akak pecut pegi bandar balik. hahaha. nampok sangat suka gila amek angin kan. wakakaka. we all tengok movie MADAGASCAR 3. yeayyy! i dah tengok senanya movie nii. huhu, but since i tak tengok ending citer nii macam mana, so i nak terai tengok lagi sekali dengan penghayatan plop en. hehe.

So that's it. and YES i have a great great great day! To be honest, first jumpa akak that day i rasa agak janggal. We all tak jumpa setahun dah tau. baru sabtu tuu jumpa. huu really miss lorhh sama dia nii. EH, EH, EH telling you what! She bring back for me a chocolate! Ole-ole Sabah katanyer .. nak tengok? nii haaa ..



Cantek tak, cantek tak! huu, sedap taw. hihiks. Kak makseh arr for that choc. suker sangat taw. sedap pulak tuu. nanti adik nak jugak laa bawak ole-ole dari Kuching sini. hehe. aper yer?? tak tau lagik >_< .

Balik akak siap hantar sampai depan rumah lagik. muehehe. segan pon ada gak taw eyhh .. tak tau kenapa tetiba jaa. apepon, i try to pretend that's everything is OK gitu lorhh. hahaha. hopefully akak tak perasan laa yang i kekok sedikit. tapii sekarang nii dah tau kan? huehuehue. adeiii ..

Before pergi saya sempat salam akak. huu, lamak sik salam ngan akak eyhh. mena sik? mena sik? hehehe. i miss the moment masa sekolah2 dulu, if jumpa akak kat memana tuu mesti salam cium tangan dia. hahaha, terbiasa dah buat macam tuu. sometimes before balik sekolah sempat jugak salam taw. dah menjadi kebiasaan kot ~ hehek. 

Apepon, that is how special ikatan saya ngan akak. ha ah, memang dah macam adik beradik even sama umur cuma bulan lahir lain-lain. haha. Akak 27 MARCH and saya 28 AUGUST. kahkah! -.-


YEAY!! we have a great time hangout oke. OH YA. we yang i maksud kan tuu, uncle kakak ngan hubby dia lah. hahaha. semua torang kenal zaman sekolah pon. heheh. tapi uncle kakak sekejap jaa so torang bertiga je laa jalan sama. hihiks. BTW, kitak duak sweet aieee .. hahah.

Click here for more graphics and gifs!

Sorry sebab tak banyak gamba sebab that time memang kurang cket nak take picture here and there. i memang laa nakkkkkk sangattttt! tapi hahahah *u know la kan.

Anyway, selamat bercuti to those yang baru je memulakan cuti. enjoy your holiday kayy. huu, heaven kan? kahkah!


*ini gambar masa both of us sekolah lagi nii. hahaha. len jak upa cdak duak tok. hahaha.


Oke laa nak berehat. fuhhh ~ penat menaip. hahaha. selamat malam ..


I LOVE MY SISTER .. Thanks GOD dengan ikatan ini walaupun kami bukan sedarah sedaging ..  semoga berkekalan :) . Amin.




Thank you for reading this entry !

Friday, June 22, 2012

RESULT aku !

Hi, ingat lagi rupa nii? ni rupa baru jeh abess exam bulan lepas! chaittt ~ yohhhh! jerawats bersepah sana-sini tuh! kahkah. a'ah i ngaku -.-". stress giler wehh time nii. hakhakhatoii~ >_<



Berakhir sudah satu penantian para students seuniversiti. hari ni result we all telah dipaparkan dalam sistem VOISS masing-masing. yuhuuuu !! nervous tuu dah takder lagik dahhh. hihiks.

Aaa?? result saya? huu, biasa-biasa jer. miahahah!! Actually bila tengok result tadi saya tak expect pon dapat keputusan macam tuu taw. remember my last last entry nampok sangat macam orang gilaaaaa ja time study for my final exam tuu. kahkah. To be honest, rasa bersyukur sangat. sangat sangat sangat. Thanks GOD. 

Nampak jaa kengkawan announce kat FB, teros lelaju jaa tekan nak tengok. dup dap dup dap! OH ADUH ADUH ADUH ehh? sorry terDangdut plop en. heheh, happy sangat wehh. saya baru nampak petang nii bah saya punya keputusan. 

Yeayyyy !! yuhuuuuuuu !!!! OKE. tuu my first impression. kahkah. orang dalam rumah nii semua terkejut dengar i menjerit kuat-kuat sorang2 lagik tuu dalam bilik taw. hahahah. anak buah i, Czers teros jeh berlari masok bilik datang tengok. mak haiihhh .. huu. see? haha.

By the way, I got A,B and C jer. huu. happy for that. and my CGPA, still stand 3 even ada penurunan dari segi pointer lah. but sokayy as long as i takder yang fail and takder repeat any paper. hihiks. yer dop? hakhakhak.

Click here for more graphics and gifs!

Thank you so much especially to all my lecturers, my parents, myself of course haha, my friends thanks a lot ! and special thank you for Kak Eva sebab always bagi semangat everytime saya tell her that rasa macam nak down. huhu, makseh kak. thank you so much! tak tau nak kata aper lagik dahh. and yes, to adik tomey tomey nii .. Maya Lisa yang non-stop bagitau suruh study study study. hahaha. thank you dear. sooo muchhhhh ! thank you jugak kepada yang wish me good luck! I love youuuuuuu, muackss! :D

Click here for more graphics and gifs!

senang dah lam hati tok oii .. ^_^

By the way, esok i kuar lagik. hahah. serious cakap, this week pack gilaaa dengan janji sana-sini. malam esok pon ada ekot program SMK Bukit Assek. Kakak i ajak. haha. nak jugak laaaa. muehehe.



Thank you for reading this entry !

Thursday, June 21, 2012

Enjoy Hari Nii.

Helloo it's me again! ahahahah. harini tak banyak sangat stories. cuma nak bagitau yang today saya jejalan lagi di bandar Sibu once again. hihiks. tapi tapii kali nii takder teman, i jalan rilek-rileks sesorang. huuu. heaven! :D

By the way, seriously i bagitau harini saya sangat santai. sometimes i lebih suka cuci mata sorang-sorang. cari ketenangankan kot. HAHA. yelarr, just sendirian kan. suka hati u jer nak buat apa. nak keluar masok kedai or mall yang mana satu? ahhh BOLEH jerr! nak survey heels every deret kedai kasut kat situ? Ohh BOLEH sangat! nak turun naik eskeleter 2,3,4 kali? HAHA sangat dialu-alukan! cuma nanti kalo orang bagi u pandangan semacam jangan salahkan i pulakk naa ~ kahkahkah *lempang! >_< . hihihik ..

Anyway, i directly pegi ke salon tadi. ha ah tempat biasa lahh, of course Alex Hair Saloon kat Premier. OMG, memang heaven sangat laa. i siap dapat special serve lagik tau u olls. sebab sorang pekerja situ dah biasa ngan i. so sometimes tuu we all gurau-gurau siket. and they said what? "aiyoo .. kamu nampak ada kurus sikit kali ini..". yohhhh! T_T sob sobs. iyeeee saya perasan sayangggggg ~ memang banyak yang kata macam tuu when first time tengok saya balik cuti kali nii. busy kot. huu *saja wat alasan kan?

Eiisshhh .. saya makan kuat ape?!! tapii tak jugak naik-naik berat badan saya bah. maintain kat nombo yang sama. tuu yang macam errr, ntah. HAHA. *pause. keluar tajuk dah.

Oke sambung. actually tadi i gunting rambut. amoy tuu cakap rambut saya gugur. haaa saya pon perasan yang rambut saya banyak gugur bah. so dia tolong letak Tonic sikit kat kulit kepala i. uiks! mende tuu sejuk jeh kat kulit kepala taw. pastuu dia siap urut2 lagik. OMG .. best aie. heaven! haha. 

Click here for more graphics and gifs!

haaa lebih kurang macam tuu taw rasa dia. HAHA. sejuk je kulit kepala tuu. hahah *sakai jaa bunyi aiee >_<" HAHA.

lama jugak kat situ buat "treatment diri" kat situu tadi weyhh. tetambah lagi they all takder banyak sangat pelanggan pepagi macam nii. huu. best gilos aar.

Siap kat situ, i pegi Wisma Sanyan plop. nii kes nak makan ais krem nii. wuuwuu nak vanilla tuh! sodapp bila tengah hari buta panas menggigit kulit macam nii kan? huhuks. lepas tertunai hasrat jiwa tuu, i sajer jer masok kedai novel plop. kahkah. dah nama hantu novel kan?? tapi buku yang saya cari takdok -.- hurmm .. sokayy, balik Kuching nak survey lagik laa. muehehe.

lepas tuu, i masok pulak kedai DVD. haha, nii i siap kol kawan i lagik tanya tajuk movie yang i nak cari tuu. lupakkk kamek tek dengg~ hahaha. i cari movie OH MY GHOST 2. sebab OH MY GHOST 1 dah tengok dahh. movie nii sumpah kelakar giler weyhh. aku tengok movie nii gelak sampai terkeluar air mata darah. huu. percaya ke? takder laa sampai air mata darah, tipuu jerr. miahahah, dush dush! >_<" aiyarkk ~

pastuu sebab i tak tahan nak redah cuaca panas tuu kan, so i teros balik rumah after i sukat Sibu harini. hahaha amekaww! apepon, time i terkedek-kedek on the way pegi parkson tadi, ternampak adik nii kat keta. huu. tapi tak sempat borak sebab dorang lam keta laa. HAHA. secara logik laa kan. 


ha ahh .. nampak dia nii laa. dia siap jenguk dari dalam keta lagi taw. Adik, patut laa kmk cam kenal sil kenal jak tek. hewhew. last2 baru sedar tuu adik sorang nii. muehehe. sokayy naa. ada masa nanti kiter minum sama2 ahahahaha. buleh gitu? hihiks ^_^

I really enjoy my day today. BEST sangat. jalan santai-santai sometimes baru ada kepuasan pada diri. yer dop? sapa setuju sila tenyeh kepala kat keyboard tuh! hahaha.

And now, i keep nervous waiting for my result. everyone's nervous actually. non-stop tengok status meracau-racau tentang result nii. and yes finally we all get waktu yang memang konfem result akan kuar. It's this weekend. yupp, hujung minggu nii result akan dipaparkan. so, memang tak dapat tidur nyenyak wehh. sumpah cakap. hurmm .. doakan result saya dapat bagus kayy sayanggg ~ nebez giler nii .. *nak pitam. wakakaka.


Agak-agak kalo peraturan ini benar-benar wujud macam mana la erk? haha. memang cannot walk walk dengan muka acting busy giler laa en. ahahah. sekadar perkongsian jeh. :) keja molek2 naa ~ huhu ..

Esok nak rest sebab Sabtu nii saya kena kuar plop ngan kakak kecintaan nii. lama tak jumpa taw. esok dia balik Sarawak. tak pasti flight bila dari Sabah nun. huu. so, have a safe journey kak. hopefully nak jumpa lusa tuu takder aral yang melintang ... semoga!



Thank you for reading this entry !

Wednesday, June 20, 2012

2 temu janji

Muahahah. amacam? ingat 3 temu janji plop en? hihiks. noo laa. nii 2 temu janji jeh. Alright, semalam saya janji dengan sorang kawan nak kuar sama sebab dia ada nak mintak tolong saya ajar buatkan surat resign. huhuks. janji jam 11 pagi jumpa kat Premier sini.


HOWEVER. pagi tadi saya bangun tengok henfon, ada mesej kawan saya sorang lagik bawak pegi sekolah harini. dia mesej dalam jam 6.40 pagi macam tuu. i tengok mesej jam 7 pagi something. mak haiihh .. so i woke up automatically!  nak tunggu bas lagi nanti takott lewat pulak sampai. siyes bagitau time bas kat sini tak sama ngan Kuching aarr. T_T kahkah. *lempang!


So i kena rush pegi bustop. HAHA. since jam dah kul 8 pagi and bas yang nak pegi sekolah tuu bertolak jam 8.30. so i terpaksa guna teksi nak pegi ke pasar. terpaksa weyhhh. melayang soploh hengget aku wehh. sedangkan guna bas just paid only RM 1.20 jeh -.-" hurmmm ...


sampai sekolah dah jam 9++. lama jugak kat sekolah tadi. siap borak-borak ngan cikgu-cikgu kesayangan lagi taw. RINDU sangat .. Cikgu Kong so many cerita. hewhew. cikgu rindu jugak kat sayer ehh? HAHA. ngaku ngaku! Cikgu Alice of course dengan Miss Swan dia. I cakap, "cikgu cute laa sekarang .." Tau cikgu jawab aper? "I'm not cute, i'm sexy .. " HAHAHA. sporting tak cikgu aku? ha'ahh .. we all dengan cikgu-cikgi form 6 dulu memang rapat ponnn. hiews. OH YA, cikgu saya tiru ayat Miss swan larrhhh .. kahkah. comeyyyyy ~ ^_^ hihihi .. 


Sempat jugak jumpa adek tadi. tuu pon last minute. adeii ~


And then i ngan my friend rushing to bandar sebab nak jumpa jugak kawan saya sorang lagi. pheww~ letih. kesian dia kena postponed jam jumpa pegi jam 12 tengah hari. we meet kat KFC area pintu gerbang tuu. HAHA. and then directly to Premier and buat surat. settle we all break macam tuu jaa since dia masok keja 2.30 petang tuu. so, i ngan Claudia jeh.


Bila pompuan kuar berdua of course cuci mata beb. keluar masok mall. keluar masok kedai kasut. keluar masok mall cari dress. HAHAHA. a'ah cari dress untuk our dinner coming soon. muehehe. later i update keh.


so, that's it. kind of a bit bored gitu laa actually. i pon dah takder feel nak sukat sibu after that. adeiihh ... 


But, whatever it is happy jugak. at last saya dapat jugak jumpa dengan dia nii. lama we all nak jumpa tapi masing-masing takder kesempatan. BTW, he paid for his kelewatan sampai ponn. haha, amekaww~


*sorry no picture at all, tak sempat nak snap here and there tadi. RUSHING giloss!*




BURNING FIELD kat Jalan Haji Taha next to my campus sekarang nii. nampak picture nii diupdate oleh my lecturer tadi. teros jaa masok lam belog nii. haa ekspress dak?? HAHA. dunia makin maju en .. BTW, no ones get hurt and it had been taken care by the authority. cuma seekor tupai dilaporkan cedera ringan jaa. HAHAH. fuhh legaaa .. banyak khabar hutan terbakar berlaku this lately kan? cuaca asyik panas jeh .. Global warming kaa? jerebu here and there lagik aie. err, nak tanya. Kuching jerebu tak? hehe ..


OKAY, seems like i dah lack of idea dah. so, just a quick update yang terlampau detail and skema cara penulisannya ahahaha. so sorry. goodnite readers! :D




*kulit i gatal2 lepas keluar harini .. hurmmm. harap2 tak aper2 ..
v
v
v
v
v
v
v
v
v


HAHAHAHAHAHAHAHA >_< kena sudaaaa .




Thank you for reading this entry !