Saturday, March 01, 2014

Seminar Tautan Kasih (PPKI) Part 2


*Tersipu-sipu masuk ruangan penulisan*

Haaaaaaaiiiiiii (^.^)v

Apapun, apa khabar insan hebat? hihi. Bila mula menaip nii terasa macam awkward pulak. Agak lama bercuti untuk mengisi ruangan blog. Oh janggal sungguh. So, jangan pura-pura terkejottt bila bahasa dah tunggang-terbalik kejap lagi yer. Kita buat santai jeh. hiks!


Sebenarnya entry ni sudah berhabuk dah dalam draft. kah kah! Kali ni nak bayar hutang. Ingat lagi entry ini SEMINAR TAUTAN KASIH (PPKI) PART 1 ? HAHAHA iyer, iyer... entry tahun lepas kot. bahahaha. Diammah! Minta maaf lambat gila nak sambung balik entry. So, kali ni saya sambung PART 2 keh. Sesiapa yang TER-missing entry yang lepas boleh klik link dekat atas tu yer.. K jom.


Warning Warning Warning! Entry ini mengandungi banyak gambar. Jadi, mohon bersabar scroll sampai bawah. Jika berasa bosan, boleh klik butang [X] di sebelah atas kanan.


***

Semasa aktiviti indoor berlangsung, time ni masing-masing sibuk explain dengan pelajar dorang macam mana aktiviti ini berlangsung. Actally, semua station. Suara kena besauu jugak laa. sebab kadang-kadang time nak bagi arahan, time tuu lah dorang ni cucuk-cucuk kawan sebelah, main-main bagai. So memang kena sungguh-sungguh ambil perhatian dorang. Tapi tak begitu menjadi masalah sangat sebenarnya sebab mereka ada excited nak buat aktiviti :)

Lam & Nuel buat persediaan utk aktiviti Puzzles

Tunjuk ajorrrrr :D

Pilih dik pilih :D

Gambaq mende tew? :3

Sementara di station lain juga berlaku perkara yang sama. Semua kumpulan fasilitator sibuk dengan ana-anak diorang. hahahha. Meh jumm tengo persiapan diorang macam mana.

Mereka mula me-REKA apa yg ada di dlm fikiran :)

anak2 kumpulan kitorang msh bertempiaran masa ni -,-"

Remy tengok gapo pun aku tak tahu la. Budak2 tu nak menunggu kot. haha

Team buat anyaman. Nja & Amal

Teruja dorang nak mewarna. Tak sabor mak nak tengok hasil XD


Semasa aktiviti berkumpulan nii ada yang tersalah masuk kumpulan pon hadoo. hahaha. Kena pulak carik anak-anak tu dekat mana. Ada yang sepatutnya buat kolej, dia pegi melencong buat aktiviti mewarna tuu. haha. Aktiviti berlangsung dekat berandah sebab dewan tempat untuk sesi ceramah dengan ibu bapa. So, sementara ibu bapa diceramah, kita-kita nii menghiburkan anak-anak kesayangan ni. huhu. Huntong laa takdop yang nakal. hihii.. Semua dalam keadaan terkawal. Petang tu cuaca tidak begitu mengizinkan. Tengah kemuncak aktiviti, tiba-tiba hujan lebat. habis semua pelajar lari bertempiaran melarikan dan menyelamatkan diri. kah kah! Lawak tak? Lawak tak?? oke tu tipu :p . Takder laa bertempiaran sangat seperti yang kamu bayangkan tuh. hahaha. terokk!


Part nii, ada di antara mereka masih lagi nak meneruskan karya dorang.. Tapi terpaksa diberhentikan sebab basah. Yang dekat bahagian anyaman lagi parah. Habis semua bilah-bilah kertas warna tu beterbangan terjun pergi kolam renang bawah tu. hahaha. Anak-anak dorang siap kata lag, "Cikgu, ya...terbang. Cikgu, nun...terbang. Cikgu...aaarrhhh". oke macam-macam lg.


Team aku lagi laa. Ada sorang tu dia takut dengar guruh. Masa tuu memang ada guruh pun senanya. Dia terus pandang aku bagitau, "Cikgu..takut.." Aku pon kenapa laa kepala macam vangang sangat masa tu pon taktau ahh. "Takut? Takut apa? Kenapa takut?" hehh. Agak2, kalau kau disoal balik macam tuu, memang rasa macam nak lempang jaa ken. Dah terang2 bunyi guruh ken, mesti laa dia takut dengan guruh tuh. hihi. Lepas tu, nasib baik cecepat sedar. "Ohh.. takut bunyi guruh iyer? Jangan takut.. Hujan tu muzik alam. kenapa nak takut? kan? Jadi lepas nii jangan takut dengan hujan, dengan guruh lagi. boleh..?" Pergghhh!! Mantop jawapan cikgu :p . bhahahhaa. Dikatakan guruh, dia bagi 1 pakej jawapan dgn hujan sekali. kah! Advance :B *lariiiiiiiikkkkk!!*

His fishhhhhhh. Beracun iyer Anand? hehe 

Plis spot on gadis yg duduk ayu tu keh! hahhaha *tekup muka dgn bantal* :P

Doh

Collage

Rupa anyaman selepas kejadian ribut. T_T haha

Anyam ape dik? Tikar mengkuang yer? Lain benor ghopernye haha

bergambar itu kesukaan mereka. Peace! ^.^V

Fateha mampu buat bdn rama-rama tu jee.. -.-"

Hasil dia sgt TIP TOP. betol..tak tipu :)

Dia suka sangat berlarii

Cikgu, kaler ni cantek eh? huhu :3

*Sedut air teh*

Naik lenguh aku menaip. hahaha. Okay, sebenarnya aku lupa nak story pasal pembahagian kumpulan sebelum aktiviti kat atas-atas tu bermula. hahahaha. kemahenn eksaited kau jenab! Okay, lanjutkan..

Team! The SIDMA Kids Crew :D

Sedang mendengar. Tengok karenah dorang, macam-macam xD

Ek ehem! Tempek sikett! hahhaha 

Bersama kertas kumpulan masing-masing. angkat tetinggi dikkk -..-

Cari klasifikasi gambar


Semasa pembahagian kumpulan nii, agak bingit sikit dengan suara mereka. huhuu. Nampak sangat excited! Masa ni laa kitorang dorang nii nyanyi lagu cacing. hahha. Lagu cacing tuu, aku pon baru tahu jugak senanya. Tahu sebab Tutor subek aku yang perkenalkan. kah! Nak nyanyi? Nah, aku kasi lirik jaa.

Cacing panjang, Cacing pendek
Oh geli-gelinya (2X)
Turun naik atas (2X)
Cacing panjang, Cacing pendek..

Cacing gemuk, Cacing kurus..
Oh geli-gelinya (2X)
Turun naik atas (2X)
Cacing gemuk, Cacing kurus..

Haha tu jer lirik dia. Nak tambah yang lain pon boleh jaa. Okay, tamat je aktiviti berkumpulan tuu kita diberi peluang untuk meronda-ronda sekitar kawasan pantai. Yeayy!! Part nii paling ditunggu-tunggu. Nak mandi swimming pool haha. Lepas tu sempat lagi main volley ball pantai. Seronok!! Sampai gelap, sampai bola tak dapat lihat lagi dah. kah kah. hamekaww! Fasilitator lagi sakai. hahahahhahaha. Kbye.


Malam tuu acara santai-santai jer. Selepas yang muslim sesi bersama dengan ustaz, then kira macam "Happy Hour" jaa. Ada karaoke baq hanggg. hahha. Lepas makan pe semua, rehat sekejap. Lepas tu baru join tengok dak pelajar karaoke. Malam tuu ada celebration sikit. Birthday seorang pelajar. hehe.. Tak sempat tengok time parents buat suprise masa tu.. Kawan sempat amek gambaq :)

Sesi bersama ustaz

Birthday celebration

nampak dak sakan nyanyi lagu album Tegar. Tegar sangattt xD

Kecewa tak dapat rampas mike dari pelajar dorang. kah! :p


Suasana di dalam dewan memang happening gila dengan lagu Penyanyi Tegar tu. hahha. Mu tau dop? Aku rasa laa kan, 1 album tuu mereka dah nyanyi. Semu apelajar tahu lirik lagu dalam 1 disc tu. hahaha. Ada yang berebut mike sebab dia nak jugak nyanyi. haha. Para ibu bapa jarang nak dapat chance untuk nyanyi. huhu. One night tu memang pelajar jer melalak. kih kih xD. Sementara di luar dewan..

Hamboiiii. macam pro! 

Anand try main snooker. Tp last2 jadi Se-no-ker. hahha

After tamat happy hour. Jam masih awal lagi untuk masuk tidur. Kitorang ada sesi perbincangan sekejap untuk aktiviti keesokkan paginya iaitu "Sukaneka". Lepas tuu, just bersembang kosong sambil makan ais krim dekat tepi swimming pool. hahahambooiiihhh :D . Sementara yang lain pergi la merayap, mengambil gambar sakan dekat sekitar kawasan situ. cehhh

Fateha. pelajar paling susah nak duduk diam. Asyik bisik2 telinga jer. haha

Atirah!! Plg akhir msk tido. jenuh suh dia pi tidoq tau +.+

Tengah bersembang santai bersama dgn Cikgu Sk Gita No 2

Dorang ni laa yg bergambar sakan. hahahaks

Dan lagi..

Hadoiiii.. penat tak scroll? Okayy, Okayy. Aku lagi la penat nak menaip nih. haha. Gigih nau rasa. Jadi kisah untuk hari pertama tamat setakat ini.. Keesokkan pagi kita ada aktiviti bersukaneka bersama dengan guru, ibu bapa, dan pelajar. Mana nak berzumba lagi.. hahaha. Aku memang kali pertama nak menari depan semorang. kah! Taktau laa rakan-rakan yang lain. Buang jejauh perasaan segan, malu bagai tu suma. haha. memang redhooo jehh. phewww *lap peluh* 


So, kiranya setakat ni saja untuk Part 2 yer. Nanti akan ada Part 3 yang paling last. Aktiviti keesokkan hari lagi seronok dan menarik. Bersukan bersama dengan ibu bapa sekali uolls.. haaa. Tangan aku dah lenguh dah. Cramp! hahha. See you at the next tinta :)



....... BERSAMBUNG Part 3 .......


Thank you for reading this entry!
ex-O-ex-O