Friday, December 26, 2014

Lakaran Yang Terlintas

Hai korang!


Fuh Fuhh. Berhabuknya lahaii hehehe.. Okayy, selamat bersua para pembaca. Kadang-kadang aku terfikir, kan best kalau ada idea terus update setiap masa. Tak kira panjang ke pendek. Baru boleh update blog setiap hari. Ni tak, kalau ada idea, aku simpan memanjang jer dulu. Kununnya "nanti lah up entry". Haa nampak tak penangguhan dekat situ. Hiks! Apapun, nak cakap tadi agak lama jari-jemari yang tidak berapa nak runcing nii bermain dengan keyboard. Aishh! Lama nauu nak membuka kata. Serius cakap agak blank sekejap. Tak tahu nak mula macam mana. Nak mukadimah yang bagaimana. Rasa macam semua tidak kena. Tapi bila dah start menaip nii EH! kemainn panjang lagi mukadimah kau noks! Haa kan?? :p


Baiklah. Pejam celik, pejam celik tidak terasa tahun 2014 ni bakal menutup tirai. 5 hari lagi maka tinggal laa 2014 itu sebagai kenangan. Wuuu, umur makin menginjak naik tapi rasa macam banyak lagi perkara yang belum kita selesaikan, yang belum sempat kita tunaikan. Adudu.. tak sabar nak mula makan gaji sendiri. Tak nak lagi dah berhutang dengan mak ayah kan? Sekarang nii rasa macam dah sampai masanya untuk turn kita bekerja untuk mereka. Hurm.. Sabar iyer.. Masa itu akan tiba juga. *senyum*


Tahun depan aku bergraduasi. Ha ah, majlis konvokesyen aku tahun depan. So, sekarang ni dah ex-UNIRAZAK dah. Wuwuu.. cepatnya masa berlalu. Maknanya semua orang dalam atmosfera "Job Hunter" yer dok? Sekarang nii semua dah selesai satu-persatu dah. Presentation dengan orang besau-besau di tempat praktikal dan para Dekan, Dr, Pensyarah juga dah. Memang pheww *kesat peluh* sangat tauu. hahaha. 


Sekarang nii bila tinggal sesorang nii macam-macam yang berlegar di fikiran. Banyak benda yang kau akan fikir. Banyak perkara yang akan kau pertimbangkan. Walaupun berpuluh ratus jutanam kali kau pesan "Please, don't think too much" tapi blerghhh! jangan harap aihh. Sia-sia tak kau fikir? (-__-") . Kau akan automatically ingat family kau yang jauh. Rindu? Alahaii perkataan itu seakan dah jadi zikir bicara kau hari-hari. Rasa rindu tu dah jadi sebahagian dari diri kau dah. Apa yang mampu kau buat? Kalamkan dalam doa ~



*Tarik nafas*


Pernah dengar orang kata, "Dunia mana yang adil?" atau dalam erti kata lain, Dunia ini tidak ada yang adil. Hmm kira macam tu lah maksud dia. Yupp, sometimes you have to standing by on your own. Even hati memberontak, hati kau mengelak tapi all you can do is "ACCEPT". Why? It is the ACT untuk kau mengelakkan berlaku pertegangan lidah, manusia di sekeliling kau saling menuding jari "Kau salah! Ini salah kau! Ini sebab kau!" Ishh, banyak nya mahkluk menegakkan lidah masing-masing. Hebat manusia. Tapi lagi hebat manusia yang menggunakan akal. Betul tak? Setelah itu kau perlahan-lahan pujuk hati sendiri, "Tidak megapa.Ini tidak akan lama.. Sakit ini cuma sekejap sahaja." *senyum*


****

Itu perkongsian lakaran minda yang lain. Ini pula lukisan ciptaan Dia yang terhebat yang dibentang satu-persatu di depan mata. Ciptaan Dia yang berjaya mengubah desa menjadi kota. Hebat bukan? Pelbagai rencah dan keletah manusia...

Ada yang baik.

Ada yang kurang baik.

Ada yang boleh buat kita marah.

Ada yang buat kita sayang.

Ada yang buat kita kecewa.

Ada yang buat kita rindu.

Ada yang buat kita benci.

Ada yang buat kita gembira, senyum sampai ke telinga.

Tidak kurang pula yang buat kita mengalirkan air mata. Sedih atau marah barangkali.


Banyak. Tidak mampu untuk disenaraikan satu-persatu. Ada yang dizahirkan, tidak kurang ada yang memilih untuk menyimpan nya untuk sendiri. Luah pada Ilahi mungkin.. Itu rahsia dia :')


Paling tidak pun menzahirkan dengan penulisan. *haa, aku lettew! :p


Dunia di mana aku boleh berlari, berjalan, bercerita dan menghayati setiap bait kata dan bicara tanpa perlu menumpahkan semua di dada. Frasa-frasa yang tergantung itu nanti mungkin akan menyelamatkan diri aku dari terus lalai dari menceritakan semua yang berlegar di ruang minda. Mungkin yang terdekat tahu makna di sebalik setiap penceritaan dalam versi metafora yang kadangkala melangkaui pemahaman aku sendiri. heheh.. Takut juga nanti lemas dalam bahasa sendiri.. Ini mohon dicuit bahunya takut kelemasan jauh hanyut dibawa arus, ya Teman?



Kita kadangkala tidak sedar bahawa kita adalah mereka yang selalu menangkan jiwa-jiwa yang lain di sebalik kerapuhan diri sendiri. Tidak mengapa. Pasti yang baik-baik sebagai balasan di kemudian hari. Percaya pada HIKMAH. Kunci hikmah adalah SABAR. Kekuatan sabar adalah REDHA. IKHLAS dalam memberi dan menerima. Semoga kita sama-sama mendidik hati dengan meletakkan DIA yang pertama. Semoga. Usah terlalu cepat menghakimi. Usah terbiasa lancang bicaranya, takut nanti kita menyakiti dalam diam. Takut juga nanti bila sudah terbiasa sangat hati kita riak dalam rendah diri bicaranya. Ada bongkak dalam bercerita tentang diri mahupun orang lain. Yobihh.. semoga kita dijauhkan dari sebegitu :(



Bila semakin jauh kau pergi semakin banyak yang kau akan lihat, yang akan kau hadap. Banyak. Inilah kehidupan. Rencah kehidupan akan dihidangkan satu demi satu di depan mata. Mungkin sedikit lari daripada apa yang kita rancang sebelum ini. Setiap perjalanan kita ada destinasinya. Cuma nanti berbeza laluannya. Ada yang panjang, ada yang pendek. Ada yang pendek tapi penuh onak duri laluannya. Ada yang panjang namun selesa sahaja laluannya. Tapi, istimewa sungguh bagi mereka yang mengembara dengan kereta kuda, tidak perlu bertongkat bila mendaki, tidak risau lapar malam dan siangnya, namun kiri kanannya penuh dengan godaan.


Semoga masing-masing tidak tersasar di jalan itu, tidak berputus asa walau apa jua keadaan sekalipun, tidak pernah mengalah walau kaki terpasak ditelan tanah. Cari dahan tempat berpaut, gapai kembali tongkat itu. Semoga nanti masing-masing tetap sampai pada destinasi yang dituju. Cepat atau lambat itu tidak mengapa. Yang penting kita menggapai apa yang diimpi. 


Apapun, perkongsian kali ini bukan untuk kalian hakimi. Tidak. Ini sebagai peringatan untuk sendiri. Sekadar lakaran jiwa yang terlintas. Jadi, semoga bersua di entry akan datang. Selamat membaca! Kita sama-sama mendidik hati ya.. SEMOGA :)




Thank you for reading this entry !
xoxo