Wednesday, September 23, 2015

Perjalanan ini .. It's Not The End

Hai


Kiranya dah 3 bulan dah blog tak berupdate. Jiwa menulis diterbangkan entah kemana. Lagi satu, seperti kebiasaan idea boleh hilang puff! sekelip mata jer haha. Otak pula kadang-kadang tak tau nak menyusun ayat, prosa bergantung semakin melurut jatuh. Tapi bila sampai ke satu tahap tuu aku rasa macam banyak yang nak diceritakan, nak dikongsikan.. That time I will write! Tiba masa untuk buku kan segala refkleksi diri di sini. Macam sekarang ni lah ;D


Dua bulan yang lepas tercari-cari diri sendiri. Bukan hilang. Cuma rasa lenyap.. Pergi tadabbur alam dengan harapan bertemu dengan pencarian diri. Dengan harapan semoga semangat itu digarap kembali. Mungkin tiba masa untuk diraih kembali segala ketenangan hati, kedamaian diri. Tapi.. masih ada yang hilang. Mungkin sebab "distance" (Jauh). Samar-samar kelihatan. Mungkin sebab semakin jauh dari DIA. Ku temui jawapan nya di situ. *diam*



Selama ini kau disajikan dengan macam-macam drama. Selama ini kau dihidangkan dengan pelbagai rencah kehidupan satu-persatu. Dengan memilih untuk berdiri di suatu sudut itu membuatkan kau dipertontonkan segala yang nyata. Diam-diam kau memilih untuk memerhati. Terangguk-angguk sendiri, menggeleng kepala sendiri. Kau melihat semuanya kecuali yang tersembunyi di satu sudut yang tak tergapai dek mata. Dan bagi kau, biarlah.. Itu bukan urusan aku.


Tiba-tiba.

Kejap!

Merenung kepada diri sendiri..

Terfikir..

Aku sendiri bagaimana?

Adakah nanti diri aku juga diperlakukan tidak tumpah seperti itu? 

Terbayang yang ketulusan dan kesabaran dibalas dengan perahan keringat. Terbayang yang riak mengatasi rendah diri, memperlihatkan kejelekkan diri yang mungkin segelintir yang menyedari. Terbayang yang beranggapan diri hebat kadangkala menundukkan Tampuk nya. Dan yang paling dahsyat bagi aku adalah yang hilang dirinya sendiri dek kerana gigih mengejar bayang-bayang di hadapannya. Atau dalam bahasa straight nya, kau hilang diri sendiri dalam menuntut kehendak diri sampai kau lupa dengan siapa kau pernah berdiri dulu. Siapa yang ada dengan kau masa kau masih berada di bawah dulu. Sedih. Khuatir jadi seperti itu. 


Terima kasih kerana diberi peluang untuk aku melihat segalanya. Mungkin tiba masa untuk aku tebarkan sayap. Tiba masa untuk aku fikir tentang diri sendiri lebih daripada orang yang berada di sekeliling. Aku berbicara tentang masa depan. Bukan masa sekarang.

Entah berapa lama sudah mencari jawapan.

Entah berapa lama meminta diberi keredhaan sebelum memutuskan.

Entah berapa kerap sudah menangis sebelum segalanya termeterai rasmi.


Dan akhirnya, DIA buka pintu. DIA permudahkan segala urusan dan juga urusan hati. Berat itu pasti tapi aku yakin dengan perancangan DIA. Semoga dirahmati.. *senyum*



Jalan ini adalah pilihan hati. Jatuh cinta dengan ciptaan Nya, sekata dengan jiwa. Jalan ini.. aku mohon semoga direstui, semoga diredhai, semoga diikhlaskan segalanya. Amin.


Percayalah ini bukan pengakhiran. Ini baru permulaan. Banyak lagi yang terbentang di hadapan yang kita tidak tahu kemana ia membawa kita pada suatu hari nanti. Aku cuma gantungkan harapan pada DIA. 


Pada mereka yang aku sayang.. 

Pada mereka yang pernah menjadi sebahagian dari diri..

Pada mereka yang pernah menjadi tempat berkongsi rahsia hati..

Pada mereka yang pernah menjadi tempat berkongsi tangis dan tawa..

Pada mereka yang pernah menjadi tempat menimba ilmu Ilahi..

Pada mereka yang pernah menjadi saksi "perjalanan seorang Hamba"..

Pada mereka yang pernah datang menghulur tangan meraih kekuatan..


Terima kasih yang tak terhingga. I learnt a lot and you guys taught me so much things. Kita masih pada pohon yang sama cuma pada dahan yang lain. Doa yang baik-baik. *hugs and kisses*



Penulisan terhenti di sini :'(