Hai semua.
Fuh fuh!
Bersawang.
Agak lama memandang laptop dengan perasaan pending. Otak mula ligat berfikir mahu mencoret apa kali ini? Tenung lama. Jari lambat-lambat menaip di papan kekunci. Kadang-kadang berselang-seli menjenguk Facebook dan Twitter. Pun sama. Idea datang samar-samar mendamparkan diri di ruangan minda. Tarik nafas panjang. Hembus. Ringankan minda. Banyak cerita yang dikongsi sebenarnya. Satu-persatu rencana kehidupan dihidang. Sampaikan sukar memilih mana satu yang harus dibicara.
Jadi, apa khabar pembaca budiman? (Jika ada yang masih membaca). Harap sentiasa awesome dengan amalan. Ya harap-harap. Ada banyak yang ingin dikongsikan.
Maka, Teruskan membaca.
Sejak akhir-akhir ini seringkali rasa sendiri. Kosong. Tidak gembira. Risau. Over thinking. Kurang kasih sayang (yang macam ni pun ada jugak ke?). Takder perasaan. Atau dalam bahasa yang sering saya gunakan "feeling nothing". Semua bercampur-baur sesedap rasa. Dan bila perasaan ini berbolak-balik maka hati tidak tenteram. Dan bila hati tidak tenteram atau tidak tenang secara tidak langsung kita mungkin akan selalu saja mengandaikan yang bukan-bukan. Selalu saja berprasangka yang bukan-bukan. Sampaikan kita menyakiti dan merimaskan orang lain tanpa sedar. Eh? Ada ke sampai macam tu? Ada. Kadangkala kita sedar ini berlaku dengan kita. Hingga saya seringkali bertanya dengan diri sendiri, "kenapa dengan aku ni?". Bila keadaan begini, mungkin sebenarnya Tuhan nak kita check diri kita.
Tanya pada diri,
Apa yang tidak kena?
Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita 'periksa hati'?
Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita menangis memaafkan orang-orang di sekeliling kita?
Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita menangis memohon ampun dari Sang Pencipta?
Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita memaafkan dosa dan kesalahan diri kita sendiri?
Tanya pada diri,
Bila kali terakihir kita mengucapkan kata sayang kepada ibu bapa, sahabat dan mereka yang menyayangi diri kita?
Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita membuka Kitab Suci, membaca, memahami dan mendalami setiap bait kata yang terkandung di dalamnya?
Banyak. Tidak mungkin dapat disenaraikan satu-persatu di sini. Bila ada sesuatu yang membuatkan hati kita tidak tenang, mesti kita terfikir ini mesti ada sesuatu. Mesti! Maka, periksalah hubungan kita dengan Sang Pencipta. Mungkin Tuhan nak tegur sesuatu yang kita selalu sekilas pandang. Bersangka baik. Berlapang dada. Ikhlaskan menjadi diri sendiri. Jika ada yang berkata akan kekurangan kamu, kata pada diri "Tenang. Be tough. Aku tahu kemampuan aku setakat mana." Atau bak kata omputeh, "You know my name not my stories". Haa macam tu. Keep in FAITH, Be TOUGH, and MOVE ON! Boleh? Kita sama-sama keh! :'D
Gambar hiasan |
****
Mungkin ideologi kita berbeza. Ataupun, hala tuju kita tidak sama. Mahupun, pendapat kita sering berlaga. Dan apabila kita menghunus hujah yang kita rasa tiada cacat cela, jangan abaikan pendapat yang lain. Sabar. Dengar dulu apa kata mereka. Mana tahu ada benar? Tidak semestinya apa yang kita katakan semua nak BETUL jer. Nanti bila nak betul jer semua susah pulak kan? Maksud saya, Dengar dulu. Lepas tu Nilai. Kemudian Pertimbangkan. Bila dah jelas semua baru boleh buat keputusan. Jangan Ego. Jangan berlumba ingin tegakkan lidah masing-masing. Jangan. Sebab lidah itu tidak bertulang. Takut nanti lidah bertukar menjadi sebilah pisau. Naya kau tau tak? Makanya, jaga pertuturan. Kena ingat, tak semua yang kita debatkan itu betul di mata orang. Setuju? Saya setuju. Dan, saya akui tidak semestinya yang saya bentangkan ini betul pada korang. Betul tak? ekekeke.. Masing-masing ada pandangan sendiri. Jadi, bertolak ansur laa..
Gambar hiasan |
Saya kongsikan berbagai cerita dalam satu cerita. Ya, mungkin ada yang memahami. Mungkin ada yang mendalami. Kita berkongsi rencana kehidupan yang mungkin pernah berlaku atau pernah kalian alami sendiri. Penulisan pada kali ini bukan lah untuk kalian hakimkan. Tidak. Cuba mendalami mesej yang ingin diutarakan. Yang baik kita simpan, yang sebaliknya kita jadikan sandaran. Setiap kita berbeda haluannya..
Kita lupa, penawar bagi segala keresahan hati itu adalah Sang Pencipta. Yang memegang hati kita..
Kita lemah. Kita lupa. Kita leka. Kita alpa. Moga suara hati kita didengari Dia. Semoga. Jangan lupa mengucapkan syukur tatkala di sekeliling kita dipenuhi bunga-bungaan dan pelangi yang indah.
Gambar hiasan |
"Jangan hanyut dengan keseronokkan dunia yang mudah mengalpakan kita."
"Bersangka baik dan ikhlaskan lah menjadi diri sendiri."
"Jangan terlalu yakin dengan pendapat sendiri. Buka hati untuk mendengar pendapat orang lain. Mana tahu ada betul kata mereka?"
No comments:
Post a Comment