Hai semua. Moga kita menjadi manusia hebat. Boleh gitu?
Jalan lengang-lenggok duduk tengok TV.
Pegang hanphone.
Letak handphone kat tepi.
Tanpa sedar gelagat diperhatikan oleh seorang budak Darjah 4.
Czers : aaa, betul kata cikgu aku.
Aku : ???
Czers : Dulu, sebelum aunty ada smartphone selalu je aunty main dengan Cvean. sekarang x lg
Aku : ....... Yaka? Macam mana tahu? *dalam hati termalu sendiri*
Czers : Tahu laa. hehehe..
Aku terdiam seketika. Berfikir sejenak.
Tercuit pulak rasa hati bila kita ditegur oleh budak kecil nih. haha. Terima kasih cikgu Czers. You did very well. Jadi, tak perlu saya nak hurai panjang-panjang. Mungkin sedikit sebanyak cerpen pendek di atas memberikan mesej yang cuba saya sampaikan. Itu kisah petang semalam. Masa tu saya dengan Czers ja di rumah. So, we got a deep conversation through many things. Well, dia banyak belajar. Banyak yang kita tak nampak selama ni, kita boleh nampak. Jadi ibu-ibu, bapak-bapak, aunty-aunty, uncle-uncle, abang-abang, kakak-kakak etc luangkan lebih masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Actually, they know more than they understand. Kalau selama ini kita selalu tidak ambil kisah, tidak ambil peduli..cuba kali ni kita tukar pula. You will be more know on how to understand them. Betul. Bila ada peluang, cuba berbual dengan mereka. Mesti terbuka minda tu. haha. Sebab sekarang saya tengah mengurangkan diri berkepit dengan handphone depan anak-anak buah. kah kah!
Okay. Tamat kisah tentang cerita teladan. Mari kita berganjak kepada yang seterusnya. Sepatutnya Isnin lepas dah nak up entry tentang ni. Tapi yalah, asyik tertunda. Jadi harini tunaikan. hihi.
25 Januari 2014 (Sabtu)
Awal pagi Kak Su dah SMS tanya free ke tak harini. Since kakak aku ada sekolah ganti hari Sabtu, so memang tak dapat nak pergi lunch treat. Lepas tu, I cadang Tea time jeh. So, okayy. Kita ON. Balik kakak aku dari sekolah, kitorang pergi keluar. Tea time dekat Secret Recipe. Mula-mula plan nak makan je kat situ tapi lepas tu tukar plan, take away jeh. Then, pergi karoks kat O2 KBox. Ekeke.. 3 jam melalak dalam tu aku rasa nak tercabut anak tekak! Puii. Puas hati. Terima kasih Hilme. haha. Nanti turn kitorang pulak nak belanja yer. kah kah! Tak banyak amek gambo sebab keterujaan nak meraung tu mendalam gila kot. bahahah xD
Dah puas melalak lepas tu balik. ahaha. tu jeh.
***
26 Januari 2014 (Ahad)
Hari yang dinanti. Gonna meet my girlfriends today. haha. It's kind of very very very excited nak jumpa semua. Kali nii hanya berempat sahaja. I sampai dulu and waiting for Nja & Emi. huhuu. Paling lama tak jumpa dengan Emi since dia paling jauh tempat study. Redah lautan baru boleh jumpa dia. It's been a year tak jumpa dengan dia nii. Sampai-sampai je, yobihhh.. rasa nak menanges pon hadoooo bila dapat face to face dengan kesayangan we all nih. Tak kisah dah manusia di sekeliling. Persetankan segalanya. Watlek je peluk-peluk situ. kah kah. Bising nya lahaiii bila dah berjumpa. Tak henti sok sek sok sek.. hahahah
So, first kita tunggu Kas dulu. Dia sampai lambat sikit. Aktiviti kita memang tak plan detail sangat. Bersembang. ha'ah, bersembang. So here we go
Perkara utama is MAKAN. kah kah. Since Emi katanya lamaaa dah mengidam nak makan kat SCR, so at last I bersetuju jugak nak makan situ. O alaaa, kesian pulak dengan yang belajar kat seberang tak dapat nak makan SCR. Mari tunaikan hasrat beliau nahh. hikhik. Even SCR nii aku tak berapa masuk sangat kot. hiks! Kerana kengkawan yang kelaparan, and suggestion tempat makan yang lain dah takder yang berkenan, so makan sini. Well, quite good even bersesak dengan manusia yang lunch ramai sangat. hahaha. Lama gilaa baq hang nak tunggu order sampai. pheww *kesat peluh*
Abis je lunch kat SCR, kitorang cari port nak bersembang pulak. Nak patah balik pergi Wisma Sanyan, macam jauh pulak. So, cari yang dekat, Premier sana. I just remember one place kat situ. So kitorang cadang nak stay je kat Easy Drink, Easy Go. Tempat tu agak-agak macam Starbucks jugak lah. Tapi nii ciplak jeh jadi SETABAK. kakakaka. samoo en? Nah gambo dia.
Like seriously, memang amek gambar jer keja. Wuihhh..susah tau nak amek gambar sama-sama nii. Terutama dengan Emi. Setahun sekali dapat bergambar sama. Yang peliknya, aku, Nja dan Kas hambuiiii kemian lagi cerita. Banyak nauu! Emi yang duduk jauh-jauh diamm jeh. Erkk??! puhlik gilos seyh. Bukan sepatutnya yang duduk jauh tuu paling banyak celoteh eh? Kebiasaannya lah ken. kah kah. Emi emi.. bila ditanya, "Emi, mu apa cita?". Selamba badak dia jawab, "Aku tadak cerita. Biasa je. Takder yang menarik." Adeihh.. hahhaa. Dia lebih banyak fokus dengan henpon beliau.
Duduk dalam tuu ada laa around 3 jam lebih kot rasaya. bahahaha. dari cerita kengkawan yang lain sampai lah ke cerita anak-anak buah masing-masing. My god! part nii memang semua amek bahagian nak bercerita. hahah.
Short-time meeting with kesayangans. Perasaan tuu taktau nak gambarkan macam mana. After bertahun tak berjumpa, and this time.. My god. We make it girlfriends! <3 Paling sebak bila time nak balik. Emi pulak bagitau yang maybe 2 tahun akan datang baru balik sini lagi :(
Tengok balik gambar-gambar nii boleh buat senyum kambing sesorang. hehe. I love u girlfriends! dan kadang-kadang we can't explain with any words to express what is inside our heart kan? hehe. Apepun, sangat happy bila dapat jumpa dengan semua. Anyway, esok kita jumpa lagi okeh! lalalalala.. I know, this is the last time we meet each other before I dengan Nja balik Kuching on this coming Sunday. Lepas ni hanya di alam maya je kita jumpa. hehe.. Rinduuuu sangat nanti ken? :3
*kalau perasan, gambo we all tuh semua tak pandang camera. konpius mana 1 camera. kah kah! :p*
Thank you for reading this entry !
Kewujudan Instagram buat aku lupa dan hilang idea nak berblog. ehh! xD