Hai, selamat bersua kembali insan hebat.
Aku ada terniat. Kalau boleh nak update yang pendek-pendek. Ada idea, terus post. Baru boleh update selalu. Tapi, sekarang ni macam-macam applications ada. Sejak ada instagram, wechat, twitter ni buat aku lupa nak update blog. Selalu bernukil melalui gambar di instagram. Yelah, walau kekadang tu caption tiada kaitan dengan gambar. heh, lantak la kan. Yang penting dapat berkarya, dapat bernukilan. Itu aku. Jadi buat-buat lupa sendiri ada blog. woakakakah! :P
Nak diceritakan apa yang berlaku selama blog ini tidak berupdate, memang banyak la ceritanya kan. Tapi rutin setiap hari, tiada beza. Memandangkan tahun ini Final Year, jadi semestinya bergelumang dengan "BUSY". Stress? Oh, perkataan itu sudah lali dengan kehidupan sebagai STUDENT.
Perjalanan masih panjang lagi. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Masih banyak yang perlu dipelajari. Pengalaman belum cukup. Cuma, kadang-kadang dalam pada kita meniti hari, pelbagai ragam yang kita hadapi. Manusia ini banyak jenis. Yang tua, yang muda. Yang cerdik, yang celik. Yang baik, yang kurang baik. Banyak. Ada yang buat kita tenang. Ada yang buat kita tak tentu arah. Ada yang buat kita sayang. Ada yang buat kita rindu. Ada yang buat kita geram, marah dan sebagainya. Iya, perjalanan masih panjang.
Ilmu ini tidaklah setinggi ilmu kamu. Ilmu ini bukanlah sehebat pada telahan manusia itu. Tidak. Tapi, proses belajar itu berterusan. Belajar dari kehidupan seharian, yang namanya Pengalaman. Pengalaman aku tidaklah sebanyak kamu. Pengalaman ini belum penuh di dada. Semoga dijauhkanlah dari mendabik dada. Ilmu itu perlu dicari, bukan dikejar. Ilmu itu dikongsi, bukan untuk menjatuhkan, disimpan untuk sendiri. Moga kita dijauhkan dari sebegitu.
Perkongsian kali ini bukan untuk menghakimi mahupun dihakimi. Tidak. Ini sebagai renungan. Sekian.
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment