Selamat bersua pembaca
*senyum*
Lama rasanya tidak meluangkan masa di sini. Selalu scroll entri lama. Rindu nak menulis, bernukil di sini. Beberapa minggu lalu, berkali hati nak kembali dgn hobi lama. Berefleksi diri. Merenung kembali bermacam perkara yang terjadi pada diri, pada orang sekeliling yang banyak kau boleh ambil pengajaran sepanjang perjalanan kau sebagai hamba. aiseh! Kemain serius ayat :'D
Since kemain lama lagi dah tak meng-hapdet blog ni, of course so much perkara yang tidak terkongsi di sini. Ini pun berkira-kira nak bermula dari mana iya? hihihi.. Okay baiklah, kita mulakan dari sini..
Saya dah mula bekerja sejak 2 bulan yang lepas.. I as a permanent staff dekat tempat saya berpraktikal dulu (jika masih ada yang ingat entri lama). Dan semestinya fasa-fasa hidup sudah mula beralih dari paksi asal. Maka kau akan bersiap siaga dengan perkara yang sebelum ini kau hanya mendengar al-kisahnya dari senior senior dan maha senior kau. Tapi sekarang ini, mungkinkah kau sendiri yang akan mengalaminya? Itu standard kan? Tapi sejauh mana kau boleh handle diri sendiri.. Itu yang seringkali rasa teruji :')
Sometimes, ada perkara yang sangat-sangat buat kau macam.. "Whatt??? Is this for real?" Ceyy! Ayt macam Sandra Bullock dalam The Proposal pulak >.<! hahahh.. But yes, all you can do is always Be Positive in everything that happen. Deep breath taking. Get up. Be tough. Bersangka baik pada DIA. Bila rasa macam semua menolak deras kau ke tepi itu mungkin apa yang kau "rasa" di saat kau rasa terhenyak ke tepian. Lagi sekali, itu cuma perasaan.. Emosi.
Tapi betul ape, setiap yang berlaku akan membuatkan kita respon dengan perasaan. Like bila orang simbah kau dengan sebaldi air bila kau tengah duduk menikmati aiskrim. baru nak menikmati, abes semua hancur. hahah, tah ape2 contoh diberi :p Tapi lebih kurang begitulah perasaan dia. hihihi. For me, when something happen to myself I will never stop think about it. Segala WH question tuu kan otometik pop out dan berlegar-legar atas kepala. Sendiri tanya sendiri jawab. Hahahahaha :'D
But then, after a while bila semua dah reda. Bila gelodak dan pertarungan antara jiwa dan minda mula penat. Otak dah mula waras sikit. Masa nii kau akan ambil masa untuk refleksi diri. It's not that you blame yourself for what had happened actually. Think positive. Like most of people said, Pengalaman itu mematangkan. Yes it is.. nak buat hati itu damai, ingat satu; God, I do believe your plan. Just give me a strength to get through it.. Letakkan pengharapan pada DIA. Bukan pada manusia yang pada suatu masa nanti mungkin akan mengecewakan kita. Tak siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sentiasa bersangka baik pada DIA :')
Bila buat sesuatu jangan lupa sematkan NIAT untuk sendiri. Niat melakukan sesuatu yang bukan kerana manusia, bukan kerana mengharapkan darjat mata yang melihat, tapi kerana hati yang ingin berkhidmat dan jiwa yang ingin mendidik bunga-bunga syurga. Kerana takut nanti darjat dari manusia itu mungkin akan melalaikan kita. Cukuplah dengan menghargai apa yang kita telah tunaikan. Sedalam rasa bersyukur dibisikkan dalam hati... Tapi, seandainya ada yang memberi, maka terima kasih itu kepada mata yang melihat atas rezeki dari DIA.. Seandainya memahami frasa bergantung ini, terima kasih. Jiwa kita senada.. :')
****
Bila mula menginjak kaki ke satu lagi tahap perjalanan hamba, berat bahu semakin menghenyak. Bukan beban. Tapi kerana tanggungjawab yang kau galas. Bukan sedikit seperti sebelumnya. Kalau dulu lebih banyak meminta sebab masih belajar. A'ah itu jawapan standard XD hahahah.
Tapi bila sekarang dah mula ada kerjaya sendiri. heh, baru kau merasa? kannn xp . Every month kau dah mula ketak tuk ketak tuk tekan kalkulator manage kewangan sendiri. bhahahaha. rasain lho! Lepas congak-congak itu ini, tengok2 ciiiiiipuuutttt jer bahagian kau sampai tunggu bulan seterusnya. Kemudian, berulang kembali untuk bulan-bulan yang seterusnya. kakakah *pengsan!*
Ya. Perancangan masa depan kau semakin meluas. Semakin jauh. Semakin panjang sampai langit ketujuh. Eh! Semakin banyak pula yang kau rasa belum tercapai, sedangkan waktu semakin menyingkat.
Yang pertama,
Untuk mak ayah. Keluarga.
Yang kedua,
Untuk mak ayah. Keluarga.
Yang ketiga,
Diri sendiri.
Ketetapan Hierarki mula begitu dah. Betul tak? Macam-macam yang kau nak buat untuk mereka. Kita sama. Semoga nanti, akan tertunai segala impian, harapan, dan cita-cita yang belum tertunai.. SEMOGA.
Mohon doanya ya.. Kita sama-sama :')
Apapun, perkongsian kali ini bukan untuk kalian hakimkan. Tidak. Cukup sebagai renungan. Ini perkongsian dari saya. Ini apa yang saya fikirkan dan dinukilkan di sini. Bukan menyelak lembaran lama, tapi melihat apa yang pernah DIA lakukan pada saya sehingga saya jadi orang seperti saya sekarang ini. DIA zahirkan rasa sayang-Nya dengan mendatangkan ujian. Ujian yang akan mendekatkan diri kita dengan DIA. Cukup hanya DIA...
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment