Thursday, February 21, 2013

Logo baru The Sidma Kids Crew

He he heloo!


Okey, memang idea sangat lah kan? harharhar. Dah dekat seminggu lebih kot aku tak hapdet kat sini. Eh tak! Bukan takder cerita sebenarnya, cuma kadang-kadang ada idea tapi nak menaipnyer tuu yobihhh payah gilo! -.-" Jangan risau sebab hari ni aku kembali dah ken? hikhok =..= Ekceli payah seh nak buat mukadimah. yer dak? haiih tapi gagahkan jugak cerna minda nih haa. hewhew


Apepon, for sure kuliah dah mula dah. So, back to routine. Kuliah, assignments, projects, group discussion, stay up till late night blablabla Omaigod! banyak lagih. Okay back to the topic. Berkenaan dengan perubahan logo The Sidma Kids Crew (TSKC) baru-baru ini. Last Monday kitorang adakan mesyuarat untuk pembubaran dan pelantikkan kelab. So, mantan pengerusi kelab cakaplah yang Boss suruh buang background logo sebab nampak macam @$%^&* katanyer. hahaha, so we make it! eh, salah William's do it. 


Ini design yang lama 

And tadaaaaaa !! We present ..... The new one 

New look! 

So, how? Much better dah aku tengok. Simple gitu.. hehe. Thank you to hincik William Asun. Apepon, nak story jugak lah. Ada sedikit pembaharuan pada organisasi kelab TSKC selepas pembubaran. Eh bukan sedikit! Perubahan besar sebenarnya. Dan senarai organisasi yang baru seperti yang tertera :

EX Pengerusi up info hokeh! 

And me?? jap nak caps lock. KENAPA HAKU KORANG LETAK JADI SETIAUSAHA??? haa gituu... sumpah cakap bila dapat tau bos bubuh nama aku kat bahagian setiausaha kelab tuu rasa macam nak nanges taknak terima :(. betoll.. hilang mood sebentar. dan fikiran menerawang seketika ingat betapa Mia susah payah urus dokumen semua aktiviti sepanjang tahun lepas >_<|| rasa tak sanggup weh! outspoken cakap haa.. But whatever it is lambat-lambat terpaksa terima hakikat.. Kamaliah (merangkap mantan Pengerusi kelab) cakap, bukan nak hantar korang pergi berperang kat Palestin pon. kakakaka. Sebab semua rasa macam tak ready nak pegang dan pikul tanggungjawab tu especially Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha (termasuk jugak keh!) tuu huwaaaaaa.. Harap dan mohon ex pemegang jawatan2 ini beri sokongan dan tunjuk ajar yer semua.. mohon sangat. Dah rasa macam tahap nak merayu kut mintak digugurkan nama dari jawatan tuu. -.-" HAHAHA


Take it as a challenge! Tetiba bersemangat lebih-lebih :O Sooner and later, kita akan beradapan jugak dengan benda ni suma.. Okay lah, better i stop here. Untuk view semula semua aktiviti, program or projek The Kids Crew sepanjang tahun lepas boleh tekan link kat bawah ni yer :) 


1. KARNIVAL JOM BACA DI SK TAMBIRAT, ASAJAYA, SAMARAHAN

2. TSKC OPEN DAY 2012

3. GATHERING THE SIDMA KIDS CREW

4. MEWAKILI KIDS CREW UNTUK FINAL


Selamat membaca!



Thank you for reading this entry !


Saturday, February 09, 2013

Girls Day Out

Hello !

Ini cerita tak lah berapa lama sangat. Cuma agak kelewatan untuk update. huhu. Okey, sebelum tuu haku nak mention laa yang sekarang nii aku dah masuk semester baru. Oh hellooo i'm in Semester 5 now hokeh! Err, how time flies kan? Tak terasa aku dah Tahun 2 dah. wuwuwu =") ahh, aku tak kesah lah. We are young lagik. wokakah! Okey, serius takder kaitan. 


Alright, pada 26 Januari yang lepas (eh? lama kut) ada laa sekumpulan anak ribena ni plan nak jumpa. wohoo! so, malam sebelum tuu suma berkontek decide bila, kat mana, plan bla bla bla.. And me? Aku dari kampung singgah kat rumah dulu. Then, baru la pegi bandar. hokhok :3 sungguh panjang kot rantaian perjalanan aku nak jumpa anak ribena nii. muehehe *angkat kening* wokakah~


Dah jumpa tuu, aisehmenn aiseh aiseymennn hahaha. Tak ingat dunia bila bercerita. Padahal sembang benda yang sama kut. And yes, perkara pertama yang keluar dari mulut omey omey we all ni, "eii, gemok nyer kau!". "apuuu..kecik nyer kau sekarang!". "uwauuu, panjang rambut :3" ekekeke gitu lah kiranya. Me? as usual, dorang cakap aku makin keciew. humphh =..= takper takper, dah biasa dah. 


First, aku jumpa ngan Nja & Kas. huhuhu.. ohoii berpeluh-peluh mak jemah jalan kaki nak pegi Premier tuu haa. aishh! Sanggup wehh :D hahaha. So, enjoy the pictures! =)


Destinasi pertama, Open Air depan premier. Disebabkan haus dengan cuaca yang WOW panas giler! so, ape kata basahkan tekak sebentar. hehe.. Kas and Nja dorang order ABC. Aku minum air sirap jer. huhu.. tak terasa lagi nak terai ABC or whatever tu suma :)


Me and Kas


kuntrul kuhnun nyer :P
Kat kedai mamak pon sempat pose bagai kut. hahaha. buleh jugakkkk :P

Nja & Kas



Agak-agak kalau masuk iklan Colgate ada peluang tak? muahahah! Dush! Dush! masa ni tak tau nak senyum acane. so, gini jer. say CHEESE! wokakakahh.


Lepas duduk sini sembang banyak mende sebab at the same time kitorang tunggu Varra ngan Kak Sue cari tempat parking keta. Dan tidak berjaya menjumpai parking keta yang berdekatan -.-" . And dorang terpaksa parking kat Wisma Sanyan. ohoii jauh gilaaa. Perut yang cumil nii nak pon dah buat bunyi kompang kopak. huikss laparrr sehhh! muahahah. So, torang decide makan tak sama tempat. Varra ngan Kak Sue kat McD, and we all kat SCR (sebab si Kastura nak sangat makan kat situ) ihh, aku pon tak tau apa yang best kat situ. hahahha. 

Muka tak tahan lapar. Kas nak melahap 4 pinggan kut tahap kelaparan dia tuh! :P


Pelahap dorang ni. Lagi-lagi si Kas tuh. hikhok :3

Lepas memboncetkan perut masing-masing, called Varra ngan Kak Sue and dorang kata jumpa kat Wisma Sanyan. Oh, oke lah boleh jalan sebab dah makan. so banyak tenaga. EH? xD 


Dan bila dah abejumpa?? Opkozes camwhore! hikhok >.<! Guys, enjoy the pictures naa.. hohok



mesti nak PEACE! eh? 


Tak tau ape yang best sangat Nja ngan Kas bualkan. aku tengok karenah dorang jer.


HAHAHA suma gelakkk :P


OK, suma tengok camera yer.. 1 2 3 keching! hoho


Dari kiri Nja, Varra, AKU, Kas. Eh! terCAPS LOCK :P


amboiiii ~


Aku & Akak :) hehe..


Dan bila semua busy dengan henpon. ignore surrounding sunggoh!


Aku, Kas, Nja, Varra, Suriya (woii aku dah rindu korang aiee..) hekhek


arr tak tau nak letak caption :P




Kami bila jumpa memang tak lepas laa nak begambo ramai macam ni. huntong laa henpon semua ada camera depan so boleh lah amek gambo gini hah! :P


Apepon, tak puas sebenarnya nak sembang-sembang, bertepuk tampar. hahaha. gelak sakan bagai. Omaigod sumpah happy giler. Bila dah jumpa ramai-ramai, semua akan buka cerita masing-masing. But mostly cerita pasal kampus, university masing-masing. hewhew :3 . Bila dah jumpa memang akan share story tentang kampus masing-masing. eh, best jugak! hoho ~


Petang baru balik. Lepas salam peluk cium suma (harharhar) peluk jeh hokeh! cium takdak :P. Normal bagi ompuan bila jumpa kawan lama mesti nak berlaga pipi, peluk2 suma kenn? alaaaa, macam tak penah buat. woakakah! Even, jumpa sekejap. Bercerita banyak. Gelak sangat banyak sampai rasa macam nak terkeluar anak tekak haha. Tapi siyes cakap memang tak puas lagi. Sedih jugak coz yang lain tak dapat nak join kali ni. Takper takper, lepas tamat pengajian semua nanti kita buat reunion besar-besar. mesti besttttt!! 


Anak Ribena, siyes rinduuuuuu nak kumpul ramai-ramai. huhu..mesti seronok! Pada yang tak dapat nak balik cuti semester kali ni..next semester holiday kalau berkesempatan kita jumpa keh! ngeee :D buleh gitu? Eh, really rindu ngan suma. hehek


chingchang chongcheng chieng cou teng. ChowKitcheng wong peiheng hakupeneng. MAKSUDNYA, Selamat Tahun Baru Cina! Kbai :D



*reunion nanti i mesti tak kurus kempeng lagi. hahaha XD*





Thank you for reading this entry !


Saturday, February 02, 2013

CERPEN | Pelangi Petang

Hello.


Wahh amboii..since aku duduk diam-diam kat rumah lepas beberapa hari spend my time dengan bestie yang baru register masuk UNITAR sini, now macam banyak luangkan masa kat rumah. Penat berhari-hari semasa teman bestie beli barang keperluan dia dah sedikit demi sedikit terbayar. hakhak. Tapii dia belum lagik. Sekarang nii dorang tengah orientasi. Hope everything going well pretty :). Biasalah, mula-mula memang tak best duduk sini. Sebab masih baru lagi kan. Lama-lama nanti suma akan okey. ahaha trust me! :D


Oh ya, masa balik kampung selama beberapa hari cuti yang lepas aku godek-godek laa segala barang peninggalan warisan aku semasa sekolah menengah dulu. wokakah! semua dah berhabuks huiikkss. Oh myy..there was a lots of stuffs. cards, magazines, name tag masa sekolah dulu pon still dalam simpanan. hakhakhak >.<

Congratulation and Good Luck wishes from my friends

Friendship Day wishes from my friends <3

Birthday Cards from my friends

stuffs

PLKN

That is it. Kesemua tuu from Form 1-6. hikhik. But, whatever it is i nak story pasal nii sebenarnya ..

Cerpen : Pelangi Petang

Nak baca tak? Buat cerpen ni sebenarnya nak hantar untuk buku Panorama sekolah. Tapi tak sempat sebab busy dengan benda lain. huhu. Juh~




***


Kringggg!!! Jam loceng di sebelah katilku nyaring berbunyi. Mataku terbuka luas. Kulihat jarum menunjukkan pukul 4.30 pagi. Alamak! Kenapa awal sangat? Seingat aku semalam aku tetapkan pukul 5 pagi tapi kenapa jadi 4.30 pagi pulak? Ini mesti kakak yang buat..desis hatiku. Tanpa berfikir panjang aku segera menarik semula gebarku, bercadang untuk menyambung tidur semula.

Ketukkan bertalu di pintu membuatkan lenaku terganggu. Aku menjeling ke arah jam di tepi katilku menunjukkan pukul 5 pagi. Eii..bisinglah kakak ni! Dah lah ketuk pintu macam nak pecah jer.

"Yana, bangun. Pergi mandi, lepas tu bersiap. Nanti lambat sampai kat sekolah." Suara kakak jelas di pendengaranku.

"Yalah, yalah.. Bangunlah ni." Ringkas sahaja jawapanku.

"Lepas mandi turun sarapan dengan kakak."

"Ya..kejaplah. Nak pergi mandi ni."

Lambat-lambat aku mengemas tempat tidurku dan bergegas ke bilik mandi. Setelah selesai, aku menyarungkan bathrobe dan terus menuju ke tingkat bawah. Kakak sedang bernyanyi-nyanyi kecil sambil menyiapkan sarapan. Mama sedang memasak sesuatu. Hmm..baunya macam nasi goreng jer. Kecur air liur aku bila terhidu masakan mama.

"Oh my Godness..belum bersiap lagi rupanya. Tengok sekarang dah pukul berapa?" Tegur kakak.

Aku masih dengan lagak selamba duduk di kerusi. "Alah..baru pukul 5 suku jer pun. Masih awal lagi. Lagipun kakak drive kan laju. Bukannya jauh sangat pun sekolah tu kan." Aku pantas menjawab. Taknak mengaku kalah!

"Hmm..yalah tu." Jawab kakak. Malas nak bertekak. Mama hanya tersenyum mendengar.

"Err..mama masak apa? Bau macam sedap aje ni. Nasi goreng ek?" Tanyaku. Sudah tau bertanya pula.

"Ya..mama masak nasi goreng special sikit hari ni."

"Oh yeke? Nak Yana tolong ke?"

"Eh, tak payah. Yana tolong makan je. Biar mama yang buat semua ni. Lagipun Yana nak pergi sekolah nanti berbau asap pulak." Mama menolak. Aku akur.

Selesai sahaja bersarapan, aku terkocoh-kocoh naik ke bilik di tingkat atas untuk bersiap. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri aku turun ke bawah bersama segala buku hari itu. Kakak sudah sedia menunggu di ruang tamu dengan pakaian serba ungu. Tampak cantik dengan warna itu. Sesuai dengan warna kulit kakak yang sawo matang.

"Dah siap? Mana tie? Macam ni ke adik akak nak pergi sekolah?" Tegur kakak sambil menjinjing beg. Oh takkan lah kena bebel lagi sekali kot. 

"Dah.. Sampai sekolah nanti Yana pakai lah. Ada dalam beg nun." Pantas aku menjawab sambil membuntuti dia ke kereta.

Mama sudah biasa dengan situasi yang terjadi. Bila kakak menegur aku, mama akan diam sahaja. Dia tahu kakak buat perkara yang betul. Mama tahu aku cepat melenting kadang-kadang bila ditegur. Mama menghantar kami sehingga ke muka pintu.

"Jalan tu bawa elok sikit." Pesan mama setiap kali kami akan bertolak ke sekolah. Dah macam skrip drama pulak.

"Kirim salam dengan papa!" Laungku  dari cermin kereta. Papa balik lewat malam tadi. agaknya masih letih lagi sebab tu tak dapat ikut bersarapan sama pagi tadi, desis hatiku. Kereta dipandu oleh kakak meluncur laju membelah jalan raya.

Sampai di sekolah, aku menggunakan tali leherku sebelum keluar dari kereta. kakak hanya menggeleng kepala melihat sikapku yang acuh tak acuh.

"Lain kali kakak tak mahu lagi tengok Yana bersikap macam ni. Ingat sikit Yana tu ketua pelajar. Perli berikan contoh yang terbaik kepada pelajar lain. Faham?" Ada ketegasan suara kakak di situ. Serius saja kakak memandang aku. Agak tersentap di situ.

"Okay cikgu, I will remember that." Tersenyum sambil memandang tepat ke arah kakak.


Aku bergegas ke tapak perhimpunan bersama pelajar-pelajar lain. Dari jauh lagi aku lihat Nurhanim tersenyum panjang lebar memandang ke arah ku. Di sebelahnya Nirmala masih sinuk membaca buku. Entah buku apa yang dia baca pada waktu begini. Selesai perhimpunan, waktu pembelajaran berjalan seperti biasa.


***

"Yana, balik nanti tak payah tunggu kakak ya. Kakak ada meeting nanti." Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata kakak semasa dalam perjalanan menuju ke sekolah tadi pagi.

"Habis Yana nak tumpang siapa balik nanti? Yana tak boleh tunggu kakak sampai habis mesyuarat nanti ke?" tanyaku.

"Tak boleh sebab habis mesyuarat akak ada hal lagi kat luar." Aku mengeluh. Tunjuk muka 20 sen mudah-mudahan dia tukar fikiran.

"Okay, macam ni. Apa kata Yana tumpang ngan Nurhanim jer. Nanti kakak suruh papa call ayah Nurhanim. Nak suruh papa ambil Yana tapi papa tak dapat. Lagipun ayah Nurhanim tu kan kawan papa."

Berkerut-kerut keningku mendengar cadangan kakak. Kenapa jadi macam ni? Seganlah nak tumpang kat Anim. Namun, aku pendam saja. Rasa berat hati menerima cadangan kakak.

"Yalah, nanti saya tumpang Anim. Jangan lupa balik rumah cepat, Cikgu Diana. Nanti mama bising bertanyakan kakak." Persis seperti mama aku cakap. Kakak tersenyum geli hati.

"Baiklah Liyana. Akak akan balik secepat mungkin." Aku menjuihkan bibir.


***

Tepukan padu di belakangku bagaikan halilintar mengejutkan aku dari lamunan. 

"Hoiiii mak kau!! Mala, terkejut orang tau! Kot ye pun bagilah salam dulu. Ni tidak, main sergah je. Nasib baik aku takder sakit jantung. Kalau tak naya kau!" Ceramah aku panjang lebar. Sumpah rasa nak tercabut jantung.

"Itulah..jangan jauh sangat melayang. Saya dah ada depan awak dari tadi pun awak tak nampak. Kenapa? Transparent sangat ke saya ni?" Usiknya. Aku mencebik.

"Nak kata transparent tu..taklah sangat. Mungkin awak hitam sangat agaknya. Tu yang saya tak nampak kot." ujarku tersengih-sengih.

"Tidak mengapa. Nanti saya pakai bedak banyak-banyak baru tauu.." Jawab Nirmala dengan lagak ala dialog 60-an.

"Eh tak aci. Tiru dialog cerita P. Ramlee."

"Anim mana? Tadi kan dia ada bersama dengan awak. Yelaa korang dua ni ke mana saja mesti bersama. Tak sah kalau tak bersama." Aku hanya tersenyum mendengar celoteh minah India ni.

"Anim kata dia pergi tandas kejap. Dia mengadu sakit perut dari tadi." ujarku

"Oh begitu. Eh, awak tak balik lagi ke? Kakak awak belum balik lagi? Selalunya waktu-waktu macam ni korang dah chow dah" 

"Kakak ada mesyuarat hari ni. Dia pesan suruh tumpang ayah Anim. Lagipun dia ada hal lain kat luar katanya." Jawabku sambil menyelak helaian buku yang ada di depanku. Nirmala hanya mengangguk faham.

"Yana, saya balik dulu. Van dah lama tunggu tu. Bye!"

"Okey. Jalan tu elok-elok sikit. Jatuh longkang kang." laungku pada Nirmala yang berlari-lari anak mendapatkan van di luar pagar sekolah.

Tidak lama kemudian Anim sampai. "Fuhh..lega rasanya dah melepas." Ucapnya sambil memegang perut. Aku hanya tersenyum geli hati.

"Macam mana boleh sakit perut?"

"Entahlah, mungkin salah makan kot."

"Tu laa lain kali makan jangan sebarang makan. Sekarang siapa susah bila jadi macam ni?"


"Err, awak marah saya ke ni?"

"Tak, saya beri nasihat jer." Jawabku. Haru tengok muka Anim merah-merah. Hii..sensitif sangat dia nii. Suasana sepi seketika. 

"Sudah sudah. Jangan buat muka macam tu. Tak tahan aku tengok. Kang aku pulak buat haru sekali nak?" Ujarku meredakan suasana.

Tidak lama kemudian ayah Anim sampai. Aku dan Anim mengambil tempat duduk di belakang dan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.


***

"Saya dah balik!" Laungku dari muka pintu berharap mama tahu akan kepulanganku.

"Mama" Panggilku. Tapi tidak ada jawapan pun. Pantas aku menuju ke dapur.

"Bik, mama pergi mana?" Tanyaku pada pembantu rumah, Mak Cik Suri. 

"Oh, Yana. Tak sedar mak cik Yana dah sampai. Err, tadi katanya nak keluar sekejap. Ada hal sikit. Dia pesan tak payah tunggu dia balik untuk makan tengah hari." beritahu mak Cik Suri. Aku mengangguk tanda faham. Hampa.

"Nak mak cik ambilkan air untuk Yana? Mak cik ada bancuh jus oren untuk Yana tadi. Kalau Yana nak mak cik ambilkan."

"Emm..boleh jugak. Lagipun Yana tak minum apa-apa kat sekolah tadi." Ujarku sambil berjalan menuju ke kamar aku di tingakat atas.

"Bik, nanti bibik letak jer dalam icebox, Yana ambil sendiri." 

"Baiklah." Suara bibik sayup-sayup kedengaran.


Aku menghempaskan badanku di atas katil empuk bilik tidur. Aku melepaskan nafas perlahan-lahan. Hari ini terpaksalah aku bersendirian lagi di dalam rumah agam ini ditemani bibik. Kakak masih belum balik lagi. Mama pulak keluar. Papa lagi lah sibuk dengan tugasan di pejabat. Aku mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Malas hendak melayan perasaan ketika ini. Setelah bersiap dengan T-shirt putih kegemaranku, aku membuka laptop. Eh, ada e-mail masuk. Dari siapa pulak ni? Desis hatiku.

"Liyana, hari ini papa dan mama balik lewat. Masih ada urusan yang perlu di selesaikan di pejabat. Yana makan bersama dengan kakak okey? Papa dan mama makan kat luar. Love u sweety.." -Papa


Aku mengeluh sebaik sahaja habis membaca e-mail daripada papa. Kakak belum sampai lagi..terpaksalah aku makan sorang. Ahh, tak kisahlah. Lagipun dah lapar dah nih! Segera aku turun ke bawah.

"Bik, nak makanlah.." Buat muka laparudin kat bibik.

"Dah siap hidang pun. Tunggu Yana makan jer." Tutur bibik mesra.

"Uiihh..sedapnyer! Bibik masak apa ni?" Pantas aku melabuhkan punggung. Kecur air liur aku melihat makanan yang terhidang di atas meja.

"Mak cik masak makanan kegemaran Yana laa.." 

"Sedap lah bibik masak." Mak cik Suri tersenyum melihat keriangan di wajahku.


***

Aku membuka mata mata apabila terasa seperti ada sesuatu meramas rambutku. Ku lihat kakak sedang tersenyum meramas rambutku. Buku-buku rujukan masih berselerak di sisiku. Oh Gosh tertidur rupanya aku.

"Kakak..Bila sampai?" Tanyaku terkejut dengan kehadirannya. Muka kakak nampak lesu.

"Kakak lama dah sampai. Berkali-kali kakak ketuk pintu pun Yana tak bangun-bangun. Letih sangat ke sampai tertidur ni." 

"Sorry, bosan hari ni. Semua orang takder. Mama ngan papa dah sampai ke?" Soalku sambil duduk atas katil.

"Belum lagi." Aku diam mendengar jawapan kakak. Mama dengan papa selalu je busy.

"Dah lah. Yana pergi mandi dulu. Dah petang dah ni." Ucap kakak sambil satu ciuman hinggap di dahiku. Aku mengangguk lemah. Mamai!


***

Selesai mandi aku menutup badanku dengan bathrobe. Oh, warna putih sememangnya warna kesukaan ku dari dulu lagi. Aku duduk menghadap cermin. Masih segar di gawang ingatanku wajah kakak pucat dan lesu. Banyak andaian yang berada di benakku. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Tak mungkin kakak sakit! Selama ini dia nampak sihat aje. Pernah beberapa kali sebelum ini aku bertanyakan kenapa mukanya puct, namun dia memberitahu aku dia letih laa..pening laa..sekejap kata dia okey. Tak tahu mana sau yang benar. 


Aku berusaha melupakan untuk melupakan sebentar tentang kakak. Alaaa..mungkin tadi kakak keletihan dengan urusan seharian agaknya..desis hatiku. Sekadar untuk menyedapkan perasaan yang bercampur-baur ketika ini. Aku mengambil kalendar di hadapanku.

"Hmm..hari ini 14 Mei. 2 hari lagi Hari Guru." Aku mula mencongak-congak hari.

Seulas senyuman terukir di bibir apabila aku teringatkan hadiah yang aku dah plan untuk kakak sempena Hari Guru nanti. Mesti kakak suka! Pantas aku mencapai handphone.

Tut..Tut..Tut..Tut.. Uiiihh! Bosan nyer CMT Anim nih.

"Hello" Suara Anim serak-serak kahak di hujung talian.

"Hello Anim. Kenapalah suara tu rock kapak sangat dah aku dengar" Usikku.

"Yeke?? Ehemmm! Testing testing. Haa..dah okay tak?" Aku ketawa dengan lawak hambar dia ni.

"Ada-ada jer laa"

"Kenapa call? Nak kata yang Yana belum mandi lagi ke?" Usik Anim.

"Hishh! Mana ada. Aku dah mandi lah. Masih basah lagi rambut ni haa. Elehh..nak kata orang pulak dia."

"Ohh..tapi aku tak mandi lagi nih." Selamba menjawab.

"Laa..patutlah busuk semacam kat sini."

"Eh, tak baik lah kata aku macam tu. Okay, now let us straight to the point. Ada apa called ni?" Kembali serius tutur bicara nya,

"Okay, macm ni. Sebenarnya aku nak ajak Anim pergi bandar esok. Lepas waktu sekolah. Nak beli something untuk Hari Guru nanti nanti. Itupun kalau Anim free." Aku  memberitahu tujuan sebenar.

"Emm..boleh jugak. Lagipun ada nak beli something jugak untuk present Hari Guru ni. Kita bawa Mala sekali nak?"

"Boleh jugak. Nanti taklah bosan sangat kalau dia ada sekali. Dia kan selalu buat kecoh sikit". Rancak perbualan aku dengan Anim.


***

Diana menuju ke bilik Liyana setelah bersiap dengan pakaian baju tidur satinnya. Sewaktu ingin mengetuk pintu dia terdengar Liyana masih seronok berbual dalam telefon. Belum pun sempat dia ingin membuka langkah untuk meninggalkan pintu kamar, kakinya kaku mendengar ayat yang baru sahaja diucaokan oleh Liyana.

"Anim, sebenarnya aku risaukan kakak." Aku cuba ingin meluahkan apa yang bersarang di kepalaku semenjak dari petang tadi.

"Kenapa pulak dengan Cikgu Diana?" Agak hairan dengan suara hati Liyana.

"Aku tengok kakak sejak akhir-akhir ini pucat. Dia nampak macam tak bermaya. Kalau aku tanya, kakak cakap letih lah, tak sedap badan. Pernah sebelum ni kakak pengsan di bilik mandi sampai berdarah hidung. Tapi masa tuu aku takder sebab ikut lawatan. Aku tau pun sebab mama yang cerita. Aku rasa macam ada sesuatu yang kakak sembunyikan." Luahku panjang lebar.

"Err..Yana jangan lah risau sangat. Mungkin memang betul kot Cikgu Diana kurang rehat, letih. Yelaa, mana nak fikir tentang kerja lagi, students dia lagi. kan? Sebab tuu yang dia nampak macam lesu." Jelas Anim cuba untuk menenteramkan aku. 

"Hmm.harap macam tuu laa."


Diana terpaku. Air liur ditelannya pekat. Tak mungkin Yana tahu? Nonsense! Tiba-tiba pintu dibuka.

"Kakak? Kenapa kakak tak masuk?" Tanyaku kehairanan.

"Err..tak. Kebetulan akak lalu tadi..." Jawabnya. Ada kelainan pada nada suara kakak.

"Oh..." Aku memandangnya dengan rasa hairan.

Kakak cepat-cepat berlalu. Belum sempat dia menuruni anak tangga aku memanggilnya.

"Kakak!" Dia menoleh pantas.

"Kenapa kakak nampak macam gelabah je? U okay ke?"

"I'm okay. Kenapa?"

"Nothing." jawabku. Kakak menuruni tangga dengan segera.


***

Di dalam bilik Diana resah sendiri. Tak mungkin Yana tahu. I never tell her before. Diana buntu. Kepalanya berdenyut-denyut. Ya Tuhan, sakitnya kepala aku.. Diana memicit-micit kepala yang rasa berdenyut. Pandangan semakin berpinar-pinar. Menapak perlahan menuju ke arah drawer tempat dia menyimpan ubat. Setelah menelan ubat, kesakitan itu reda. Badannya terasa lemah melawan rasa sakit.


Aku terpacak 90 darjah di atas katil! Arrghhh...bisinglah jam ni! Rungutku segera bangun dan menuju ke bilik mandi. Setelah siap berpakaian kemas aku bersarapan bersama kakak, Papa dengan Mama.

"Ma, hari ni Yana dah janji dengan Anim dan Mala nak pergi bandar lepas waktu sekolah nanti. Sebab...i need to buy something. Boleh?" Aku menjeling ke arah kakak yang sedang menikmati sarapan.

"Yeke? Boleh laa..Tapi nanti Papa akan tolong hantarkan. Mama ada appointment tengah hari nanti. Boleh?" ujar mama.

"Boleh jugak! Papa tak sibuk ke nanti?"

"Tak sayang.. Papa tak banyak kerja hari ni." Papa tersenyum.

"Kalau macam tu, lepas waktu persekolahan nanti Yana called papa yer." Hatiku berbunga riang. Kakak masih diam di sebelahku. Semakin pelik aku dengan sikap kakak. Moody sangat ke dia hari ni? Hurmm..nanti okey lah tu.


***

---- bersambung ----



Err, setakat situ saja yang aku tulis. huhu.. so, setakat tu je laa yang aku taip. Actually, cerpen ini aku tulis masa aku Form 5. Tak sempat nak habiskan, jadi memang tak sempat nak hantar untuk panorama sekolah kan? hakhakhak. But seriously, aku masih ingat jalan cerita yang aku nak buat nii. betoll.. tengok lah nanti kalau aku rajin aku akan sambung dan cuba habiskan cerpen ini. hakhak. KALAU AKU RAJIN. haa..sila take note dengan words tu :P. Bila aku baca balik karya aku zaman dulu nii, lucu pon ader gak. hihihi.. bahasa hamboiiihhh~ macam :P jaa kan? muahahah. pengaruh novel nih! wokakah :O


*kuat imaginasi aku nak buat cerita ni yer?* hahahah. larikkkkkkk :P




Thank you for reading this entry !