Wednesday, January 29, 2014

Jumpa Kesayangan


Hai semua. Moga kita menjadi manusia hebat. Boleh gitu? 

Jalan lengang-lenggok duduk tengok TV.
Pegang hanphone.
Letak handphone kat tepi.
Tanpa sedar gelagat diperhatikan oleh seorang budak Darjah 4.

Czers :  aaa, betul kata cikgu aku.
Aku : ???
Czers : Dulu, sebelum aunty ada smartphone selalu je aunty main dengan Cvean. sekarang x lg
Aku : ....... Yaka? Macam mana tahu? *dalam hati termalu sendiri*
Czers : Tahu laa. hehehe..

Aku terdiam seketika. Berfikir sejenak. 

Tercuit pulak rasa hati bila kita ditegur oleh budak kecil nih. haha. Terima kasih cikgu Czers. You did very well. Jadi, tak perlu saya nak hurai panjang-panjang. Mungkin sedikit sebanyak cerpen pendek di atas memberikan mesej yang cuba saya sampaikan. Itu kisah petang semalam. Masa tu saya dengan Czers ja di rumah. So, we got a deep conversation through many things. Well, dia banyak belajar. Banyak yang kita tak nampak selama ni, kita boleh nampak. Jadi ibu-ibu, bapak-bapak, aunty-aunty, uncle-uncle, abang-abang, kakak-kakak etc luangkan lebih masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Actually, they know more than they understand. Kalau selama ini kita selalu tidak ambil kisah, tidak ambil peduli..cuba kali ni kita tukar pula. You will be more know on how to understand them. Betul. Bila ada peluang, cuba berbual dengan mereka. Mesti terbuka minda tu. haha. Sebab sekarang saya tengah mengurangkan diri berkepit dengan handphone depan anak-anak buah. kah kah!


Okay. Tamat kisah tentang cerita teladan. Mari kita berganjak kepada yang seterusnya. Sepatutnya Isnin lepas dah nak up entry tentang ni. Tapi yalah, asyik tertunda. Jadi harini tunaikan. hihi. 



25 Januari 2014 (Sabtu)

Awal pagi Kak Su dah SMS tanya free ke tak harini. Since kakak aku ada sekolah ganti hari Sabtu, so memang tak dapat nak pergi lunch treat. Lepas tu, I cadang Tea time jeh. So, okayy. Kita ON. Balik kakak aku dari sekolah, kitorang pergi keluar. Tea time dekat Secret Recipe. Mula-mula plan nak makan je kat situ tapi lepas tu tukar plan, take away jeh. Then, pergi karoks kat O2 KBox. Ekeke.. 3 jam melalak dalam tu aku rasa nak tercabut anak tekak! Puii. Puas hati. Terima kasih Hilme. haha. Nanti turn kitorang pulak nak belanja yer. kah kah! Tak banyak amek gambo sebab keterujaan nak meraung tu mendalam gila kot. bahahah xD





Dah puas melalak lepas tu balik. ahaha. tu jeh.


***


26 Januari 2014 (Ahad)

Hari yang dinanti. Gonna meet my girlfriends today. haha. It's kind of very very very excited nak jumpa semua. Kali nii hanya berempat sahaja. I sampai dulu and waiting for Nja & Emi. huhuu. Paling lama tak jumpa dengan Emi since dia paling jauh tempat study. Redah lautan baru boleh jumpa dia. It's been a year tak jumpa dengan dia nii. Sampai-sampai je, yobihhh.. rasa nak menanges pon hadoooo bila dapat face to face dengan kesayangan we all nih. Tak kisah dah manusia di sekeliling. Persetankan segalanya. Watlek je peluk-peluk situ. kah kah. Bising nya lahaiii bila dah berjumpa. Tak henti sok sek sok sek.. hahahah


So, first kita tunggu Kas dulu. Dia sampai lambat sikit. Aktiviti kita memang tak plan detail sangat. Bersembang. ha'ah, bersembang. So here we go









Perkara utama is MAKAN. kah kah. Since Emi katanya lamaaa dah mengidam nak makan kat SCR, so at last I bersetuju jugak nak makan situ. O alaaa, kesian pulak dengan yang belajar kat seberang tak dapat nak makan SCR. Mari tunaikan hasrat beliau nahh. hikhik. Even SCR nii aku tak berapa masuk sangat kot. hiks! Kerana kengkawan yang kelaparan, and suggestion tempat makan yang lain dah takder yang berkenan, so makan sini. Well, quite good even bersesak dengan manusia yang lunch ramai sangat. hahaha. Lama gilaa baq hang nak tunggu order sampai. pheww *kesat peluh*


Abis je lunch kat SCR, kitorang cari port nak bersembang pulak. Nak patah balik pergi Wisma Sanyan, macam jauh pulak. So, cari yang dekat, Premier sana. I just remember one place kat situ. So kitorang cadang nak stay je kat Easy Drink, Easy Go. Tempat tu agak-agak macam Starbucks jugak lah. Tapi nii ciplak jeh jadi SETABAK. kakakaka. samoo en? Nah gambo dia.






Like seriously, memang amek gambar jer keja. Wuihhh..susah tau nak amek gambar sama-sama nii. Terutama dengan Emi. Setahun sekali dapat bergambar sama. Yang peliknya, aku, Nja dan Kas hambuiiii kemian lagi cerita. Banyak nauu! Emi yang duduk jauh-jauh diamm jeh. Erkk??! puhlik gilos seyh. Bukan sepatutnya yang duduk jauh tuu paling banyak celoteh eh? Kebiasaannya lah ken. kah kah. Emi emi.. bila ditanya, "Emi, mu apa cita?". Selamba badak dia jawab, "Aku tadak cerita. Biasa je. Takder yang menarik." Adeihh.. hahhaa. Dia lebih banyak fokus dengan henpon beliau. 


Duduk dalam tuu ada laa around 3 jam lebih kot rasaya. bahahaha. dari cerita kengkawan yang lain sampai lah ke cerita anak-anak buah masing-masing. My god! part nii memang semua amek bahagian nak bercerita. hahah. 







Short-time meeting with kesayangans. Perasaan tuu taktau nak gambarkan macam mana. After bertahun tak berjumpa, and this time.. My god. We make it girlfriends! <3  Paling sebak bila time nak balik. Emi pulak bagitau yang maybe 2 tahun akan datang baru balik sini lagi :(


Tengok balik gambar-gambar nii boleh buat senyum kambing sesorang. hehe. I love u girlfriends! dan kadang-kadang we can't explain with any words to express what is inside our heart kan? hehe. Apepun, sangat happy bila dapat jumpa dengan semua. Anyway, esok kita jumpa lagi okeh! lalalalala.. I know, this is the last time we meet each other before I dengan Nja balik Kuching on this coming Sunday. Lepas ni hanya di alam maya je kita jumpa. hehe.. Rinduuuu sangat nanti ken? :3

*kalau perasan, gambo we all tuh semua tak pandang camera. konpius mana 1 camera. kah kah! :p*





Thank you for reading this entry !



Kewujudan Instagram buat aku lupa dan hilang idea nak berblog. ehh! xD


Monday, January 20, 2014

Word-Less

Hai semua.

Agak-agak kalau nak ucap "Selamat Tahun Baru 2014" selepas 20 hari masuk tahun nii afdal lagi tak? ekekeke. Apapun, ini entry yang pertama tahun ini. Selamat Tahun Baru kepada semua. Harap tahun nii banyak perkara baru yang hebat-hebat berlaku pada diri kita ya. Dan semoga kita tidak lupa padaNya, sebaliknya merindui untuk mengadu pada cinta kekal. Haa, boleh macam tu? Ayat mukadimah kemain lagi yer. hehe..


Fuh! Fuhh!

Agak lama tidak dijenguk makin banyak pula habuk sini yer? hihi.. Baiklah, mari kita meneruskan penaipan. Sebenarnya agak lama meninjau-ninjau post tahun lepas. Baca dan baca. Banyak kenangan yang tercipta yang pastinya adalah pengalaman pada diri. Orang kata "perkara lepas jangan dikenang". Hehh, tak kira. I nak ingat jugak kat perenggan ni. haha. Well, 2013 was so O MY GOD!! year. bhahahha xD. Banyak perkara yang hebat-hayyybatt berlaku. Banyak pengalaman yang ohsem yang saya dapat. Banyak ilmu baru yang saya belajar. Banyak manusia dan jenis manusia baru yang saya kenal. Banyak bla bla bla.. So, memang banyak! :D. But, whatever it is.. It was such a wonderful yet stressful (perhaps) experiences I've ever through. pheww. Thanks to everyone. So, moga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Semoga :)


Gambar hiasan

Tarik nafas.

Sebenarnya, dari tadi minda berkira-kira.. Nak  update blog ke tidak? Nak update ke tidak? Ke acaner? Kadang-kadang rasa nak berhenti berblog, tapi sayang pulak. Kekangan masa mungkin. Dan biasalah mood berblog ni kadang-kadang Level UP, kadang-kadang Level COROT. kihkih :3 Apapun, saya akan teruskan juga mencoret di blog picisan ni. Sebagai perkongsian. hiks!


Sekarang ni masih bercuti semester. 2 minggu jer lagi cuti tinggal. Lepas tu kena balik universiti balik dah. Maka bermula lah rutin kebiasaan di sana. Tapi sekarang nii rutin di sini lah. Well, biasa.. kalau time cuti mcm nii memang nak kena jaga anak buah. Tapi, kali nii boleh menarik nafas lega sikit since anak buah dah 2 orang bersekolah. Jadi migrain kepala ada kureng sikit hahah. Tapi yela, I will spend my quality time with my family. Sangat-sangat. Sebab dah lama gila tak balik! SOBS. Okay, itu saja nak cerita. kah kah! What?? Eh kemon laa. Aku dah kering idea nak tulis gapo tau. Perut lapaqqq.



kbye :D




Thursday, December 19, 2013

Selamat Berperiksa


Hai semua! :D


So, sekarang tengah hangat diperkatakan tentang isu kenaikkan harga barang iyer? Sedikit terkesan jugak sebenarnya. Sekarang ni soploh hengget tuu ibarat sehengget zaman techik-techik saya dulu kot. hmm. Eh, jangan salah paham. Bukan nak kupas isu kenaikkan harga barang yer anak-anak. Saja buat mukadimah. 


Tapi sebelum itu, saya nak minta maaf sebab buat masa sekarang ni tak dapat nak up entry tentang sambungan (Part 2) program SEMINAR TAUTAN KASIH (PPKI) Part 1 disebabkan kekangan masa. Selepas selesai semua, nanti saya up entry yang tuu. Boleh? So, alaa chill laa nohhh :)


Bila dah dekat-dekat hujung tahun macam ini mesti musim peperiksaan IPT semakin terasa. Masing-masing mula mengagau nak cari nota, nak download past year questions, buat study group, buat ulangkaji itu ini, stay up late night apa semua kan? Betul tak? Oh well, itu perkara biasa. Yang luar biasa tuu bila ada yang belajar sampai stress sehinggakan keluar surat khabar pelajar IPT bunuh diri. Herghhh skeriii kan? Ishh, apa diorang nii pendek akal ke camne? haa, kan kan? Jangan sampai ada yang macam tu pulak dah. Kena pandai handle stress. Kena tahu manage masa. Well, tipu lah kalau saya bagitau yang saya tak pernah stress bila waktu peperiksaan ni. Tipu k Tipu! -..-

Tak dapat jawab soalan,
Stress.

Tak cukup masa jawab soalan,
Stress.

Apa yang dibaca takda keluar, 
Stress.

Jadual exam terlampau padat,
Stress. *sangat*

Boyfie tak reply SMS 3 jam,
Stress. *hahaha ade ke?*

Orang rumah tak bank in lagi,
Stress. *sengkek*

Tak cukup makan,
Stress. Ehh? Oke tu tipu. Tapi ada yang macam ni kan? har har :p . Tapi zaman sekarang nii terbalik. Bila stress, potensi untuk makan banyak itu sangat 100% hahahahhaha xD



Pendek kata, too much things yang boleh buat kita naik stress. Naik tertekan. Tidak semestinya tentang study. Perkara lain pun boleh buat stress :3 Jadi, sebagai kesimpulannya kena tahu menguruskan tekanan itu dengan baik. Hindari diri daripada buat perkara yang negatif. Nak tahu bagaimana pengurusan stress yang baik? Google jeh. phewww berlambaks baq hang! betuii tak tipu >_< 

Gambar Hiasan


Ada yang dah study sampai tahap macam dekat gambar di atas? hihi :3 walaowehh. Stress tak? :p oke oke, enough dengan stress yang tak penah habis-habis tuh. Untuk saya, first paper on 28 December 2013 ni. Pedia? iyer iyer saya tau, awal sangat ken? hiks! Christmas pon tak boleh nak huha huha sangat pasal ingat nak final. Nanti New Year pon tak boleh gitu jugok pasal ada paper on 30hb dan paper seterusnya on 2 January. haiyooo. Last paper untuk students BECEd Unitar International University on 8 january 2013. hoyeahh! Masa nii boleh tarik napas legaa sangat noks! :D

Gambar Hiasan


Ehem! Gambar hiasan hasil dari Google. Oh well, dunia di hujung jari laa katakan. hik hik. oke dah dah. Apepun, selamat maju jaya untuk semua pelajar IPT yang bakal menduduki Final Exam. Yelaa, pelajar sekolah dapat result, kita mula nak duduk exam. Tahniah kepada adik-adik PMR yang dapat keputusan cemerlang. Teruskan usaha untuk lebih berjaya yer. 




All the best! Study cantik-cantik. Exam molek-molek keh! :'D Kita sama-sama. 




"Hidup ini biarlah terus berjaya"





Friday, December 06, 2013

Saja Kata

Hai semua.

Fuh fuh!

Bersawang.

Agak lama memandang laptop dengan perasaan pending. Otak mula ligat berfikir mahu mencoret apa kali ini? Tenung lama. Jari lambat-lambat menaip di papan kekunci. Kadang-kadang berselang-seli menjenguk Facebook dan Twitter. Pun sama. Idea datang samar-samar mendamparkan diri di ruangan minda. Tarik nafas panjang. Hembus. Ringankan minda. Banyak cerita yang dikongsi sebenarnya. Satu-persatu rencana kehidupan dihidang. Sampaikan sukar memilih mana satu yang harus dibicara.

Jadi, apa khabar pembaca budiman? (Jika ada yang masih membaca). Harap sentiasa awesome dengan amalan. Ya harap-harap. Ada banyak yang ingin dikongsikan.

Maka, Teruskan membaca.

Sejak akhir-akhir ini seringkali rasa sendiri. Kosong. Tidak gembira. Risau. Over thinking. Kurang kasih sayang (yang macam ni pun ada jugak ke?). Takder perasaan. Atau dalam bahasa yang sering saya gunakan "feeling nothing". Semua bercampur-baur sesedap rasa. Dan bila perasaan ini berbolak-balik maka hati tidak tenteram. Dan bila hati tidak tenteram atau tidak tenang secara tidak langsung kita mungkin akan selalu saja mengandaikan yang bukan-bukan. Selalu saja berprasangka yang bukan-bukan. Sampaikan kita menyakiti dan merimaskan orang lain tanpa sedar. Eh? Ada ke sampai macam tu? Ada. Kadangkala kita sedar ini berlaku dengan kita. Hingga saya seringkali bertanya dengan diri sendiri, "kenapa dengan aku ni?". Bila keadaan begini, mungkin sebenarnya Tuhan nak kita check diri kita.

Tanya pada diri,
Apa yang tidak kena?

Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita 'periksa hati'?

Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita menangis memaafkan orang-orang di sekeliling kita?

Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita menangis memohon ampun dari Sang Pencipta?

Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita memaafkan dosa dan kesalahan diri kita sendiri?

Tanya pada diri,
Bila kali terakihir kita mengucapkan kata sayang kepada ibu bapa, sahabat dan mereka yang menyayangi diri kita?

Tanya pada diri,
Bila kali terakhir kita membuka Kitab Suci, membaca, memahami dan mendalami setiap bait kata yang terkandung di dalamnya?


Banyak. Tidak mungkin dapat disenaraikan satu-persatu di sini. Bila ada sesuatu yang membuatkan hati kita tidak tenang, mesti kita terfikir ini mesti ada sesuatu. Mesti! Maka, periksalah hubungan kita dengan Sang Pencipta. Mungkin Tuhan nak tegur sesuatu yang kita selalu sekilas pandang. Bersangka baik. Berlapang dada. Ikhlaskan menjadi diri sendiri. Jika ada yang berkata akan kekurangan kamu, kata pada diri "Tenang. Be tough. Aku tahu kemampuan aku setakat mana." Atau bak kata omputeh, "You know my name not my stories". Haa macam tu. Keep in FAITH, Be TOUGH, and MOVE ON! Boleh? Kita sama-sama keh! :'D

Gambar hiasan

****

Mungkin ideologi kita berbeza. Ataupun, hala tuju kita tidak sama. Mahupun, pendapat kita sering berlaga. Dan apabila kita menghunus hujah yang kita rasa tiada cacat cela, jangan abaikan pendapat yang lain. Sabar. Dengar dulu apa kata mereka. Mana tahu ada benar? Tidak semestinya apa yang kita katakan semua nak BETUL jer. Nanti bila nak betul jer semua susah pulak kan? Maksud saya, Dengar dulu. Lepas tu Nilai. Kemudian Pertimbangkan. Bila dah jelas semua baru boleh buat keputusan. Jangan Ego. Jangan berlumba ingin tegakkan lidah masing-masing. Jangan. Sebab lidah itu tidak bertulang. Takut nanti lidah bertukar menjadi sebilah pisau. Naya kau tau tak? Makanya, jaga pertuturan. Kena ingat, tak semua yang kita debatkan itu betul di mata orang. Setuju? Saya setuju. Dan, saya akui tidak semestinya yang saya bentangkan ini betul pada korang. Betul tak? ekekeke.. Masing-masing ada pandangan sendiri. Jadi, bertolak ansur laa..

Gambar hiasan

Saya kongsikan berbagai cerita dalam satu cerita. Ya, mungkin ada yang memahami. Mungkin ada yang mendalami. Kita berkongsi rencana kehidupan yang mungkin pernah berlaku atau pernah kalian alami sendiri. Penulisan pada kali ini bukan lah untuk kalian hakimkan. Tidak. Cuba mendalami mesej yang ingin diutarakan. Yang baik kita simpan, yang sebaliknya kita jadikan sandaran. Setiap kita  berbeda haluannya..

Kita lupa, penawar bagi segala keresahan hati itu adalah Sang Pencipta. Yang memegang hati kita.. 

Kita lemah. Kita lupa. Kita leka. Kita alpa. Moga suara hati kita didengari Dia. Semoga. Jangan lupa mengucapkan syukur tatkala di sekeliling kita dipenuhi bunga-bungaan dan pelangi yang indah.

Gambar hiasan

"Jangan hanyut dengan keseronokkan dunia yang mudah mengalpakan kita."
"Bersangka baik dan ikhlaskan lah menjadi diri sendiri."
"Jangan terlalu yakin dengan pendapat sendiri. Buka hati untuk mendengar pendapat orang lain. Mana tahu ada betul kata mereka?"



Sunday, October 20, 2013

Seminar Tautan Kasih (PPKI) Part 1


Hola Holi Cikecikeboom! :D
haha


Terasa macam ada aura sikit nak up entry pasal program yang ran war-war kan dalam entry lepas. Mu ingat lagi dop? hehe. Okay, sebelum itu nak bagi mukadimah tentang program ini. iyo lah kang bila terus masuk kang ada pulak yang macam nganga jaa tetiba. huhu. oke tu tipu :P . Program ini merupakan kolaberasi dengan SK Gita No.2. Isi dalam progam ini lebih kepada aktiviti untuk pelajar Pendidikan Khas (PPKI). Program berlangsung selama 2 hari 1 malam di Retreat and Training Centre, Pantai Siar, Lundu. Seramai 10 orang crew Kids Crew terpilih menyertai program ini. So, jom kita mulakan keh. :D

Warning Warning Warning! Entry ini mengandungi banyak gambar. Jadi, mohon bersabar scroll sampai bawah. Jika terasa bosan, boleh klik butang [X] di sebelah atas kanan. 


***

Persediaan untuk program ini kami (The Kids Crew) buat dalam masa yang sangat-sangat singkat, 2 minggu sebelum hari kejadian. syiyobihhh! dalam masa yang singkat tuu sangat rasa nak pecah kepala jer. Terasa jugak bahang tekanan nyer keh. huhuu. Bila kita buat sesuatu yang baru dan ditambah lagi memang takder pengalaman langsung untuk berhadapan dengan pelajar keperluan khas nii. wausehh! gabungan meletop kut. Tapi, bagi kita inilah masanya untuk menimba pengalaman. Betul tak? hihii..

Seawal jam 7am dah letih dah tangan jawab SMS, angkat Called bagai nak jawab pertanyaan-pertanyaan anak-anak tu suma. hikhik. Amal dan Nja awal pagi dah bangun untuk masak sarapan pagi we all. huu makceh makceh. Anyway, bee hoon tuh sedap. Cuma aku tak makan pedas sangat kihkih :3. Mari mari. Kita sesi menatap gambar satu persatu nii :D


10 AJK Kids Crew 

Bersama pasangan memasing. EHH :p

Dua gambar di atas tuu merupakan penggerak teras kepada slot yang kami kendalikan. Ran, Donny, Lenja, Amal, Vara, Remy, Nuel, Lam, William & Mcgloria. Ada 4 slot aktiviti yang Kids Crew akan kendalikan iaitu Aktiviti Berkumpulan, Bola Tampar Pantai, Senaman Kecergasan dan Aktiviti Sukaneka. Masing-masing ada bidang tugas dan peranan nya sendiri. So senang sikit nak bahagikan kerja ;). Aktiviti kumpulan kitorang sediakan 5 aktiviti. Jadi setiap station tuu ada 2 orang fasilitator yang akan handle (kitorang letu). Kita ada sediakan aktiviti buat anyaman, mewarna, puzzles, main doh dan collage. haa, nak tengok apa yang berlaku semasa aktiviti dijalankan? Tunggu.. panjang lagi kisah nii haha. Ini baru masuk mukadimeh ok. hakhak. hamboihh mukadimah dah setengah page ken :p *oke oke sambung*


Ini semasa nak bertolak. Candid :P

beg bapok kembang kembong gilos! >.<"

Kita bertolak dari Kolej Sidma dalam jam 8am macam tuu. Sebab kena singgah dekat sekolah SK Gita No. 2 sebelum bertolak ke Lundu. Dari sekolah nanti barulah pergi sekali bersama-sama dengan rombongan huhuu. Sampai dekat sekolah kan, semua tertinjau-tinjau mana lah budak yang kitorang akan handle nih. hakhak. Wehh nervous keh! Nervous bukan apa, nervous sebab nak tengok perangai budak tuu macam mana, ability dia macam mana, para ibu bapa dia macam mana dan etc etc lagi. haaa.. bila dah tengok, dah jumpa, dah bertegur sapa sikit2 tuh.. Oh, baru ada sedikit kelegaan. Tapi kerisauan masih bercanda di hati masing-masing. HAHA. Tunggu semua ibu bapa, para pelajar dan guru yang menyertai program semua sampai agak lama jugak lah bergelandangan di perkarangan sekolah tuh. hahha ambuii bahasa :p . dekat nak jam 9.30am baru bertolak ke lokasi ;)

Doa selamat sebelum bertolak ke Lundu

Bersedia utk bertolak

Around 9.30am macam tuu rombongan bertolak ke Lundu. Rombongan dari UNITAR pergi guna van kolej. Ada segelintir guru yang pergi bersama dengan family sekali tuu guna kereta sendiri hehe.. dak parents baru bersama dengan anak-anak mereka di dalam bas sekolah. Ada la jugak mak bapak yang guna kenderaan sendiri pegi :) . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke Lundu. Kemudian kita akan singgah sebentar di Lundu untuk makan tengah hari. Then, baru bertolak ke tempat program.

Fefeeling ado motor besau tek nakk :P haha

Jadi, selepas kenyang perut senang hati tuu ken, kitorang pegi laa round-round Pekan Lundu tuu. Pekan ke bandar ek? betulkan kalau saya salah :) hehe. Ran tak makan pon, minum jer sebab belom lapar lagi masa nii. huhuu..

Kids Crew

Dan lagi ;)

Baju merah sama dgn abam bg Nescafe. Amek gambaq sket :P

Setelah berposing sakan dekat Lundu, pukul 12 tengahari kita teruskan lagi perjalanan ke lokasi program, Retreat and Training Centre, Siar Beach. Tak jauh dalam 15 minit sampai dah. hihii.. Mula-mula kitorang ingatkan jauh lagi nak sampai. Tengok-tengok aikk?? sampai dah?? ececee.. 

Yeayy!! Sampai dah di Retreat & Training Centre, Siar Beach, Lundu

Sementara menunggu masa untuk check in semua menunggu di lobi. Disebabkan check in pukul 1.30pm jadi kami dibenarkan untuk meronda-ronda, tengok-tengok kawasan tuu sekejap. hihi.. 


Sementara menunggu
Para ibuk ibuk beramah mesra kenal antara satu sama lain :)

Mereka sangat teruja bila melihat gadget (T_T) Ipad baq hang. kau adaa??

Dan kami jugaa!! hahha. 

Bila settle tuu semua, 1.30pm check ini kat bilik masing-masing dah. huhuu.. Tak sempat nak amek gambar keadaan bilik sebab terus jaa busy dengan ke-Excited-an nak tangkap gambar pantai dan dan sekitar resort. resort ke? huhuu.. So, jom jamu mata tengok suasana kat sini keh! Ingatkan lepas check in bilik terus mula program pertama.. Tapi tak lagi. Program mula jam 3pm. So apalagi?? banyak masa nak chill chillin uhh :D yeayy!! 

Swimming Pool
Gelongsor-ing Pool. hahaha. Boleh mcm tu? :P

Bangunan Penginapan kami ;)

Kediaman ini betul2 depan pantai. wuu :D

Bola tampar pantai boleh buat kat sini. hihi..

Phewww~ Penat tak scroll? haha. Ran lagi penat taip nii. Basah letiak baq hang. kakakaka. Okay tu tipu :P . Sabar sabar. Gigihkan untuk meneruskan pembacaan yer :* . So, lepas ronda-ronda sekitar tempat, inilah masanya untuk kami fefeeling model. wakakakaka xD . semua crews bejimba nak amek gambar huhuu.. layan jer ahh. Eh! entry kali nii memang banyak sangat gambar ken? :3

Orang kuat Kolej SIDMA Sarawak, Tn. Haji Marzuki beserta isteri :)

Chill chill lok before tugas bermula ^.^

Mcgloria & Amal

Vara & Me. Kbai

Ka Me Ha Me Haaa!! hikhik :3

view dari atas

view dari atas

Tapi serius cakap, tempat nii best giler! Aman damai dan tenang jaa sana.. suasana pon best :) . Mungkin sebab jauh dari hiruk-pikuk kota kot. ececeh.. ayat nya lokk! HAHA. Sejuk jer mata tengok warna indah alam keh. haa.. macam tuu ;) . Ok ok, sudah merepek. kita sambung lagi :P

Setengah jam sebelum seminar bermula, kitorang dah ready dah untuk buat persediaan slot pertama, iaitu Aktiviti Berkumpulan (William & Mcgloria) sebagai ketua slot. Kita ada 5 station :

Station 1 : Puzzle (Nuel & Lam)
Station 2 : Mewarna; My Aquarium (Remy & Vara)
Station 3 : Anyaman (Lenja & Amal)
Station 4 : Doh (William & Mcgloria)
Station 5 : Collage (Ran & Donny)

So, macam mana aktiviti ini berlangsung? Nantikan entry yang akan datang yer? hehe.. Lagipun sekarang dah akhir sangat dah. Untuk next entry ran akan update tentang aktiviti untuk hari pertama. jangan risau.. akan ada Part 2 nanti. Serius cakap, pelbagai perkara menarik yang berlaku semasa aktiviti ini tau ;) . Seronok kot dapat tengok hasil kerja pelajar special needs nii. Oh well., setiap kita nii kelebihan dia tak sama walaupun kekurangan itu ada. betul tak? 

Apepon, lain hari nanti ran up entry tentang aktiviti yang Kids Crew sediakan untuk mereka nii. Iyer iyer, dah boleh tarik nafas lega dah. ran pon dah mengantuk dah kut ni haa. Gigih nak siapkan entry Part 1 nii sampai terdengar-dengar roomate aku mengigau cakap sorang2 kat katil atas. kahkahkah. haiip! gelak jangan melampau sangat :p . satgi kalau roomate aku baca nii kena rendam dalam bilik air kut (>.<") ganas dop? huhuu. Baiklah, till we meet again dalam entry akan datang yer. jangan jemu datang jenguk sini tau tau :3 muehehe. yohh! Almost 4am dah. 3 jam lebih gigih menaip tak terasa kut hihi. Okay, nak masuk tidur. Till the next tinta uolls ;')


... BERSAMBUNG ...



Thank you for reading this entry !
*Much loves yahhh*
xoxo


Sunday, October 06, 2013

Kenapa Lama Tak Update Ni??

Hai semua..

Pejam celik pejam celik tak berasa dah nak habis dah tahun ini kan? Ha ah, sama jugak lah.. Pejam celik pejam celik, tak perasan pulak sebulan lebih dah tidak update blog. Eh? Apa cerita nyer ran? Mu tunggu sat. Lepas nii nak bercerita panjang. Last entry 15 Ogos lepas kan? hohoho -..- lama bebeno tidak jenguk sini. Rindu nak blog walking, rindu nak komen-komen kat blog korang yang ohsem dari blog picisan ini. SOBS SOBS (T_T), rindu nak main teng teng kat blog awok. EH? hihii.. Entah-entah readers semua lari kan! haaa, kemahen lagi malaih nak update nyer ran yo? kihkihkih.

Bila dah menaip nii kan, tak tau pulak harus mula dari mana nak cerita kat korang nii. huhu.. Bila lama dah tak menulis (menaip, mengarang) rasa macam ayat pun tunggang terbalik, pung pang sana sini jaa. haha. Kering idea noks (>.<!) Baiklah, kita mula dari mula jer laa k. haa nampak ayat tuu :D . Sekarang nii dah mula busy dah dengan kuliah. Oh well, faham jer laa bila dah nak dekat-dekat masuk final year nii. Sangat banyak gilos yang perlu diuruskan. Dari project paper, hal nak berpraktikal, tambah lagi dengan assignments yang banyak ke sekolah, didarab lagi sekolah dah nak cuti jugak kan? Lepas tuu, belum lagi dengan aktiviti lain. Oh dicampur pulak dengan events yang phewww~~ Pendek kata memang banyak lah! *lap peluh*

Sekarang nii dah masuk Second year. wehuhuhuu fefeeling senior sikit kat yang junior. EH! gughau gughau :P . So, kalau nak cerita pasal semester baru nii, biasa lah.. Yelaa, dengan jadual kuliah yang belum fixed pada awalnya hohoo.. memang kelam kabut. And yet! haa ni nak bagitau jugak, kelas pack gilaa woo -,- tsk..tsk. Almost everyday ada kelas, except Jumaat. Itu pun, kadang-kadang diisi dengan perkara lain. segala urusan yang belum selesai, Jumaat lah tempat nyer. Tapi, oke jugak ler sebab semester nii merasa jugak ada hujung minggu. hihi.. Oke, habis.

Kenapa lama tak update ni?? oke, nak jawab soalan tuu. Sebenarnya ada jer yang nak dikongsikan di sini. Banyak sebenarnya.. Events sem lepas punya pun tak cerita lagi kat sini. Hah? ape ada event? iyer...fefeeling terkezut sat -..- Bila ada kelapangan nanti semua cerita-cerita lama akan keluar kay. jeng jeng jeng! :D haha. Sebenarnya, lack of time nak update. iyer ini betul betul. Kadang-kadang tuu hilang idea! Nak update nih. betul-betul nak update. Tibe bila dah bukak lappy tuu, You was like "Eh, nak cerita amende tadi eh?". Tak pun macam nii, "Macam mana nak mula ni?" haaa, mesti pernah berlaku kat uolls kan? muehehe ;) Dan paling selalu tuu, "hmm nanti laa update. Siapkan dulu yang nii". Tapi bila dah buat kerja lain, blog tuu hmphhh memang tak hengat lagi dah. wakakaka xD. haa gaytewww kisah nya hihii :D


Haa ada apa dengan gambar di atas? Actually, buat masa sekarang nii ran dengan rakan lain busy dengan mende nii. hoihh nak pecak palak okeh. sobss.. pening nak fikir. Ini ialah Seminar Tautan Kasih untuk pelajar-pelajar Khas. Event ini diadakan di Retreat And Training Centre, Pantai Siar, Lundu (12-13 Okt). Semua ditanggung kolej. wuu terima kasih Kolej Sidma ;) . Tapi tapi tapiii.. haipp! walaupun fefeeling seronok seketika, ini merupakan satu tugasan berat. ha ah, tugasan berat. Sebab yang kitorang kena hadap nii nanti bukan kanak-kanak yang normal macam yang selalu kitorang buat selama nii. Bila disebut jer budak Pendidikan Khas nii memang akan terbayang kanak-kanak yang sindrom down, slow learner, hyperactive dan sebagainya tuu kan? betul tak? 

And so was kitorang nii. Dapat jaa kertas kerja niii.. terus, puff! terkejut katak. herk?? kondem seketika. Terus lelaju jaa buat research, dalami segala yang belum didalami tuu semua. homaiii.. nak merangka aktiviti apa yang sesuai dengan kemampuan mereka ingat senang ke? Oh tidak.. tidak semudah yang disangka. Siang malam buka Youtube, search Google, baca blog tu semua. Sebab tanggungjawab kali ini agak di luar bidang, even yes masih dalam bidang Early Chidhood. Tapi ini dalam area Khas. haa, itu yang macam agak bebal sikit tang tuh haha. Apapun, we will take this as a experience. Semoga bermanfaat ;) . SEMOGA!

Penggerak teras untuk event jemputan daripada Sk Gita No.2, Matang Jaya, Kuching nii adalah 10 ahli Kelab Kids Crew yang terpilih. Oh ya lupa bagitau, kami dijemput oleh sekolah tuu untuk bersama-sama menjalankan program seminar mereka. kira bekerjasama dengan pihak sekolah tu. apa aktiviti yang kitorang handle? Itu akan diceritakan apabila seminar ini selesai. hihi.. aloo, kemon laa. tak best lah nanti bila dah habis aku buat mukadimah dekat entry ini kan? tak saspen kut :p . hihii.. Ke-Excited-an nak pergi tuu agak kurang. hahaha. sebab Ke-Risau-an yang banyak! -,- huhuu.. Doakan yer semoga semua berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Rabu ini meeting dengan pihak sekolah. lepas tuu baru semua jelas dan terang. hohoo.

Dan semasa menaip entry ini, makin laju menaip makin deras pulak meleleh-leleh air liur hidung penyek aku nih. huahuahua >.<* chaiit! ha ah, agak kurang sihat. Sneezing non-stop baq hang! Wuu, nak tercabut jantung bersin ja selalu. Suara pun kadang-kadang sengau -,-" harap2 flu nii cecepat sembuh. sebabnya..ada banyak lagi yang belum selesai. huwaaa, Sabtu nii pulak nak kena pergi Lundu. Dah laa duduk kat pantai, panas kott. Takut terhydrate. hoihhhh free free jaa demam. kakakaka xD All is well, hopefully ;)

Setakat ini itu jer laa perkembangan terbaru.. nanti jika ada kelapangan, akan ada entry baru yang akan menyusul :) semoga.. hehe. Bial lapang tu tah taktau lagi laa. hahaha XD . Okay, sampai bersua di entry seterusnya ;) Maap nohh, mak takdop letak gambo banyak. Belajar elok-elok tau? hihii.. *lap hingus kat screen laptop awok!!* :p HAHAHA babaii



Thank you for reading this entry! :)
*Much loves*