Thursday, February 19, 2015

B E R T A T I H


Gambar Hiasan (RD)

Ramai yang bercerita, maka banyak ceritera. Banyak drama. Semua mahu menjadi para hero heroin nya. Kagum! Hebat drama, Thriller sungguh pementasan cerita. Sehingga diri pegun seketika. Lupa menafsir makna ceritanya. Malah terus saja mengalirkan keyakinan pada kemuncak salasilah drama. Tiada keraguan. Percaya tanpa usul periksa. 


*diam*


Tamat saja, melangkahlah kaki meninggalkan panggung. Membawa ceritera bersama hayunan kaki. Berbekalkan hati dengan rasa berjaga-jaga. Tapi... Eh? untuk apa sebenarnya? Oh, sendiri lupa untuk bertanyakan soalan itu pada diri tika melangkah pergi. 


*diam lagi*


Saat ini.

Waktu ini.

Ketika ini.
Terasa bagai halilintar memanah hati. Pegun kali ini lebih hebat dari sebelumnya. Hati bukan kagum, tetapi berkocak hebat. Pelbagai soalan terapung di kotak minda. Penyesalan mula bermukim di dada. Yobihhh.. betapa nipisnya iman diri. Nipisnya kepercayaan diri. Nipisnya hati nurani. Rasa sendiri bodoh. Rasa bodoh kerana cepat mempercayai. Rasa menyesal kerana terlalu terpengaruh dengan cerita fiksyen. Menyesal. Sungguh menyesal!


Seketika tersedar bangun dari lamunan. Tersedar saat diri tersadung pada akar. Cepat-cepat mencari tempat berpaut. Nasib baik tidak tertiarap. Mujurlah...


*tarik nafas dalam-dalam*


Tidak. Ini bukan drama mahupun ceritera sang pujangga atau pementasan thriller di panggung. Bukan. Ini realiti. Ini kenyataan. Bukan rekaan. Manusia itu nipis saja iman nya. Cetek juga akal nya kadangkala. Rapuh juga hati nya kadangkala. Seketika dia diuji, entah berapa banyak kesabarannya dirobek-robek. Bukan kerana tidak belajar, tapi kerana rapuhnya insan. Banyak yang cepat percaya, namun sedikit saja yang menafsir. Nak kata terus percaya bulat-bulat, tidak pula benar semuanya. Ada saja rasa was-was nya di situ. Cuma dia biarkan rasa itu duduk diam-diam. Tetap terkunci rapi, tidak ingin mengusik. Risau goyah mungkin...

****

Dulu selalu pesan pada diri, lihat manusia itu dengan mata hati. Bukan dengan mata duniawi. Namun, tidak dinafikan masih bertatih dalam mendidik hati. Adakalanya tersasar jua... Rapuh nya hati ini :'( 


Pernah menegur hati. Tapi tetap dengan egois nya :"(
Berkali pesan pada diri. Tapi masih dengan degilnya :"(
Acapkali merenung diri, begitu juga masih banyak cacat celanya..


Sungguh diri ini masih bertatih. Bertatih mendidik hati. Merangkak perlahan kau menuju kebaikan, namun semakin jauh kau melangkah semakin banyak kelemahan diri yang kau temui. Kerdilnya diri.. Jangan cepat menilai, sebelum kau menafsir. Jangan melangkah pergi begitu saja, sebelum kau menghadam.



Semoga tidak aku mengejar bayang-banyang yang pada akhirya nanti menjadi semakin jauh dan panjang kerana perlarian ku itu akan menjauhi cahaya mentari.. 


SEMOGA.. Kita sama-sama ya ~


*senyum :)





Thank you for reading this entry !

No comments: