Thursday, February 05, 2015

RENUNGAN | Selari kah?


Seperti kebiasaan nya bila mula nak menaip mukadimah. Masa yang diambil sangat lama. Berkira-kira nak mulakan dari mana yer? Nak menyusun ayat memulakan penaipan itu kadangkala susah sangat. Maklumlah, bila dah semakin jarang mengarang ni,otak semakin tumpul. Sekarang ni lebih suka membaca daripada menulis. Wuu, berubah sudah citarasa intipati diri iyer? haha :p *fefeeling*


Sebenarnya lama dah berkira-kira nak up entry tentang ni. Baru hari ini tiba-tiba TERgagah pulak nak berkongsi di sini. Ececey.. Okay jom baca ni.



****


Suatu pagi, bangun seperti kebiasaan nya. Terpicing-picing mata check handphone. Zaman sekarang memang macam tu. Benda pertama yang dia akan grab bila buka mata saja mesti handphone. Betul tak? hehe. Dalam keadaan yang masih berbinar-binar sebab mengantuk tak hilang lagi terus menuju ke bilik mandi. Kemudian bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Berhimpit-himpit dan bersesak dalam bas awam itu sudah biasa. Dengan haruman yang macam-macam umphh! dia. hahaha xD


Unlock handphone. Buka instagram, scroll scroll scroll... Tiba-tiba, TUP! Jari berhenti scroll. Otak mula bertindak. Hati mula mengencang dan tidak teratur rentaknya. Tersentap kah aku? Minda seolah-olah menyingkap yang berselirat. Rasa macam WOW! DEEP SUNGGUH. Mata pantas highlight kan ayat "Amal nya selari dengan tulisan". Terkesan di hati. Ligat saja gawang minda buat flashback. Laju saja bertanya pada diri "Adakah penulisan ku selari dengan amal ku?" TERDIAM seketika. Agak lama persoalan itu bermain di kotak fikiran.


TAMAT


****



Katanya lagi

Bilamana niatnya hanya keranan DIA, mudahan, tulisan nya akan selari dengan amal, atau lebih lagi. Kerana apa? Kerana dia sedar bahawa;

"Medan bercakap tidak sama dengan medan amal, manakala medan amal tidak sama dengan medan jihad, manakala medan jihad sebenar pula tidak sama dengan medan jihad yang salah.." -- Imam Hasan Al-Banna."


*terdiam*



Apa sebenarnya yang cuba saya sampaikan nih? Simple. Perkongsian kali ini untuk teguran dan renungan pada diri sendiri. Membaca teguran, menafsir teguran yang lembut dalam keras. Atau dalam erti kata lain double meaning/deep. Terkesan di hati itu maknaya dah makan teguran dah tu. Kan? Tinggal nak praktis kan lagi. Betul ke sudah betul-betul selari penulisan aku dengan amal aku selama ini? Itu persoalan yang perlu kau jawab yang jawapannya nanti kau simpan untuk diri sendiri. 


Kadang-kadang saya menulis untuk ringankan bebat di dada. Seperti yang pernah saya sua kan dalam entri Lakaran Yang Terlintas. Dunia penulisan adalah tempat di mana aku boleh berlari, berjalan, bercerita dan menghayati setiap bait kata dan bicara tanpa perlu menumpahkan semua di dada. Frasa-frasa tergantung itu nanti akan menyelamatkan ku dari terus lalai dari menceritakan semua yang berlegar di ruang minda. Kadang-kadang saya menulis untuk berkongsi dan menyemat kenangan. *senyum*


Minta maaf sekiranya pemahaman saya sebagai penulis dengan pembaca agak bercanggah. Setiap orang lain-lain pemahamannya. Apapun, sebagai yang menulisnya, saya tahu apa yang saya sampaikan. Saya menulis untuk berkongsi. Sekali lagi, penulisan kali ini sebagai perkongsian. Bukan untuk kalian hakimi. Tidak. Kita sama-sama mendidik hati yer.. Semoga :)





Thank you for reading this entry


No comments: