Pusing kanan, pusing kiri.
Asyik-asyik membelek sematpon di tangan.
Minda mencerlung menjelajah segenap ruang yang ada.
Alahaii, payah sungguh melelapkan mata..
Dari siang tadi fikiran agak tidak sekata.
Ada saja mahu ditanya pada diri tanpa tahu apa makna sebenarnya?
Pantas saja bercerita, bergelak tawa.
Tapi rasanya, hambar.
Berkali recalled kot-kot ada perkara yg sendiri lupa nak dilaksanakan.
Tapi, ishh! Gagal.
Yang pasti bukan hal-hal sebegitu.
Ada perasaan lain yang mula berkecamuk tanpa pasti arah tuju.
Itu yang dirasakan sejak beberapa hari lalu..
Makanya,
Setelah sekian lama menafsir makna kekacauan jiwa sendiri..
Biar saja aku putuskan untuk bermuhasabah diri...
Agak lama jiwa ini tidak dirawat.
Agak lama kuping telinga ini tidak mendengar dendangan nyanyian di rumah DIA.
RINDU..
Sungguh hati rindu.
Selalunya saat duduk menghayati suasana dalam rumah DIA yang tenang itu adalah saat yang paling hiba.
Melihatkan diri sendiri,
Yobihh...
Aku pendosa dunia..
Tika itu kau akan meluahkan segala bebat di dada sampai kau rasa hati kembali tenang..
Itu janji yang pasti.
*diam*
Nukilan di kala insomnia.
"Everyone feel lost sometimes"
- TAMAT -
No comments:
Post a Comment