Monday, February 27, 2012

sesungguhnya...(3+1+1)

hi semua..!
before tuu, i nak bagitau.
aku bengang dengan headphone aku! grrrr...! >.<!
nak tau apa aku buat lepas tuu?
i putuskan teruss. hukk! padan muka. eeee..geramm eyhh~
oke, lupakan. *gerammm*
( #$%^&**&#@$??>>:+//@#%&%%**$^%$&^$# )
atoyyaiii.


****************************************


.....japp. aku nak amek mood kejapp....


.................................................................................................


..........................................................................................


.........................................................................................


.....................................................................................


..............................................................................


...............................................................


........................................


........................



.............



.......



.....



....


( tarik nafas panjangg panjangg panjangg panjanggggg )

Okey dahhh!
(lega)

***********************************************


Agaknya apa pulak yang aku ingin kongsikan bersama kalian yer..?

Baiklah lets start about my day okayy tak? 
hari nii i tak pegi mana2 pon..cuma tengah hari tadi kuar makan dengan kengkawan aku kat Satok lepas update buku bank kat CIMB Bank kat situ. and then balik rumah. whole evening i online. aku layan You tube jerr. haa! bila sebut pasal You Tube nii kan.. tadi aku layan balik movie AZURA tauu. haha. x puas lagi rasanya layan cerita tuu. beshhh sangattt. huuu. and then kan, aku layan pulokk scarry movie. nak tau cerita aperr? haku tengok movie SESUATU YANG TERTINGGAL. makk oiiiii..! aku terjerit-jerit sorang2 nengok citer tuu. kawan belah aku pulakk syiokk gilerr layan AZURA. aku terjerit terkejut sampai merah padam muka aku! alamakkk..memang saspen abihh! adeii~ Tapi best jugakk. hilang stress aku. hahaha. tapi lepas tuu aku pening kepala akibat terlampau terkejut. haduiii.. *sigh*

okayy, nak bagitau laa kan. lately, aku terima 'stranger caller' tauu. serious aku tak tau sapa. ngok ngek bebeno! geram jugak tau. dah laa stranger caller tu laki. makk aiihh, lagi laa aku tak buleh nak terima. lepas tuu, ngade-ngade tanya, "ada boypren keww?" yobihh! ade button Unlike tak kat sini??? *UNLIKE*. hahaha. adakah aku terlalu 'tak suka'?? ooohh memangg..(terima kasih). and, yang paling paling dan terpaling aku geramm sangat tuu, 'stranger caller' (SC) tuu cakap dia dapat number hp aku dari sorang kawan aku. sape erkk? kamo ker? huuu. *guro jerr*. haishh *sigh againnnn*

sambung citer. time SC tuu bagitau dia dapat number aku dari kawan aku, terus! otakk aku nii ligat mengingati setiap orang yang aku baru kenali. err..sapa yang ada number aku nii?? dia kata kawan aku yang kat Bintulu. Yobihhh! lagi laa aku feninggg aee. (#$%^&*&^%$)..jujur aku cakap kan. kalau aku tau sapa yang bagi number tuu kat SC nii memang habis kena bantai dengan aku taw. aku lumat lumat dia. biar biar! sebab aku memang tak suka sangat sangattt orang bagi number aku pada orang yang aku tak kenali. sesungguhnya! >.<

lepas tuu kan. tah berapa puluh ratus kali dia mesej aku pon aku x reply. malas aku nak layan. tak cukup dengan tuu, siap kol-kol aku lagi.yobihh. aku biar jaa kawan aku yang angkat jawab kol dia. hahaha. jahatnyer i...HAHAHA (evil laugh). entah yang keberapa kali dia kol lepas tuu baru aku yang angkat. terus aku sound bagitau jangan ganggu aku lagi, aku tak kenal ko saper pon, jadi takyah laa nak buang prepaid berpuluh hengget nak mesej or kol or whatever it is. haa. baru puas hati aku. (terima kasih).


******************************************

Okay, tutup sal tuu. skang nii aku nak bagitau pulakk tentang perpindahan aku dan kawan2 ke rumah baru tuu. kita orang gerak malam Rabu nii (29/02/2012). Khamis tuu xder kelas. means, oke laa tuu. dapat jugak laa buat apa yang patut kat tempat baru nanti. even banyak lagi urusan segala macam poblem yang belum selesai..tapi, hopefully kami akan dapat selesaikannya secepat mungkin. SEMOGA..! semoga dipermudahkan segala urusan kami..Amin.. dan syukur..jiran kami teramat ramah+mesra+baik. huu. dia kata anggap jaa dia macam mak or kakak jer. wahh. terharu pulakk..hehe. :D


: MENGHITUNG HARI :

laa..apa pulak kaitan menghitung hari dengan entri aku nii pulakk kan? hehe. actually, aku nak padatkan semua yang ingin aku kongsikan dalam 1 entri nii. hehe.. oke, menghitung hari apa pulak kan? Bulan nii dah nak abis dah kan? so, masok March nanti kawan aku akan kembali ke Indonesia semula. haa..dah tau kan. tuu laa yang aku maksudkan dengan menghitung hari. memang menghitung hari pun. err..banyak nyer 'menghitung hari' aku aee..adeii~
( how i wish the time could be freeze! )
*Lately jarang kontek*
(-.-)v


: MY SAVIOR :


jeng jeng! hahahha (gelak jupp)
sebenarnya kan, lama dah aku nak share tentang my savior nii. tapi selalu jaa aku tak tau nak tulis macam mana. jadi nii aku try try jelaa. huuu. ni berkaitan dengan kes i yang fainted last year. haha *macam lama sangat kan* lepas aku tau siapa yang tolong aku masa aku 'kurang bernasib baik' tuu. nak jugak aku ucap terima kasih. yelaa, almaklum laa aku kan tak sempat masa tuu. hahaa. tell u all what, i jadi segan pulakk nak ucap face to face dengan mereka nii. adeii~ (segan yang amatt). bila ada terserempak kat mana-mana, hati tuu nak ucap, "terima kasih sebab tolong hari tuu"..tapi, mulut tuu payah benaa nak buka oii.. macam ada jongkong emas jaa kat dalam. HAHA. kesiannn.. and then, aku amek keputusan nak bagi dorang nii kad jer. HAHA. lapukkkkkkkkk *sila boo saya* hahaha. pastuu, cenggituu laa cara aku said "THANK YOU". *blushinggg*

thanks a lot!!
Sem 2 nii ada terjumpa dorang. huu. i senyum jer..

jupp. nak share satu Quote nii.


Okelaa..dah habis story i. goodnite ols..
*mata tak ngantok lagi*

p/s: pike lagi nak wat apa lepas nii..huu.



-salam ukhuwah-

Wednesday, February 22, 2012

Sem 2


hallooooo peeps!
guess where am i dalam gambar tuu?
haaa? yupp! betol, betol, betol. nii kat kelas. kat hall. masa nii aku dengan Claudia yang first datang kelas. wahh. hebat tak? ooh terima kasih! 
Eeerrrr..bukan i dengar ada yang sebut "wahh. rajin dorang nehh." muahahahha. *perasan*

Sem 2?
hmmm what can i say bout this new sem oo?
oke, nak bagitau u all..this sem i took 7 subjects. *banyak sangat2*
i ambil Study skills, English 3, Managing Child Behavior, Teaching Professional Development, Learning Principles of Young Children, Programme Development in Early Childhood, and Educational Technology.
macam scary jaa aku punya subject sem 2 nii. haduii. hopefully aku dapat handle and manage all of them! SEMOGA..!

And yess, i admit yang sem nii agak berat. dengan schedule yang giler giler padat. oo my Gaddd~ yang paling i alergic, persentation! adohh. tapi sem nii banyak present bhaa. OMG! i redha je laa. berserah jaa. hahaha. rasanya semua paling tak suka bentang kan? kan, kan, kan! hahahaha amekaww! just wait and see for this sem 2. okayy. sokayy, i akan ceritakan dari semasa ke semasa bhaa. hehehehe.


So now..actually i nak bagitau satu kampung yang i sekarang nii tengah menyibukan diri baca buku nii. muahahahaha. perlu ke satu kampung tau yang aku baca buku nii??? hahaha. rasanya tak payah. cukup sekadar u, u, u all'sss nii. heheheh.

I baru nak mula baca pon. Tak habis baca lagi. i'm too busy with such things here.nak baca pon kadang-kadang tak berkesempatan. Tapi kandungan dalam buku nii, sangat membantu. so, hopefully i dapat finishkan buku nii. lagipun, sambi sambil tuu bole laa improve English i yang tunggang langgang skang nii kan. hahaha. buku Don't Be Sad i dah habis khatam dah. hihihiik~ best!

okela u all. i mengantok sangat. too tired. i baru balik dari Satok sebenarnya. keluar makan dengan my roomates. kenyang giler sehh. apepon, nak citer gak. tell u all what! tengah-tengah kita orang kat kedai makan tadi, tetiba keluar Tikus! yobihhh besar gilaa siot! apoo, Kak D sebelah aku menjerit bagai apa. muahahha. sumpah kelakar! tambah pulakk dengan Abang James yang dengan otak giler2 dia bagitau, "Mak cik, Harimau belanggg. Ada Hamster mak cik". uwaaa..sumpah kelakar! aku sampai berair-air mata gelakk. adohhhh. lawak yang amat!!

oke, aku buat entri nii pon senyum-senyum sorang diri jaa bila ingat balik peristiwa tuu. hahaha. maharaja lawak bebetol. okelaa, i nak get off kay. letih. and mengantok sangat. esok kelas i tengah hari. so, bole laa rehat lebih masa cket. gudnite ols.


-salam ukhuwah-

Saturday, February 18, 2012

Durian Ais


Apa tuu? apa tuu? apaaa tuuuuuuu?????
HAHAHA. nii bukan ais kacang. nii bukan bubur or whatever it is.
nak tau apa? okela okela okela. i bagitau Ya..
Actually, nii Durian Ais.
memang SEDAP giler giler!
:D

Tadi kan Ya, lepas i habis kuliah jam 4 petang, i rasa lapar sangatt.
hahaha. Plus kelas start tengah hari. means, i tak lunch. huuu. kelas kita orang mula 2 petang and will be habis jam 4 petang. 

Aaaa? Kelas tadi?? yobihhh! giler giler bosan. lecturer tuu memang lecture jaa. non-stop! OMG.
dah laa suasana dalam kelas bising sebab masing-masing dah mula tidak ambil perhatian dengan sesi kuliah. that's why banyak yang buat keja sendiri. hahaha amekaww!

Aku?
hehehehe first aku memang fokus. sebab first class laa katakan. lagipun Sir terangkan tentang assignment. so kena fokus! muahahaha. oke tak lawak! then, lama-lama aku mula boring. haha. after that, aku keluarkan earfon aku and u all tau laa aku buat apa kan. yer dak?? haha. mesti penah buat. huu. i layan lagu kat belakang. boring sangat. lagipun, yang dia present kat depan tuu pon dah ada dalam note. kan i penah bagitau, lecturer akan baca balik apa yang ada dalam slide. am i right? yess absolutely right. bila ada note tambahan baru cepat2 catit. Alright, enough tentang kelas i. kayy? hehe.

Perut i time kelas, sumpah lapar gilaa. tak sabar nak keluar kelas. sebaik jaa kelas habis tadi tuu laa kita orang terus melahap. melahap?hahaha sound macam gelojoh jaa kan. semua lapar pun sebenarnya. Singgah laa kat kedai makan Swee Kang. yang duduk area Kuching mesti tau Swee Kang tuu kat mana kan? lebih-lebih lagi yang penah makan dekat Awra Cafe. muahahaha. ehem! ada orang tersenyum sendiri bila aku sebut jaa Awra Cafe. jeng jeng jeng! :P

Tell u Ya what? this is my first time makan dekat tempat nii. tuu pon sebab kawan geng sayangggg i yang suggest. tapi, yes..sedap! hahaha. thanks sangat sangat. tak sia-sia laa ajak i makan kat sini. hihihik~ menu i Laksa and Durian Ais jaa. kawan i cakap laksa kat sini sedap. so i nak try lerr :p. *memang sedap*
haduiii..kalau bab bab makanan nii no 1 jaa i kan? haha. tak pulak i nii membesar. muahahaha *tiada kaitan*

hmmm what else oo? sampai jaa kat bilik, letih sangat. i rest sekejap and bangun balik jam 6 petang. makan petang dengan rakan2 sayanggg kesayangan i. huhuhu. pastuu wujud laa entri nii. ooo yaa! esok ada kelas jugak. jam 10 pagi. pastu, kelas petang jam 1 petang. haduii..Ahad pon ada kelas jugak. nak tau? dalam schedule i, kita orang free cuma 2 hari jaa, Isnin dan Khamis. *sigh* apapun, kena ikut jugak laaa. hihihik~

rasanya story i dah habis. hahaha. i ingatkan entri i pendek, tapi bila dah mula menaip nii tak mungkin pendek! muahahaha.



-salam ukhuwah-

Friday, February 17, 2012

Puisi Untuk Kadek

Puisi untuk kadek (puisi wisuda)

Aku suka memperdengarkan puisi. dan puisi untuk kadek ini antara puisi yang aku suka dengar. kali pertama aku mendengar dan menghayati puisi ini samapi aku nangis-nangis. huuu. Lirik puisi ini memang BEST! And aku dah download mp3 untuk puisi nii. so that hari-hari aku bole dengar. jum layan puisi nii. aku mulakan dengan intronya dulu okayy Ya??? 

*************************************

Hari ini adalah hari yang bahagia untuk kita semua yang berada di ruangan ini. Kebahagiaan akan terasa lebih lengkap apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita cintai. Ada beberapa orang yang tentunya tidak diragukan lagi ketulusan cintanya..Dan tidak akan pernah melepaskan cinta mereka untuk kita..iaitu KELUARGA, terutamanya orang tua...

Keberhasilan dan perjuangan yang kita capai hari ini tidak terlepas dari cinta, kasih sayang, dukungan serta bimbingan dari orang tua.....

Bahagiaku surga mereka dan deritaku pilu mereka

aku berdiri mengenakan toga ini disebuah jalan setapak yang gelap
pandanganku tertuju kepada dua orang dikejauhan sana
dengan senyuman yang tak asing dimataku
dua orang yang sangat aku hargai,
dua orang yang sangat aku hormati,
aku cintai dan aku sayangi

iya. .
mereka papa dan mama ku

dengan disertai senyuman aku berjalan menghampiri mereka
seiring dengan langkah, terlintas dibenakku atas apa yang telah mereka lakukan terhadap hidupku selama ini

mama yang telah mengandungku selama 9 bulan
mama yang sudah memperjuangkan hidup dan matinya hingga aku dapat hadir didunia ini
mama juga yang telah merawatku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang

papa yang telah mendidikku
papa yang rela bekerja banting tulang, ikhlas mengeluarkan keringatnya agar aku dapat menikmati hidup
detik demi detik, hari demi hari, bahkan tahun demi tahun

apakah yang dapat kulakukan untuk membalas mereka?

sering aku tutup kuping ga mau dengerin nasihat mereka
sering banget aku bohong kepada mereka untuk kepuasanku
sering aku ngelawan jika mereka marah karena kenakalanku
sering juga aku banting pintu dihadapan mereka jika mereka tidak mengabulkan permintaanku
dan bahkan sering aku mengeluarkan kata kata kasar yang ga pantas mereka dengar dari bibirku
“dasar cerewet, kuno, kolot!”

tapi apakah mereka memendam perasaan dendam terhadapku?
TIDAK! TIDAK SAMA SEKALI!
mereka dapat tulus memaafkan kekhilafanku
mereka tetap menyanyangiku dalam setiap hembusan nafas mereka
bahkan mereka tetap menyebut namaku dalam setiap doa2 mereka hingga aku menjadi seperti sekarang ini!

Ya Tuhan betapa durhakanya aku!
tak sadarkah aku bahwa mereka org yg sangat berarti dlm hidupku?

langkah2ku terhenti dihadapan mereka
dan kupandangi papa dan mamaku inci demi inci

badan yang dulu tegap, kekar, kini mulai membungkuk
rambut yang dulu hitam, kini mulai memutih
dan kulit mereka yang dulu kencang kini mulai berkeriput

kutatap mata mereka yang berbinar binar dan mulai meneteskan air mata bahagia
air mata haru, air mata bangga melihat ku memakai toga ini
kucium tangan mereka, kupeluk mereka sambil berkata

“papa, mama, yang aku berikan hari ini tidak akan cukup membalas semua yang telah papa dan mama berikan selama ini kepadaku. terimakasih pa, terimakasih ma, aku sayang papa dan mama sampai akhir hayatku.”





Fikirku pun melayang..
dahulu penuh kasih...
teringat semua cerita orang
tentang ibu ayahku
kata mereka diriku selalu dimanja...
kata mereka diriku selalu ditimang...
walaupun tiada, 
dirimu kan selalu ada di dalam hatiku


Bait-bait kata dalam puisi ini amat ringkas, mudah difahami dan mesej yang cuba disampaikan sangat jelas. Ayatnya menyentuh perasaan. Dan setiap kali aku dendangkan puisi ini setiap kali itulah aku tersentuh. Ada pengajaran dan peringatan dalam kepuitisannya..

*I love my parents. much love!*




-salam ukhuwah-  

Friday, February 10, 2012

Apabila kekuatan hati itu diuji...



Salam bersua sekalian pembaca...

Agak lama jari jemari ini tidak menari di papan kekunci lappy aku. agak dalam kesibukan sejak kebelakangan ini. maaf..ini baru ada free.. Entah kenapa harinie hati aku meronta-ronta untuk berkarya di sini. mungkin kerana terlalu banyak yang dipendam di dasar hati sehingga terasa ingin memuntahkan segalanya... Yaa, itulah yang akan aku lakukan. mungkin ini yang terbaik untuk meringankan gelodak perasaan.

Mungkin kali ini yang akan aku ingin kongsikan agak berbeda dari yang sebelumnya. Bermain dengan untaian kata, bermadah bicara..inilah yang berlaku bila hati dibelenggu 'kelam'. 

Sebelum bicara dilanjutkan..teringin rasanya aku menuturkan,

"Bersabar teman-temanku. Tabahlah bila awan mendung itu berarak memayungi hati. Ucapkanlah, BERSABARLAH WAHAI HATI. Berkatalah TABAHKANLAH DIRI."

Saat hati gundah gulana begini..terlalu banyak yang ingin diluahkan, terlalu banyak yang ingin dibicarakan. dan sedar tak sedar dah terlalu banyak aku membebel. perasan takk? huuu sungguh membosankan. 

oke oke sambung balik. kejap! nak ambil mood...



.........................................................................


.....................................................................


...............................


.............................


................



OKAY DAH!

Buku Don't Be Sad acapkali aku buka..aku baca ayat demi ayat, menghayati dan menyelami yang ingin disampaikan. Syukur...terubat juga hati yang parah. Benarlah kiranya aku katakan membaca itu terapi diri. Kadangkala kita baru sedar yang silap, yang pincang, yang baik, yang buruk tentang diri kita dan yang berlaku di sekeliling kita. Semakin aku baca dan baca, semakin banyak yang aku dapat lihat tentang diri sendiri. Cerminan diri itu bermula dari hati. Hati itu adalah akar diri kita. Dan bila aku menuturkan bait-bait kata ini, tetiba hati menjadi sebak.

*tarik nafas seketika*

..tersentuh dengan keikhlasan teman-teman sekalian. Terasa aku begitu menyayangi mereka. Ya Tuhan..terima kasih kerana menjadikan mereka sahabat dan keluargaku, dan meletakkan  kami di bawah payung ukhuwah fillah ini. merekalah family apabila berjauhan dengan hometown masing-masing. molek aku ungkapkan, Dialah Abang, Dialah Kakak, Dialah Adik... *sebak* :'(

Tika hati disentuh juntaian ujian demi ujian yang hadir. mencucuk dan menghiris tanpa henti umpama duri tajam yang menembusi tebalnya hati insan, menghiris luka umpama helaian tumbuhan lalang yang bunganya cantik dipandang, sakit bila tersentuh daunnya.. lalu terlintaslah barisan ayat ini~

"Kegembiraan itu akan hadir tatkala semua harapan telah putus"
Aku percaya dan berpegang pada kata-kata ini. Ada benarnya dan inilah hakikat kehidupan. Segala yang datang dan pergi dalam hidup kita adalah daripada Sang Pencipta. Dia yang menjadikan kehidupan ini. 

"BERSABARLAH"
Ringkasnya perkataan itu tetapi kuatkah kita melaksanakannya? Mudahnya menuturkan perkataan itu tetapi tidak mudah untuk kita lakukan sebenarnya. betul tak? Percaya atau tidak bahawa, tidak ada yang lebih sulit dilakukan dibandingkan SABAR. Aku percaya! 

Tertanya pada diri, Adakah rahsia di sebalik 'kelam' itu terjawab? Masing-masing mungkin pernah bertanya kepada diri sendiri bukan? Aku pun..dan saat ini juga aku masih tertanya apakah hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada hari ini? Apakah hari esok sinar yang kami harapkan itu akan ada? Apakah harapan ini akan terus berlalu rentetan gagal berkali-kali? Banyaknya persoalan demi persoalan menerpa minda dan dalam senyap membekukan hati, melunturkan sedikit demi sedikit semangat yang menebal pada permulaan perjalanan kami.. sekali lagi, BERSABARLAH......

Akuilah, apabila fikiran mula berselirat, hati pula menjadi bahana kegelisahan, dan mulalah kita tidak akan dapat rasional. benarkah begitu? Sekalian yang membaca, jawapannya BENAR. Bila kita dibelenggu kebuntuan segala apa yang terbentang di depan mata adalah jalan mati bagi kita. betul tak? Even penyelesaiannya ada depan kita, kita akan menolaknya jauh jauh. kenapa begitu? kerana kita tertekan dan menyebabkan kita tak dapat melihat yang BENAR itu betul-betul benar. maaf kalau kata-kata itu merumitkan. selamilah maknanya..

Solusinya? Tenangkanlah diri..ambillah beberapa ketika untuk meleraikan yang berselirat, menenangkan yang gelisah, mendakap hati yang ketakutan..sekali lagi, BERSABARLAH dan tersenyum ^_^
Percayalah, pasti ada jalan keluarnya..
"Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

Ada bait sebuah puisi yang amat berkenan dengan hati aku.
Barangkali jiwa yang tadinya 
dicengkam rasa takut akan ancaman
kini beroleh jalan keluar
bagaikan lepas dari tali yang mengikatnya.
Ketika ada yang mengatakan 'jalan keluar', ada rasa kemalapan pada kegelisahan ini ku rasakan. Tariklah nafas lega teman-temanku...tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. cuma hadirnya cepat atau lambat. kerana apa? Jawapan aku, inilah dugaan, inilah ujian buat kita. Sang Pencipta ingin menguji seteguh mana kesabaran kita, seutuh mana niat kita, sekental mana semangat kita..senyumlah...senyum itu pengubat hati yang gundah, hati yang gelisah. Percayalah padaNya.. ^_^

Jangan pernah berhenti berharap pada HARAPAN. Jangan pernah patah pada SEMANGAT. Jangan pula pernah menyerah pada UJIAN. Kita diuji kerana disayangi..(^_^)



-salam ukhuwah-

Monday, February 06, 2012

Outing again, Have Fun again. ENJOY!


Hye guys! Haloo peeps! 
Teruja nak cerita nii. huhuhuhu. JUM! 
Actually sabtu lepas i keluar jalan2 dengan classmates i masa Form 6 dulu. waaa..best sesangat! Suma banyak berubah ok. Ada yang maintain. Ada yang makin berisi. Ada yang semakin menyelim..errr, wujud ke perkataan tuu? haha. whatever laa. yang pasti semua dah semakin growing up. Even ada yang tak dapat datang untuk reunion kali nii sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan, tapi... still kita orang have a great great day tau. hahahaha. 

Yuhuu! nii laa Girlfie i..hehehe. tomey2 jaa suma. cuba teka aku yang mana 1?muahaha. ok tak lawak. yang dok kepit aku tuu memang tak bole nak jauh sangat. sorang Unimas sorang lagi UKM..yang kat UKM tuu dok peluk aku sampai semput aku tau. hahahaha, rinduu sangat nampaknya. hihi. memang rindu pun dengan semua. sangattt sangatt sangatt! haha. lebih2. nak citer perjalanan aktiviti kita orang. I tak nak miss part pertemuan nii. hehehe..

Acara pertama, MAKAN. hahaha, memang kalau bab makan nii no.1 jaa semua ok. tau tak nii jam berapa? time mamat baju hitam nii bawak makan (dia sponser) baru jaa jam 9am oke. and aku dah pon breakfast time tunggu dorang nii semua sampai. Omg.. alololo terima kasih yerr sebab sudi belanja kita kita nii semua. suker! muahahaha. U kira untung oke. tengok tuu suma 'pramugari' duduk keliling pinggang u. wakakaka. oke tak lawak :P. aku yang mana 1? tak usah cari. aku memang takder kat situ pun. i'm camerawoman masa nii. heheh.

nii dekat mana?? dekat mana??hahaha. sat naa..

hah! nii kat mane? mane ekk? huhuhu..

Taraaa! oke skang da tau kan kita orang kat mana? nii haa..kat salon. tu, teman 3 dara nii gunting rambut hahaha. bising kat dalam tuu dengan lawak kita orang. muahaha. lepas tuu before balik, sempat mintak maaf kat aunty sebab buat salon bingit. hehehe.
wuuuu sayang semua anak ribena! muackss..
*minah baju putih nii memang pantang tengok camera*
kompom posing :P. hihihik~~

piwitt...! 3T3Dara. muahahaha. oke tiada kaitan. nii masa tunggu si Emilia *baju ijo* sambung balik dia punya necklace yang terputus. kerana keganasan dalam gurauan la ya tek..hahaha, teruk! (-.-"). dah laa macam mak Datin jaa masuk kedai emas taw. hahaha. pastu masa boring2 tunggu siap tuu sempat jugak snap. hahaha. yang lain shopping moping kat deretan sebelah lagi. huuu. bayar sambung necklace 5 hengget. ooh, tersasul sebut *tetiba*

Destinasi seterusnya..Parkson. or nama building tuu Wisma Sanyan. memang tempat yang wajib dikunjungi oleh mana2 warga kat Sibu nii. setuju tak orang Sibu??? ooohhh, terima kasih.. saya tau anda-anda semua pasti bersetuju. hahahahaaa. kita orang ambil gambar nii betul betul depan escalator. hahahaha.. tak kisah orang lalu-lalang kat situ. suma gila2 jaa time nii.hihihi..teruja laa katakan. tak ingat dunia! Attention to all my Girlfie, masa nii aku haus sangat sangat! tekak aku kering gilaa. kulit aku kering sampai mengelupas membentuk cebisan, OKE TU TIPU! seriously beb, masa nii aku memang haus. sempat juga snap2. senyuman dalam kehausan. kesiannnnn....
*tolong buat muka kasihan. if tak, i bunuh u*
muahahaha. ok tak lawak.

i'm not good enough bab2 photoshoot nii. sokayy la kann..i suka pic ni. tu syok sangat makan ice-cream. aku tak. aku minum mineral water jaa. i kan hausss.....huahuahua. haaa yang baju merah tuu Karen. nii latest picture dia k. tengah bergayut dengan sapa ntah. nii classmate masa f5 dulu..f6 sekejap jaa sebab dia Quit untuk SPA. and sekarang nii tengah praktikal kat  Hospital Sibu bahagian laboratory. This year will be her final year for diploma. Ayat paling lucu yang dia cakap kat aku: "Ada masa nanti jemput lah datang hospital.." muahahaha. woiii aku tergelak kuat tau. kelakor dohh ayat dia. geng pun sama gelak2 jugak. Karen, ayat u memang power laa...haduiii. ingat hospital tuu rumah ke.hahaha, terbaeekk!

ekekekkekee..takder keja! boring tunggu dak kawan laen langsaikan Baucer buku kat Public Book. mula laa gila lensa torang 3 Dara Pingitan nii. hahaha. errr macam ada yang tak kena dengan senyuman tuu suma an?? muahahaha :P.
P/s: ais kerim minah tuu tak pandai habis2 hingga ke saat ini.(-.-")

Orite, nii antara jejaka yang ada bersama-sama dengan kita orang. hanya double cheese nii jaa. ek'ehh? double cheese? oo oke, whatever. jejaka yang lain tak dapat datang. so, bila letih pusing floor to floor, turun naik tangga lif tuu suma..rest pulakk kat kerusi yang ada kat situ. and of course, bila berkumpul macam sekarang nii, memang tak lepas peluang nak ambil gambar. oohhh, "Kami gila lensa" :D. haa, haa..cuba tengok Anni tuu. kan betol i cakap..ais kerim dia memang susah nak habes! haduii...(-.-").
Anni, bak sini i tolong u. muahahaha. tipu jer. tetttt.

omg! nii suma secara tak sedar. empunya henpon ambil gambar main click click jaa. tuu dapat laa gambar nii. haduii..nampak boring jaa tunggu kawan kawan lain shopping moping oo.hahaha.*abaikan botol air mineral aku kayy, hihik~* masa nii tengah rancak bercerita tentang pengalaman kehidupan universiti masing-masing. yang study kat semenanjung cerita pasal semenanjung. yang kat sarawak..cerita pulak kehidupan kat sarawak..huhu, seronok dengar khabar masing-masing... proud of our batch anak ribena! banyak yang indah.. :)
Anni mintak ais kerim u! *tetiba*

i paling cerah! *k bye* (^_^)

hye! i am the author here.. so, that's my fantastic day with all my Girlfie, Boyfie. gulp! boyfie?? ohh tidaakk. bukan itu yang dimaksudkan. kawan lelaki kita orang or dalam erti kata lain, bodyguard. hahaha.uppss! jangan marah yerkk..

Time nak balik ke haluan masing-masing tuu berat hati jaa nak berpisah. yelaa, lepas nii tak tau laa bila lagi nak jumpa. Ada yang bagitau cuti sem bulan Jun or Julai nanti tak balik. especially yang kat semenanjung.. hmmmm mesti rindu dengan semua, nii baru jaa beberapa bulan tak jumpa pon bagai apa. hehehe.

6hb i balik Kuching. bas pukul 2.30pm, means sampai Kuching dalam pukul 10pm+ macam tuu. hmmm berat hati nak balik. uwaaa..tanak balik aee. Rindu dengan mak, abah, kakak, abang, nephews tuu semua eyhh. puyau pulek! *bahasa campur* huhuu.

i'm gonna miss everybody, everything, something and anything in here then. nak bagitau: Mak, abah..Ran sayang sangat sangattt! too much LOVE for both. i'm gonna miss u mom, dad. muackss!
ta mao balikkkkkkkkk, *titik*
[This is the Preview of deep inside my heart]

This is my last words... ILY all




-salam ukhuwah-