Sunday, March 11, 2012

Bila tiada yang bersambut


apa khabar kalian pembaca? Mungkin kali nii entri penulis agak pendek dari sebelumnya. 

Entah! penulis sendiri tidak pasti sama ada tajuk entri tuu berkaitan dengan apa yang penulis ingin kongsikan dan luahkan nanti atau tidak. apapun, rasanya penulis harus keluarkan apa yang bersarang dalam benak dan hati ini. agar tiada yang kusut. agar diri ini tidak berterusan menyimpan. jadi untuk beberapa detik ini dan ruang yang ada ini, izinkan penulis meluahkan semuanya.. izinkan penulis berbuat demikian......

To be honest, hari ini terlalu banyak yang menganggu fikiran dan menguji kekuatan diri. sehingga membuatkan penulis berkeriut-keriut menahan rasa hati (bayangkan) :p. perasaan bercampur-baur! ingin rasanya menjerit mudah-mudahan melegakan gelodak perasaan. tapi, itu tak mungkin dilakukan sebab masih mampu berfikiran waras lagi. Cukuplah dengan menenangkan diri melihat ke luar tingkap kereta melihat ciptaan Sang Pencipta. err..kereta ada tingkap ke. betul ke istilah yang aku guna tuu? huuu. biar je laa..asalkan kalian memahami..(^_^).. Biarpun permandangan di luar tuu kiri kanan kenderaan berderet-deret ketika itu..hehe.

Menarik nafas..hembus perlahan-lahan..ohhh ini sungguh kurang mambantu saat ini. terasa lagi sesak di dada. cari alternatif lain....... jumpa! lihat wajah si kecil ituu. sungguh mendamaikan..telatah kanak-kanak yang berada di hadapan aku kini amat mencuit hati. sedikit demi sedikit ketegangan itu beransur pergi..dan pergi.. tenangnya ku rasa... Dalam diam aku ucap, "Terima kasih si kecil. Wajah ceria yang suci bersih itu amat mendamaikan..". keletahnya mencuit hati. ketika ini, itulah solusinya....(^_^)

Bila tiada yang bersambut...apa yang kalian akan lakukan? 

Mungkin itu adalah soalan untuk kalian dan aku sendiri yang jawapannya hanya kita sendiri yang ada. Jawapan penulis..pergilah kepada DIA. mengadulah pada Sang Pencipta. Itulah yang sebaiknya..(^_^). Bila pertanyaan kamu tidak berjawab, tanyalah kepada Dia..pasti pertanyaan itu ada jawapan. Bila segala permintaan kamu tidak tertunai, mintalah kepada Dia..pasti permintaan itu akan dimakbulkan. Bezanya cepat atau lambat. Kita bersabarlah selagi kita mampu untuk bersabar. Bila hati mula tergugat, katalah pada diri, "Bersabarlah untuk sedikit masa lagi.." Nescaya gelodak dalam hati itu akan tenang..SEMOGA.. (^_^). Itu satu nasihat dan peringatan kepada diri ini juga..

Perlu kita belajar dari ketenangan orang lain. Amat perlu! Aku belajar dari kebersahajaan seorang rakan baik. Setiap kita punya solusi yang tersendiri dalam mengendalikan sesuatu perkara. Tak kira laa..sama ada dalam mengendalikan masalah, perasaan, segala urusan atau penerimaan kita terhadap sesuatu perkara. betul tak? Pernah dan acapkali seorang sahabat baik aku katakan, kita kena BIJAK dalam mengendalikan sesuatu. kata kunci di sini "BIJAK". Aku masih belum bijak dalam mengendalikan sesuatu. Masih perlukan bimbingan. Masih memerlukan seseorang sebagai tempat meminta pandangan atau nasihat. ingat lagi kata-kata aku sebelum ini? Sahabat itu ibarat cermin. 

Latar belakang seseorang tidak penting. Apa yang paling penting kesebatian dua hati..(amboii~) hehehe. betul bahh. Siapa pun kamu, dari mana kamu, kerjaya kamu, bidang kamu, bangsa kamu, agama kamu...itu tidak penting! jangan dilihat aspek itu. Jika kamu lihat juga..kamu takkan pernah sempurna dalam pencarian kamu (bagi aku). huuu. tapi kena ingat satu perkara, memilih itu perlu cuma jangan terlalu memilih. Fahamkan apa yang penulis cuba sampaikan pada perenggan ini. takut salah faham maknanya. maklumlah, setiap kita berlainan pandangannya. hehe.

Kiranya sekian sahaja tinta penulis. sebelum itu ingin kongsikan sesuatu sebelum mengakhiri entri ini.

"Tiada yang sempurna bila kamu asyik mencari ketidaksempurnaan itu."





-salam ukhuwah-


2 comments:

MUHAMMAD HELMI said...

hahaha..bleh comment pun.. :)

Rann said...

terima kasih atokk. :D