Tuesday, March 20, 2012

Izinkan aku berbicara tentang KAMU


salam membaca kalian pembaca.
tajuk entri bukan main jiwangg lagi kan. hehe. hmmm actually memang teringin nak bercerita sesuatu. teramat sangat! nak tau tak? if nak tau jangan matikan pembacaan kalian yer..Teruskan membaca! :)


*********************************************


STPM result dah kuar kan? *termasuk yang repeat paper* jugakk.
Ada kisahh...

Mungkin kalian sudah menjangka apa yang akan aku ceritakan ataupun kongsikan bersama kalian sebentar lagi. *semestinyaa tuu*

nak dijadikan cerita. petang tadi kawan aku mesej aku bagitau dia ada nak cakap cket ngan aku. So, dia kata dia akan call pada jam 10pm nanti. so i tunggu. but, tak sempat ponn jarum jam tunjuk nombo 10 dia dahh kol dah ponn. HAHA. 
*tak sabar benar tuuu*

And then dia citer banyak benda, banyak hal, banyak kisah..Sharing is Caring laa kan. so i'm make it. :P

Sebenarnya dia repeat paper untuk STPM bagi subjek Pengajian Am and Sejarah. and yess i admit yang both subjects tuu agak tough. dan lagi tough bagi pihak dia. *saya tau dia orang yang bagaimana*. Bila dah dengar sesi luahan perasaan dia tadi, so aku bagitau dan nasihat laa apa yang patut. *apa yang patut*

Plus dia kol aku sampai nangis-nangis. OomyyGaddd. sumpah! aku takleh dengar or nampak orang nangis eyyhhh. mesti nangis sama jugakk pastuu. tadi ponn sora aku dah bergetar dahh pon. adei~
(-.-")

dan untuk ituu, izinkan aku berbicara sesuatu. can i? *ayat skema abiss!* huuu. bosan kan i nii. haduiii~

**************************************************

Dear!
Jangan mudah mengalah kayy. Tak semestinya kita gagal kali yang kedua tuu kita akan gagal selamanya. tidak! Tidak semestinya kita tak boleh menjadi seperti rakan-rakan kita yang lain. tidak! kita tidak tau apa yang DIA janjikan di hadapan kita. Kejayaan kita, kegagalan kita, perjalanan hidup kita, baik buruk kita...semua bermula dari DIRI kita sendiri. bukan aku, dia mahupun mereka. JUST YOU!

Jangan tanya MENGAPA untuk apa yang telah berlaku ketika ini. Tanyalah pada diri, BERAPA banyakkah usaha yang telah kita lakukan untuk sesuatu perkara itu. Sudah cukupkah segala usaha yang kita telah lakukan untuk apa yang kita inginkan selama ini sehingga keadaan jadi begini? Tanyalah pada diri. Kadangkala kita perlu back to basic. 

Jangan salahkan kecerdikan diri. kadangkala kecerdikan itu bukan persoalannya. kecerdikan atau kepandaian seseorang itu adakalanya bukanlah sejak azali lagi. kalo memang betul ada itu satu kelebihan orang itu. bagi aku, USAHA itu yang utama. Hasilnya nanti sudah pasti akan diberikan yang setimpal dengan segala penat jerih kita selama ini. SELF-IMPROVEMENT kena adaa. 

Dear, jangan rasa rendah diri yang amat yerr.. Jangan pernah membandingkan diri tuu dengan mereka yang lain. Bila kita selalu membandingkan diri kita dengan yang lain, kamu akan susah untuk melangkah seiring dengan yang lain. Kamu akan rasa tersisih dan banyak lagi yang datang. omG! janganlahhhh.... Aku tak sanggup melihatmu begitu.

"KEGAGALAN itu bukan pengakhir dunia"

Jadi, bersabarlahh selagi mampu bersabar yerr sayangg. Perkara yang baik itu memang susah untuk kita lakukan. Usaha tanpa pernah berputus asa. Mencuba dan terus mencuba. Jangan kerana pernah tersangkut sekali, terjatuh lagi sekali..terus meninggalkan diri di belakang yang lain tanpa mencuba untuk bangun semula. jangannnnnn! Usah dikau lupa yang kau belum lagi TERSUNGKUR. Kuatkan diri, gagahkan kudratmu untuk melangkah dan terus melangkah..

"AKU ADA KERNA KAU PUN ADA"

WE all akan selalu ada untukmu sahabatkuu..Tiada seorang pun di antara sahabat-sahabat mu ini yang ingin melihatmu di lembah ituu. PERCAYALAH..!

Repeat lahh SEJARAH tuu kayy. Kami ada untukmu. sentiasa ingin bersama kamu.


Andai semangatmu gugur 
genggamlah tanganku
kita HAMPIR KE SITU...


-salam ukhuwah-

No comments: