Jam telah pun menunjukkan 2.35am semasa aku mula menaip entri ini. Oh, cepatnya masa berlalu. Lappy yang mulanya aku shut down pada jam 2am yang lalu kini aku ON kembali. Terasa jari jemari ini ingin mencoretkan sesuatu di belog ini. Sungguh teringin aku meluahkan yang terbuku dalam hati tika ini..
Sedari tadi aku mula ingin melelapkan mata. Tapi sukar pula mata ini untuk ku pejamkan. Bermacam perkara berlegar di ruang minda. Ah, apakah aku ada insomia? Oh itu tidak mungkin. Berkali memasang fantasi berharap agar mampu aku lenyapkan segala yang berlegar-legar di ruang fikiran..tidak jua ianya pergi. Kenapa begini? Berdecit jugak aku ..
Lama juga aku termenung merenung siling.. Dan tatkala itulah perasaan ini datang mengusik kecelaruan di minda. Ohh..jarang sekali aku mengalami perasaan ini sepanjang aku balik bercuti bulan yang lalu. Tidak terasa suam pipiku dek kerana air mata. Segera ku kesat. Tidak ingin membiarkan rasa ini menguasai hati ketika ini. Sudahlah tidak ingin tidur. Menangis pulak. Lagi laa tidak mahu tidur.. Segera aku nyahkan rasa hati ..
Siapalah aku menafikan suara hati. Benar, saat ini aku terlalu merindui mereka. RINDU sangat-sangat. Di pagi nan syahdu ini juga lah kerinduan ini datang bertandang .. Terbayang di tubir fikiran, gurauan itu..rintihan itu..luahan itu..senyuman itu..bebelan itu.. Tidak mungkin aku dapat tuliskan satu-persatu yang pahit dan manis itu. Takut nanti semakin tidak tertahan air mata ini mengalir ..
Terbayang jelas raut wajah mereka.. Satu-persatu singgah di minda. Terimbas kembali saat kali terakhir aku cium dan genggam jari-jemari itu. Dapat ku rasakan harapan yang mereka tanamkan pada diriku sebagai yang paling bongsu dalam keluarga ini. Ya Tuhan, semoga setiap langkahku diberkatiMu. SEMOGA..!
Hidup jauh dari keluarga..sesekali kita akan diingatkan kepada mereka..Setiap langkah pertama dalam perjuangan kamu adalah harapan mereka. Silap langkahmu, akan terlerailah harapan yang pernah kau simpulkan di hadapan mereka suatu ketika dahulu.. Ya Tuhan, pimpinlah aku pada jalan yang kau telah tunjukkan. Semoga perjalanan ini akan sentiasa dalam berkatMu. Kan ku genggam erat tanpa inginku lepaskan tanganMu. Aminn ..
Kepada Ayahanda dan Bonda tercinta .. Doakan anakandamu yang jauh di mata ini dalam setiap langkah perjalanan mengejar cita-cita yang masih belum tertunai. Semoga anakanda mu ini dapat hidup berdikari mengembara di bumi asing ini.. Ayahanda dan Bonda jangan lupa jaga kesihatan ya. Anakanda minta maaf tidak dapat balik cuti ni. Cuti semester .. pasti akan kembali ke teratak kita di kampung. Rindu pada suasana di kampung ..
Buat abang dan kakak .. kerinduan dari kejauhan ini mengingatkan aku pada saat kita tertawa, kita bertengkar, saat bila kalian berdua memujuk adik bongsu kalian ini bila merajuk, saat bila kalian cium dahi ini setiap kali aku dihantar pulang ke asrama sewaktu sekolah dahulu meskipun masa itu aku dah Tingkatan 6 .. merindui saat kita dimarahi oleh mak .. sungguh aku ingat dengan jelas segala kenangan itu. Begitu aku sayang sangat-sangat.....
Minta maaf juga .. Mungkin selama ini aku tidak pernah menunjukkan rasa sayang itu. Segan mungkin. Percayalah .. jauh dalam sudut hati ini aku amat menyayangi semua .. sayang sangat-sangat.
***************************
Agak lama jugak aku mengadap lappy ni. Sedar tak sedar sudah pukul 3.26am. Bermain dengan kata-kata dan perasaan sampai dua jam pon kadang-kadang tidak terasa. Betul tak?
Jarang sekali aku kongsikan kisah keluarga ku pada ruangan ini. Jadi kali ini, ingin aku sematkan tentang kisah aku dan mereka..lagi..dan lagi.. Tidak ingin aku biarkan kenangan itu mengalir bersama bergantinya siang dan malam begitu sahaja ..
Tintaku berakhir di sini .. Mencuba lelapkan mata yang masih belum mengantok lagi pun ..
-salam ukhuwah-
No comments:
Post a Comment